Wacana Ringkas 76

3 0 0
                                    

Mengapa Masih Tetap Menukil Pandangan Ulama Walaupun Ada Pandangan Dan Penjelasan Sendiri?

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy menceritakan tentang ayahnya :

ومع هذا فإن الشيخ رضي الله عنه كان يحب موافقة الفقهاء فيما يراه ويعمل به ولو خارج مذهب مالك كراهة منه للتفرد والاسقلال بالرأي لا لتوقف في الدليل أو شبهة في العمل به، بل فرارا من دعوى الاجتهاد والظهور بما فيه فخر وتبجح وأنانية. فكان يستتر في جميع ما يختاره باتباع مذهب من المذاهب أو قول فقيه من الفقهاء حتى لا يجيب سائله أو يحتج على معارضه بأن هذا رأيي ومذهبي، بل يقول اعتمدنا في هذه المسألة على مذهب الشافعي أو ابن حنبل أو أبي حنيفة أو على قول المذهب حكاه فلان عن فلان أو نص عليه فلان في كتاب كذا ليقطع ألسنة الجامدين في التقليد الجاحدين لفضل الله على خلقه

Kedati demikian, maka sesungguhnya syeikh -semoga Allah merahmatinya- menyukai bersepandangan dengan fuqaha pada apa yang dia berpandangan padanya dan beramal dengannya walaupun keluar daripda mazhab Mālik kerana benci bersendirian dan independen dalam pandangannya, bukan kerana terhenti pada dalil atau sangsi pada amalannya. Bahkan kerana lari daripada dakwaan ijtihad atau zahir sikap bangga, bongkak dan keakuan padanya. Dahulu, dia berlindung dalam setiap apa yang dia memilihnya dengan mengikut suatu mazhab antara mazhab-mazhab lain atau pendapat seseorang fuqaha daripada fuqaha-fuqaha yang lain sehingga dia tidak menjawab penyoalnya atau berhujah di hadapan penentangnya dengan kata "Ini adalah pandanganku dan mazhabku", tetapi dia berkata: "Kami bersandar pada masalah ini kepada mazhab aš-Šāfi*iyy dan Ibn Ḥanbal atau Abū Ḥanīfah atau pada pandangan dalam mazhab yang fulan memetiknya daripada fulan atau fulan menyatakan teks tentangnya dalam kitab sedemikian demi menutup bicara orang yang jumud dalam taklid lagi seteru kerana kelebihan Allah yang diberikan pada makhluk-Nya. [At-Taṣowwur at-Taṣdīq Bi Aẖbār aš-Šayẖ Muḥammad Ibn aṣ-Ṣiddīq, m/s 62, keluaran Maktabah al-H̱ōnijiyy Wa Maṭba*atuhā].

Meskipun ayah kepada Aḥmad al-Ġumāriyy merupakan orang yang giat menyeru kepada pengamalan kepada sunnah, mencela ketaksuban mazhab dan aktif berdebat dengan para pentaklid mazhab, dia tetap menyandarkan diri pandangan yang dia pilih yang berlainan dengan mazhab Mālikiyy dengan mana-mana ulama yang ada.

Daripada sini, kita dapat pelajaran yang berguna yang mengapa seeloknya seseorang itu menelaah perbahasan ulama terlebih dahulu permasalahan tersebut, mencari pandangan ulama yang mampu menyokongnya dan bersandar kepadanya setiap kali ingin berhujah atau mengeluarkan pandangan yang kita pilih berdasarkan hujah yang kita yakini kekuatannya.

Pertama, ia adalah supaya tidak lahir perasaan bongkak dan keakuan bahawa dapatan itu adalah hasil usahanya sendiri dan pandangannya yang unik yang terbit daripada pengkajian sendirinya. Kadangkala, boleh jadi sudah ada ulama yang terdahulu yang jauh lebih berkompten, berwibawa dan jaguhan telah pun lama mempertahankan pandangan tersebut dan memperoleh lebih banyak dapatan yang mungkin jauh lebih banyak daripada kita. Lebih baik kita menjadi pengikut atau pembela pandangannya berbanding kita melagak bahawa kitalah satu-satunya di dunia dengan pandangan tersebut.

Ini terpakai jika pandangan tersebut memiliki penulisan khas yang membentangkan hujah dan kupasan dalam menjelaskan dalil-dalil ambilannya. Jika ada, maka cukup kita mengambil penulisan tersebut dan paparkan penulisan tersebut bagi mewakili penjelasan kita. Jika tidak ada, iaitu hanya sekadar pandangan sahaja, tetapi tiada kupasan hujah secara terperinci atau tiada pembentangan sumber ambilannya, maka bantulah ia dengan menulis analisis dan hujah yang menguatkan pandangan tersebut agar jelas bahawa pendapat ulama itu sememangnya berteraskan dalil dan kaedah ilmu, bukan semberono dalam mengeluarkan fatwa atau sekadar bersikap simplistik dalam memberikan pandangan.

Kedua, ia adalah supaya dapat mendiamkan orang yang taksub dan sempit akalnya untuk melihat perspektif hujah, namun lebih suka menyerang peribadi diri kita. Kononnya kita sedang memandai-mandai dalam urusan agama dan melangkaui daripada apa yang menjadi ketetapan ulama, padahal kita sebenarnya dalam payungan pendapat mazhab atau fuqaha terhadapnya. Dengan kita menukilkan pandangan daripada ulama dan membela pandangan mereka, sekurang-kurangnya ia mampu menepis tuduhan yang jelek terhadap kita.

Memang tampak kita seolah-olah memperguna dan menjual nama fuqaha tersebut demi kepentingan diri kita, namun ia sekurang-kurangnya menjadi perisai buat diri kita. Yang malang adalah orang yang menyalahkan dan menuduh kita yang tidak benar dan tidak berasas serta menyangka buruk terhadap kita dengan menganggap kita ini hanya mahu menyalahkan ulama mereka. Walhal, apa yang kita lakukan adalah mengikut pandangan ulama dengan keyakinan hujah ynag kuat di pihak kita yang memenangkan pandangan ulama tersebut. Hakikatnya, kita menolak serta menyelisihi pandangan ulama lain tersebut dengan membawa pandangan ulama yang kita ikuti dan pertahankan bersama hujah.

Semua ini terpakai jika sememangnya wujud pandangan ulama dalam hal ini. Jika tidak ada, maka kita perlu usahakan diri kita untuk membuktikan dalil yang kuat menurut pengamatan kita dan apa yang meyakinkan kita untuk mengikuti pandangan yang tidak pernah ada mana-mana ulama yang menuju kepada pandangan tersebut atau menyalahi sekalian ulama.

Sedemikianlah apa yang dilakukan *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah yang terang-terangan menyatakan bahawa pandangannya bahawa penasakhan tilawan al-Qur^ān tidak terjadi menyalahi sekalian ulama uṣul fiqh dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu al-Qur^ān. Demikian juga yang dilakukan abangnya, Aḥmad al-Ġumāriyy yang menyalahi sekalian ulama ahli sunnah dalam kebersamaan Allah dengan hamba-Nya sepertimana yang dinyatakan Abū al-Faḍl Badr al-*Imrōniyy dalam al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd.

Oleh itu, yang penting adalah ikutan kepada dalil yang diyakini kuat. Nukilan ulama adalah kerana dua tujuan tersebut serta mengukuhkan ikutan kita. Kita menukilkan pandangan ulama bukan kerana taksub atau kerana takut beramal dengan dalil secara bersendirian, tetapi kerana telah sabit pada kita hujah yang menguatkan pandangan mereka. Teras ikutan kita adalah dalil dan kaedah ilmu yang mapan meskipun kita menyalahi sekalian ulama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/650837659517927424/wacana-ringkas-76-mengapa-masih-tetap-menukil

com/post/650837659517927424/wacana-ringkas-76-mengapa-masih-tetap-menukil

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.
Al-H̱iṭōb al-WajīzOnde as histórias ganham vida. Descobre agora