Wacana Ringkas 129 : Pembelajaran Berkitab Untuk Sesama Ustaz

2 0 0
                                    

Saya pernah mendengar penyebutan dari seseorang tentang kuliah berkitab yang diadakan hanya untuk para ustaz. Ini kerana bukan semua ustaz pernah mempelajari kitab tersebut secara berguru atau tidak sempat untuk menghabiskan pembelajaran kitab tersebut secara berguru.

Oleh itu, untuk mendapat berkat ilmu dari kitab tersebut, maka diadakan kuliah pengajian sesama ustaz untuk masing-masing mengkhatamkan apa yang mereka belum berkesempatan mempelajarinya atau tidak sempat menghabiskannya.

Cuma yang berbeza adalah kuliah tersebut mungkin lebih pendek syarahannya dan lebih cepat pengkhatamannya memandangkan yang dihadiri adalah golongan ustaz yang sudah ada kemahiran dan pengalaman dalam ilmu. Maka, tidak diperlukan lagi kupasan, penjelasan dan analisis yang panjang lagi berjela-jela seolah-olah untuk pemula atau penuntut ilmu yang baru masuk ke peringkat tersebut.

Sememangnya usaha ini wajar disambut baik. Selain kuliah seperti ini memberikan pertambahan ilmu yang baharu dan pengulangkajian, ia juga boleh menjadi kesempatan untuk para ustaz berbincang, bermuzakarah dan saling bertukar pandangan dalam beberapa isu.

Sememangnya kita semua seyogianya ada kesungguhan untuk menghakis karat dalam minda kita dan sentiasa menyegarkan paradigma kita dalam sesuatu isu dengan melihat pandangan dari pihak lain demi kesuburan dan kerancakan kegiatan ilmiah kita.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659568607628607488/wacana-ringkas-129-pembelajaran-berkitab-untuk

com/post/659568607628607488/wacana-ringkas-129-pembelajaran-berkitab-untuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now