Wacana Ringkas 46 : Jurang Nyata Antara Al-Aš*ariyy Dengan Manhaj Salaf Sebenar

13 0 0
                                    

Mereka yang beraliran al-Aš*ariyy ingin menegaskan bahawa Ibn Qudāmah dan aḏ-Ḏahabiyy tidak berfahaman sepertimana salafi faham. Walaupun mereka tidak memasukkan kedua-dua ini dalam tokoh aliran al-Aš*ariyy, yang penting mereka cuba menganggap adanya pemisah antara salafi dan mereka berdua serta mereka sedaya upaya merebut bahawa mereka berdua ini berpihak pada mereka dan manhaj salaf secara keseluruhan.

Namun, pernahkah anda melihat mereka ingin membaca, mengutip atau menyampaikan nukilan yang terdapat al-Iṯbāt Ṣifah al-*Uluww karya Ibn Qudāmah dan al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār yang penuh dengan nukilan salaf? Mereka seolah-olah menjauhkan diri daripada kitab ini atau mendiamkan diri daripada berbicara tentang kitab ini atau menganggap seolah-olah kitab ini tidak wujud. Malah, mereka mungkin berharap kitab ini tidak wujud. Walaupun kitab yang lain daripada mereka berdua menjadi rujukan, tetapi kitab ini sangat mereka berwaspada.

Apa sebenarnya yang menakutkan mereka sampai tidak mahu mendekati kitab ini? Jawapannya mudah sahaja. Ia akan melondehkan tembelang mereka, terutamanya Jahmiyyah yang menyusup dalam al-Aš*ariyy yang kononnya berpaksikan manhaj salaf. Mereka yang membaca kitab ini seolah-olah akan menghidu bau-bau pentasybihan terhadap Allah dan semakin mereka menelaah, semakin itu akan menambahkan kepedihan dalam jiwa untuk mengingkari dan membuat tanggapan buruk terhadap nukilan di dalamnya. 

Hakikatnya, mereka sebenarnya yang tidak memahami dunia sebenar manhaj salaf. Manhaj mereka kononnya lebih bijaksana dengan salaf sebenarnya adalah dakwaan yang tidak teruji untuk meneguhkan kesejatiannya. Ia sekadar sembang, delusi dan dakyah yang disebarluas secara leluasa. Dasar mereka "zahir makna bukan yang dimaksudkan" dalam menafikan tasybih sebenarnya tidak mampu berharmoni dan berada dalam irama sama sepertimana salaf. Jika tidak percaya, silalah bandingkannya dengan kitab yang telah disebutkan atau seumpama dengannya.

Sebab itu, tidak menghairankan yang mereka sangat alergik untuk mendengar ungkapan "Allah di langit di atas Arasy-Nya" atau "Allah turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki" atau sebagainya. Mereka menjauhkan diri daripada ungkapan-ungkapan salaf dan berdegil dalam dunia mereka sendiri. Tidak mahu melihat realiti sebenar. Akhirnya, dari alergik, terus menuduh orang yang sekadar menukilkan sahaja bersama rujukannya dianggap melakukan tasybih! Apa lagi jika orang yang berkata sedemikian! Apabila dinyatakan bahawa ia adalah daripada figura yang ternama, mereka berdalih bahawa kita eksploitasi kalam mereka untuk fahaman musyabbihah. Sungguh betapa jeleknya perangai mereka.

Jika mereka ingin relevan, maka sudah sampai masanya untuk berhadapan dengan realiti. Buka kitab ini dan bentangkan bagaimana metodologi untuk berinteraksi dengan kalam seperti ini. Bagaimana manhaj mereka mampu berharmoni dengan ungkapan yang tampak seperti tasybih dan tidak bertentangan dengan dasar manhaj mereka. Bagaimana "zahir makna bukan yang dimaksudkan" itu adalah selari dengan kehendak salaf. Para salafi sangat ternanti-nanti kupasan dan analisis seperti ini.

Selagimana al-Aš*ariyy tidak mahu mendekati dan bergaul dengan kitab ini, sampai bila-bila pun mereka akan lebarkan jurang mereka dengan realiti. Pura-pura jahil atau menganggap ia tidak wujud tidak menafikan realiti meski ramai yang berbuat sedemikian. Manhaj mereka tidak akan dianggap relevan atau harmoni sepanjang zaman jika mereka masih belum ada ketenangan dalam menelaah dan mengongsikannya walaupun pengaruh mereka besar di lapangan dunia. Kalau sebegini, tidak perlu berang mengapa sebahagian salafi begitu menjauhkan diri daripada al-Aš*ariyy kerana mereka sendiri yang menjauhkan karya yang menjadi pijakan salaf. Lantas, mereka mahu adanya kerapatan dalam jurang mereka?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/631354220813205505/wacana-ringkas-46-jurang-nyata-al-a%C5%A1ariyy

com/post/631354220813205505/wacana-ringkas-46-jurang-nyata-al-a%C5%A1ariyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now