Wacana Ringkas 172

1 0 0
                                    

Hipokrit Sebahagian Orang Menjustifikasikan Apa Sahaja Dengan Alasan Ia Ada Dalam Kitab, Terdapat Pandangan Ulama Padanya, Ia Termasuk Dalam Perselisihan Ilmuwan Dan Telah Diamalkan Para Ulama

Sebahagian orang sanggup menjustifikasikan apa sahaja pandangan atau perbuatan hanya kerana ia ada dalam kitab, terdapat pandangan ulama padanya, ia  termasuk dalam perselisihan ilmuwan, ia telah diamalkan para ulama dan pelbagai lagi alasan yang seumpama dengannya. 

Seakan-akan berkata-kata seperti ini sudah cukup untuk menutup segala apa yang orang mempersoalkan tentang keabsahannya, ketepatannya, kebenarannya dan penerimaannya. Malah, menuduh sesiapa yang mempersoalkannya dan mengkritiknya akan dianggap sebagai orang yang tidak hormat dengan ulama, biadap terhadap tokoh ilmuwan dan pelbagai lagi kenistaan yang dilemparkan kerana menolak apa yang mereka pertahankan habis-habisan.

Namun, apabila disebutkan adanya pendapat salaf tentang keharusan melancap sepertimana yang dinyatakan Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam Iẖtilāf al-Fuqohā^ dan Abū Bakr Muḥammad bin Ibrōhīm bin al-Munḏir an-Naysābūriyy dalam al-Išrōf *Alā Maḏāhib al-*Ulamā^, merekalah yang paling keras mengingkarinya serta mempersoalkan keabsahannya, kebenarannya, ketepatannya dan penerimaannya. Bahkan, tampak pada mereka tidak mahu menerimanya sebagai salah satu perselisihan pandangan yang muktabar. Pada waktu inilah mereka tiba-tiba mahu menjadi orang yang kritis, mengikuti dalil serta tidak mahu dirinya dan orang lain bertaklid! Mereka juga tidak peduli jika mereka termasuk orang yang biadap terhadap para ulama apabila menolak pandangan keharusan ini!

Begitu juga mereka yang selalu sahaja menjustifikasikan sesuatu amalan hanya kerana ia telah dilakukan oleh para ulama. Apabila disebutkan bahawa tokoh ilmuwan yang terbilang seperti Yaḥyā bin Akṯam dan *Aliyy bin Ḥamzah al-Kisā^iyy, mereka tanpa teragak-agak untuk menolaknya tanpa mengambil peduli bahawa penolakan mereka ini termasuk kebiadapan terhadap para ulama. Malah, mereka menganggap itu semua tidak ada nilai di sisi mereka, bahkan tidak tertahan-tahan untuk menyatakan bahawa ia adalah perbuatan dosa dan menistakan sesiapa sahaja yang mengambil pandangan ini.

Abū Manṣūr aṯ-Ṯa*ālabiyy berkata tentang Yaḥyā bin Akṯam :

لواط يحيى بن أَكْثَم أَصله من مرو فاتصل بالمأمون ايام مقَامه بهَا فاختص بِهِ وَاسْتولى على قلبه وَصَحبه إِلَى بَغْدَاد وَمحله مِنْهُ مَحل الْأَقَارِب أَو أقرب وَكَانَ مُتَقَدما فى الْفِقْه وآداب الْقُضَاة حسن الْعشْرَة عذب اللِّسَان وافر الْحَظ من الْجد والهزل ولاه الْمَأْمُون قاضى الْقُضَاة وَأمر بألا يحجب عَنهُ لَيْلًا وَلَا نَهَارا وأفضى إِلَيْهِ بأسراره وشاوره فى مهماته وَكَانَ يحيى ألوط من ثفر وَمن قوم لوط وَكَانَ إِذا رأى غُلَاما يُفْسِدهُ وَقعت عَلَيْهِ الرعدة وسال لعابه وبرق بَصَره وَكَانَ لَا يستخدم فى دَاره إِلَّا المرد الملاح وَيَقُول قد اكرم الله تَعَالَى أهل جنته بِأَن أطاف عَلَيْهِم الغلمان فى حَال رِضَاهُ عَنْهُم لفضلهم على الجوارى فَمَا بالى لَا أطلب هَذِه الزلفى والكرامة فى دَار الدُّنْيَا مَعَهم وَيُقَال إِنَّه هُوَ الذى زين لِلْمَأْمُونِ اللواط وحبب إِلَيْهِ الْولدَان وغرس فى قلبه محاسنهم وفضائلهم وخصائصهم وَقَالَ إِنَّهُم بِاللَّيْلِ عرائس وبالنهار فوارس وهم للْفراش والهراش وللسفر والحضر فصدر الْمَأْمُون عَن رَأْيه وَجرى فى طَرِيقه واقتدى بِهِ المعتصم حَتَّى اشْتهر بهم وَملك ثَمَانِيَة آلَاف مِنْهُم.

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now