Wacana Ringkas 106 : Pupuk Diri Untuk Akui Kesilapan

2 0 0
                                    

Salah satu disiplin dalam ilmu adalah mengakui kesilapan. Kadangkala pembelajaran kita adalah melalui kesilapan yang kita buat. Dengan itu, selain kita tidak terkena jerat dua kali pada perkara yang sama secara minima, kita juga selamat daripada kongkongan apa yang dirasai benar selama ini. 

Kemenangan bukan sentiasa perlu berpihak pada kita, ia berpihak pada kebenaran. Mengapa susah untuk akui kesilapan? Jawapan mudah adalah ego. Kerana ego, sanggup bertarung untuk mempertahankan kesilapannya dan melepaskan kebenaran. Bagaikan seseorang sanggup mengambil racun dan melepaskan ubat. Yang binasa kadangkala bukan terhadap diri sendiri sahaja, tetapi juga melibatkan orang lain.

Takut dihina kerana kesalahan? Itulah yang perlu dilawan dalam pendisiplinan kita. Sesiapa pun bukan menggemarinya melainkan mereka yang memang berkehendak kebaikan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepian pantai. Kamu berani melangkah ke medan kritis, kamu kena tanggung akibatnya dalam memberi pendapat yang salah dan kamu juga perlu sedia untuk dikoreksi jika selama ini sentiasa menyatakan sanggahan, penyelisihan dan perlawanan. 

Rezeki kadangkala datang dengan cara yang tidak disangka. Kebenaran adalah antara anugerah rezeki yang besar. Dapat mengenal pasti kesilapan diri juga adalah anugerah yang mahal. Jangan pandang remeh, jangan pandang kecil dan jangan melulu. Kelak kita meninggalkan sesuatu yang baik untuk kita.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654032381089595392/wacana-ringkas-106-pupuk-diri-untuk-akui

com/post/654032381089595392/wacana-ringkas-106-pupuk-diri-untuk-akui

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now