Apabila disebutkan tentang aib, ramai yang beranggapan ia adalah dosa-dosa yang bersifat peribadi dan tersembunyi mata orang. Hakikatnya, aib tidak semestinya sesuatu yang berdosa, kadangkala ia adalah sesuatu yang memalukan pelakunya atau menimbulkan reaksi negatif meskipun pada asalnya tidak salah dalam agama.
Contohnya, adalah memakai seluar dalam yang bercorak bunga, menjilat saki-baki tepung yang di uli di bekas, tidak mengemas bilik yang besepah berselerak, terlajak tidur sehingga terlepas solat berjemaah, mimpi basah di masjid sehingga tidak sengaja berjunub dan lain-lain.
Contoh-contoh ini mungkin subjektif, tetapi walau apa pun, ia tetap sesuatu yang seseorang itu tidak suka apabila dibuka kepada orang sembarangan. Walaupun semua ini adalah tidak salah atau jika salah pun, ia dimaafkan dalam syarak, namun ia akan memberi respons negatif jika orang lain mengetahuinya, malah merobekkan penghormatan orang lain terhadapnya. Ini juga termasuk yang dituntut dalam agama untuk seseorang menutupnya apabila ditemukan pada orang lain.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623942170720731136/wacana-ringkas-31-hakikat-aib
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb al-Wajīz
Non-FictionKoleksi wacana ringkas yang menyentuh pelbagai aspek dan isu; agama, idea, falsafah, isu kemasyarakatan, pemikiran dan lain-lain. Beberapa perkara dalam penulisan ini : (a) Mungkin beberapa wacana tidak ada tajuk tertentu. (b) Boleh dibaca tanpa men...