Wacana Ringkas 164 : Penguasaan Ilmu Tanpa Perguruan Secara Serius

7 0 0
                                    

Sebahagian orang beranggapan sesuatu ilmu tidak dapat dikuasai melainkan melalui pengajian berguru secara serius dari kulit kitab ke kulitnya yang terakhir dan tidak hanya berpada seseorang. Kemudian, mana-mana orang yang memberi pandangan dalam sesuatu bidang yang tidak ada gurunya akan dinyahkreditkan dan dipandang lekeh oleh mereka ini sekalipun orang itu sememangnya mempunyai keluasan ilmu dan ketajaman daya kritisnya dalam bidang tersebut.

Antara insan yang kerapkali dijadikan contoh untuk menyindir orang yang ada penguasaan ilmu, tetapi tidak ada guru adalah Nāṣiruddīn al-Albāniyy. Kerapkali sahaja nama ini dipermainkan dan dijadikan ejekan yang cukup jijik kerana dia tidak memiliki guru dalam bidang hadis, tetapi berani menyelami bahagian yang tidak pernah dibimbing guru. Mereka yang selalu sahaja mengejek seperti ini adalah kerana tokoh tersebut berbeza aliran dengannya dan mempunyai permusuhan yang parah terhadapnya sehingga itu dan kariernya sebagai tukang jam dijadikan bahan ketawa dan olok-olokan.

Kalaupun betul dia tidak ada guru, kita lihat Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyifatkan salah seorang seteru ketatnya dalam medan ilmu hadis, Nāṣiruddīn al-Albāniyy dengan berkata :

وناصر الدين الألباني قدم إلى دمشق وهو لا يعرف العربية ، فتعلمها وأقبل على علم الحديث فأتقنه جداً جداً ، وأعانه مكتبة الظاهرة المشتملة على نفائس المخطوطات في الحديث ، وهو ممن رتبها بيده ، حتى أني لما زرتها في العام الماضي ، كان هو الذي يأتيني بما أطلبه ويعرفني بما فيها. ولولا مذهبه وعناده ، لكان من أفراد الزمان في معرفة الحديث ، مع أنه لا يزال فاتحاً دكان الساعات. 

"Nāṣiruddīn al-Albāniyy sampai ke Damsyik, tetapi dia tidak mengetahui bahasa Arab. Lalu, dia mempelajarinya serta menghadap ke arah ilmu hadis, lalu dia bersangatan lagi bersangatan menekuninya. Perpustakaan aẓ-Ẓōhiroh yang merangkumi karangan-karangan yang berharga dalam ilmu hadis telah membantunya dan dia yang menyusunnya dengan tangannya sehinggakan tatkala aku menziarahinya pada tahun lepas, dialah yang memberikan aku apa yang aku memintanya dan memperkenalkan apa yang ada di dalamnya. Kalaulah bukan kerana mazhabnya dan perseteruannya, pasti dia termasuk individu istimewa bagi zaman ini dalam penguasaan ilmu hadis meskipun dia selalu sahaja membuka kedai jam". [Darr al-Ġommām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, karya *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy, m/s 191].

Di tempat lain, dia berkata :

أما الألباني فمن الأفراد في معرفة الفن على عاميتة تقريبا إلا أنه في العناد والعياذ بالله فاق الزمزمي وكل عنيد على وجه الأرض

"Adapun al-Albāniyy, maka dia salah seorang individu istimewa dalam penguasaan seninya melainkan dia dalam perseteruan -dan kita berlindung kepada Allah- melangkaui az-Zamzamiyy dan setiap seteru atas permukaan bumi". [Al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd, m/s 60, dikumpulkan oleh Abū al-Faḍl Badr al-*Imrōniyy, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Sekalipun Aḥmad al-Ġumāriyy sangat keras memusuhi terhadapnya, dia masih memberikan kredit yang besar kepadanya dalam penguasaan ilmu hadis. Ini bermakna kemampuan ilmunya diperakui oleh musuhnya. Cuma, yang tidak mendapat rasa senang bersama adalah perseteruan dalam beberapa isu. Itu sahaja. Cuba bayangkan kalau al-Albāniyy sefahaman dengnnya. Hanya tinggal tidak disebutkan permusuhan antara dia dengannya sambil memuji keunggulannya dalam bidang hadis.

Cukuplah perakuan ini membuktikan bahawa seseorang boleh mencapai darjat keilmuan yang tertinggi dalam suatu bidang ilmu meskipun tanpa guru.

Malah, tentang guru hadis bagi Aḥmad al-Ġumāriyy dalam ilmu hadis, Ḥamzah bin *Aliyy al-Kittāniyy, tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata :

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now