Wacana Ringkas 108 : Fahami Variasi Murid

2 0 0
                                    

Selain memahami variasi guru, memahami variasi murid juga penting. Oleh sebab kita berinteraksi dengan manusia, maka kita akan bertembung dengan macam-macam jenis watak dalam penuntut ilmu. 

Ada sebahagiannya motivasinya hanya cukup makan sahaja sehinggakan dia sudah merasa puas dengan apa yang telah disampaikan sekalipun sekadar sepintas lalu dan secara teras sahaja. Ada sebahagiannya tidak boleh menerima kadar sebegitu. Mereka sangat entusisas untuk tahu dan faham lebih kritikal supaya yang ia peroleh hasil yang jitu. Mereka tidak akan berhenti desak dan tangkas untuk berganjak demi mengkaji dan bertanya untuk penganalisisan kritis.

Sebab itu, kita tidak boleh marah lagi berang sebahagian penuntut ilmu bertanya pembuktian terhadap sesuatu sehingga jelas. Kita sama sekali tidak boleh samakan tahap penuntut dengan kedudukan yang sama. Kita perlu raikan semangat dan kesungguhan mereka yang tulus dalam menuntut ilmu tanpa perlu menyimpan prejudis lagi sangka buruk. 

Usahakan untuk menjelaskan secara murni. Jika khuatir audien lain tidak mampu memahami, berikan secara peribadi. Jika tidak mampu, akui sahaja kadar kita dan cadangkan ilmuwan lain yang boleh membantu mereka. Jangan memusuhi mereka. Kita sendiri akan dapat manfaat dari kerunsingan mereka dengan perolehan jawapan terhadap persoalan mereka, mengapa pula kita mahu membantutkan cita-cita mereka dan mengapa pula kita tidak mahu merebut peluang untuk kita tambahi ilmu dengan mencari jawapan untuk persoalan mereka? Jika kita benci kebingungan kita dibiarkan, malah diabaikan sebegitu sahaja, mengapa pula kita ingin buat sebegitu pada orang lain? Kesombongan dan hasad adalah anti kepada ilmu.

Selain daripada kadar entusias mereka, kadangkala kita peroleh toleransi dan sabar pendekatan mereka yang pelbagai. Kadangkala ada yang lunak dan kadangkala ada yang kasar. Kita mungkin agak geram sebahagian mereka mungkin dianggap terlajak akhlak, tetapi kita tidak boleh menghukumi mereka sebagai jelek kerana mereka mungkin dibesarkan dengan suasana uruf sedemikian sehingga peribadi mereka sebegitu. Tidak patut kita menghukumi orang Badwi dengan piawaian orang Hadhari. Semestinya akan ada kepelbagaian padanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654034180935745536/wacana-ringkas-108-fahami-variasi-murid

com/post/654034180935745536/wacana-ringkas-108-fahami-variasi-murid

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Al-H̱iṭōb al-WajīzTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang