Wacana Ringkas 119 : Persamaan Dan Perbezaan Antara Liberal Dengan Bāṭiniyyah

7 0 0
                                    

Liberal dan Bāṭiniyyah adalah aliran pemikiran yang sesat yang berkongsi dua aspek yang menjadi dasar besar dalam pembawaan aliran mereka.

Yang pertama adalah perlecehan terhadap para ulama. Liberal selalu sahaja menganggap bahawa para ulama kita sepanjang zaman ini kolot pemikirannya serta terkongkong dalam dogma yang diwarisi secara turun-temurun dan disebarkan secara meluas demi mengekalkan hegemoni pengaruh walaupun di lidah mereka mendakwa bahawa mereka menghormati kontribusi mereka untuk tamadun Muslim sama adari segi tradisi ilmu atau keikhlasan mereka dalam perjuangan hidup untuk agama.

Kata-kata mereka ini terpacul kerana manhaj para ulama dan pendapat mereka dalam agama selalu sahaja tidak memihak kepada prinsip dan aliran pemikiran mereka. Mereka kononnya memperjuangkan progresif dan keterbukaan, tetapi hakikatnya mereka ingin bertoleransi, malah ingin bergelumang dalam kebebasan mereka yang kemaruk dengannya. Mereka selalu sahaja melaungkan toleransi, tetapi mereka sentiasa sahaja menaburkan celaan terhadap para ulama seolah-olah tidak ada nilai makna bagi metodologi dan pegangan yang mereka pertahankan.

Manakala Bāṭiniyyah pula, mereka selalu sahaja menganggap karya-karya ulama ini sekadar kulit atau permukaan sahaja. Bagi mereka, ilmu agama yang tersebar dan menjadi pegangan umat Islam secara amnya adalah ilmu yang tidak menyampaikan hakikat kerohanian yang tulen, pengenalan kepada Allah secara murni serta perolehan limpahan ghaib tanpa hijab. Mereka berkata bahawa kita semua mengambil ilmu dari yang mati dan tidak salah, tetapi mereka mengambil ilmu daripada yang sentiasa hidup dan Maha Benar. Malah, ada yang sampai mengatakan bahawa kita mengambil ilmu daripada al-Qur^ān dan Rasulullah, tetapi mereka mengambil dari tuhan yang menurunkan al-Qur^ān dan yang mengutuskan baginda!

Yang menghairankan adalah mereka ini menyusup masuk dalam ilmu tasawwuf yang mengajar tentang penyucian jiwa yang mana salah satunya adalah tawaduk, tetapi mereka ini kerapkali memperlekehkan karya para sarjana Muslim yang terbilang kononnya tidak memberikan apa-apa impak kepada batin seseorang. Inikah hasil pendidikan tasawwuf mereka? 

Mereka kadangkala menyebut gelaran-gelaran kehormat yang tinggi, tetapi yang terpendam di dalaman mereka adalah perlecehan kerana para imam ini hanya menyampaikan ilmu untuk meraikan akal orang awam sahaja dan menyentuh aspek zahir sahaja kerana kononnya khuatir ditentang apabila menyuarakan pandangan yang lebih. 

Seolah-olah di mata mereka, para ulama kita pengecut untuk menyampaikan kebenaran dan dapatan ilmu yang tinggi setelah penyaringan dari pemerhatian kadar ilmu mereka atas kurniaan Allah kepada-Nya. Seakan-akan berjilid-jilid karya yang mereka hasilkan itu adalah hasil kerja orang yang tidak ada keberanian yang tulus demi redha-Nya semata-mata dan agama-Nya yang tercinta atau kurangnya kewibawaan dalam menyingkapi ilmu Allah yang halus serta tiada limpahan langsung daripada Yang Maha Penganugerah. 

Yang senipis-nipis karya pun ada nilai besarnya. Inilah yang tidak dihargai oleh Bāṭiniyyah keparat dan diperlecehkan. Begitu juga dengan liberal yang durjana. Mereka fikir para ulama ini sanggup menyembunyikan kebenaran atau tahu tentangnya, tetapi bacul, bersepakat atas kebodohan dan penyelewengan serta tidak memiliki keikhlasan dalam hidup untuk berbakti kepada agama dengan sebenar-benarnya. 

Yang kedua adalah takwil yang menyimpang. Bāṭiniyyah dan liberal, kedua-duanya menggunakan takwil yang jauh yang berasaskan kepada ikutan hawa nafsu. Walaupun penulisan mereka berteraskan penulisan formal dan seumpama tesis, tetapi sebenarnya ia kosong dari dasar ilmu yang tulen dan hanya ingin melempiaskan syahwat yang tersorok dalam jiwanya.

Kalau liberal, mereka mencari alasan untuk menjustifikasikan keharusan pertukaran jantina, pengimaman wanita dalam solat untuk jemaah lelaki dan sebagainya. Manakala Bāṭiniyyah, mereka pula mencari alasan untuk menjustifikasikan mengapa solat yang melibatkan pergerakan anggota tidak wajib bagi mereka, mengapa iblis adalah makhluk yang bertauhid, pembahagian diri kepada pelbagai kategori dan beraneka lagi yang lain yang bernuansakan aspek spiritual, kerohanian, mistik, ghaib dan seumpamanya. Berbeza dengan liberal yang memfokuskan aspek pengamalan peribadi secara kasar dan isu-isu sosial secara umum. Namun, kedua-dua ini tetap membawa takwil yang menyeleweng dalam agama.

Kita akan melihat pelbagai pandangan yang saling bercanggahan yang masing-masing tidak ada neraca untuk dikembalikan bagi penghakiman dan pembeza nyata untuk memisahkan salah dan benar. Hakikatnya, salah dan benar sesuatu perkara hanya bergantung bagaimana perasaan hawa nafsu pada diri individu, bukan berasaskan metodologi ilmu yang tulen lagi berkejituan. Saya tidak hairan kalau mereka ini saling berselisih, tetapi tidak mampu mengutarakan penghujahan bersistematik. Kedua-dua ini jauh lebih teruk daripada Muktazilah dan pembawa rasionalisme dalam agama. 

Sekurang-kurangnya Muktazilah dan pendukung rasionalis ini ada disiplin dan garis panduan untuk menggarap kefahaman dan praktik beragama walaupun sebahagiannya menyalahi prinsip ahli sunnah. Cukuplah tafsir al-Qur^ān yang dikarang az-Zamaẖšariyy, tokoh Muktazilah sebagai bukti yang jelas. 

Akan tetapi, Bāṭiniyyah dan liberal ini selalu sahaja melanggar walaupun kadangkala mendakwa mereka mengikut ulama dan memetik kalam ulama terhadapnya. Mereka ini hakikatnya mengerahkan segala kudrat mereka untuk berbuat apa sahaja agar teks-teks agama yang suci ini tunduk kepada fikrah mereka yang sesat lagi menyesatkan yang dikemudi hawa nafsu.

Namun, beza pada liberal dan Bāṭiniyyah adalah pengkastaan. Liberal tidak pernah meletakkan pengkastaan antara diri mereka dengan orang lain sama ada tokoh ilmuwan kebesaran atau orang awam. Cuma, mereka ini selalu sahaja memposisikan diri di tempat yang tidak layak untuk mereka atas nama ijtihad dan tajdid. Sebahagian mereka ini bodoh dalam bahasa Arab dan kurang penguasaan ilmu alat yang vital yang sama sepertimana sang dungu dari kalangan Bāṭiniyyah, tetapi mahu mahu membawa perjuangan yang besar dan melagak seperti helang yang memimpin seluruh burung kecil.

Akan tetapi, pengkastaan Bāṭiniyyah ini sangat nyata dan dalam masa yang begitu parah sekali. Selalu sahaja tokoh-tokoh yang dianggap wali dikecualikan daripada  hak-hak ilmu untuk diikuti dan dihakimi. Pada mereka, wali ini berfatwa, memberi pandangan dan nasihat berdasarkan kasyaf, ilham atau pembukaan ghaib secara langsung daripada Yang Maha Batin. Neraca untuk menghukum salah dan benar sudah tidak terpakai lagi agar nyata pada kita sama ada ia adalah limpahan daripada ketuhanan yang suci atau tiupan dari syaitan yang keji.

Malah, kalau kita menyuarakan hal ini, khususnya pandangannya yang menyalahi syariat secara nyata, mereka ini menggertak kita bahawa kita ini bersikap permusuhan terhadap wali sambil membaca hadis yang Allah mengisytiharkan perang terhadap wali. Wahai si tolol! Apakah kekasih Yang Maha Penyantun itu seorang yang menganut akidah yang menyeleweng, mempraktikkan amalan yang menyimpang, bermudah-mudahan menyampaikan hadis sehingga termuntahkan hadis palsu lagi batil serta maksum dari kesalahan sehingga tiada siapa lagi yang berhak untuk memastikan bahawa itu adalah wali Allah  yang menuruti syariat-Nya atau wali syaitan yang memperdaya manusia?

Apabila mereka melakukan pengkastaan sebegini, mereka sebenarnya telah memperlekehkan para ilmuwan jaguhan kita dalam pelbagai bidang yang dihakimi, dikritik, didebatkan dan disanggah. Akan tetapi, mereka tetap menyerlah dan kekal dengan kedudukan yang terpuji yang selayaknya dengan mereka. Manakala tokoh Bāṭiniyyah pula, mereka ini ingin merangkul pingat emas tanpa bertanding dan tanpa dinilai oleh para juri. Apakah mereka ingin hidup di dunia ini dengan berlepas diri daripada diuji? Firman Allah *Azza Wa Jalla : 

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka ditinggalkan dengan berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji? [Surah al-*Ankabūt ayat 2].

Saya menyimpulkan Bāṭiniyyah lebih berbahaya daripada liberal meskipun ada persamaan ciri mereka berdua disebabkan pengkastaan yang jelas ini. Pun begitu, kedua-dua ini sememangnya patut dibanteras dengan sehebat-hebatnya kerana mereka ini perosak kepada tradisi keilmuan umat Islam yang diwarisi oleh sarjana ilmuwan kita sepanjang zaman dan menghancurkan kemurniaan agama dengan manhaj yang caca merba dan rancu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657649522554667008/wacana-ringkas-119-persamaan-dan-perbezaan

com/post/657649522554667008/wacana-ringkas-119-persamaan-dan-perbezaan

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.
Al-H̱iṭōb al-WajīzΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα