Wacana Ringkas 153 : Ketajaman Minda Mereka Yang Terkemudian

10 0 0
                                    

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata apabila menolak hadis tentang laknat Allah terhadap Yahudi yang menjadikan kubur nabi mereka sebagai masjid :

هذا حديث ثابت في الصحيحين وغيرهما من طرق. وقد عمل به كثير من العلماء المتقدمين والمتأخرين ولم يفطنوا لما فيه من العلل التي تقتضي ترك عمل به.

"Hadis ini sabit dalam dua Ṣoḥīḥ dan selainnya dari beberapa jalur. Kebanyakan daripada ulama terdahulu dan terkemudian beramal dengannya, tetapi mereka tidak cakna tentang apa yang di dalamnya yang berupa illah yang menyebabkan peninggalan pengamalan dengannya". [Al-Fawā^id al-Maqṣūdah Fī Bayān al-Aḥādīṯ aš-Šāḏah, m/s 37, keluaran Dār al-Imām an-Nawawiyy].

*Abdullah al-Ġumāriyy berkata :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Adapun setelah itu. Kajian ini belum pernah didahuluiku -segala puji bagi Allah- padanya dan tidak pernah aku dikalahi -dan segala kurnia adalah milik Allah- padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat al-Qur^ān, iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam al-Qur^ān, lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu *Ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari ini, pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah, m/s 3, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

*Abdullah al-Ġumāriyy berkata selepas membawakan beberapa penafsiran yang berbentuk majaz yang mana dia anggap ia adalah salah :

ولهذه المناسبة، ننبه إلى قاعدة هامة غفل عنها المفسرون قاطبة فيما أعلم إذ لم أجد منهم من فطن لها أو نبه إليها وبسبب غفلتهم عنها وقع كثير منهم في تفسيرات مخطئة مثل التفسيرين المذكورين.

"Kesempatan ini, kami mengingatkan tentang kaedah yang penting yang para pentafsir secara keseluruhan mengalpakannya melalui apa yang aku tahu memandangkan aku belum menemukan mereka yang cakna padanya atau memperingatkan tentangnya. Dengan sebab kealpaan mereka, kebanyakan mereka terjebak dengan tafsiran-tafsiran yang salah seperti tafsir-tafsir yang telah disebutkan". [Bida* at-Tafāsīr, m/s 66-67, keluaran Dār ar-Rōšād al-Ḥadīṯah].

Sama ada benar atau salah pandangannya, itu bukan yang ingin disampaikan dan itu terpulang kepada para pembaca untuk menilainya. Apa yang ingin dinyatakan di sini adalah bahawa boleh jadi sebahagian orang dilebihkan oleh Allah dari segi ketajaman fikiran, kemantapan fikiran dan kekuatan penghujahan dalam beberapa aspek yang mana ia mengungguli sekalian manusia yang hebat yang pernah mencipta sejarah di bumi ini.

Seeloknya kita renungi petikan yang as-Suyūṭiyy nukilkan ini :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now