Wacana Ringkas 105 : Tidak Semua Selamanya Di Peringkat Rendahan

3 0 0
                                    

Kalau pun dia adalah bodoh, adakah selamanya dia bodoh? Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu boleh jamin kamu boleh kekalkan kepandaian itu untuk jangka masa panjang?

Kamu menyisihkan orang lain kerana kamu menganggap dia tidak berguna dan tidak punya apa-apa, tetapi kamu hanya memilih kasih dalam menilai sama ada seseorang itu berkemampuan, berkompeten, berwibawa atau sebaliknya. Adakah kamu boleh jamin mereka yang kamu sisihkan itu tidak akan dapat menjangkaui apa yang mampu dilakukan orang yang kamu sanjung tinggi pada suatu hari nanti?

Kamu pun tahu manusia boleh berubah-rubah. Boleh jadi berubah sebelum satu saat berdetik pun kalau Allah kehendaki! Mungkin hari ini dia mebuatmu benci dan meluat, tetapi esok mungkin adalah orang yang paling disayangi. Mungkin orang yang kamu kagum itu boleh sahaja buatmu menyampah pada esok harinya. Mungkin orang yang kamu anggap bodoh itu akan menjadi yang terbilang dalam bahagian yang kamu memperlekehkannya. Bahkan kamu akan membenci dirimu sendiri pada hari ini setelah mana hari semalam kamu terlalu takjub terhadap dirimu sendiri!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654030886123208704/wacana-ringkas-105-tidak-semua-selamanya-di

com/post/654030886123208704/wacana-ringkas-105-tidak-semua-selamanya-di

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now