Wacana Ringkas 23

7 0 0
                                    

Bacaan Ayat al-Qur^ān Selain Surah Lazim Dalam Solat Akan Menjadi Lebih Panjang?

Sebahagian orang enggan membaca ayat al-Qur^ān selain daripada surah lazim dalam solat fardu berjemaah, terutamanya apabila menjadi imam, kerana beranggapan ia akan menjadi bacaan yang panjang dalam solat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebahagian orang enggan membaca ayat al-Qur^ān selain daripada surah lazim dalam solat fardu berjemaah, terutamanya apabila menjadi imam, kerana beranggapan ia akan menjadi bacaan yang panjang dalam solat. Malah, demikian juga yang dikongsi perasaannya oleh para jemaah di belakang.

Hakikatnya, jika kita pandai membahagikan ayat mengikut kesesuaian kesinambungan ayat yang sebelum dan selepas, kadangkala bacaan ayat tersebut akan menjadi lebih pendek daripada Surah al-Kawṯar, Surah al-*Aṣr, Surah al-Iẖlāṣ dan Surah an-Naṣr! Tidak semestinya kita perlu baca dua tiga ayat atau lebih baru nampak sempurna. Sebenarnya satu ayat pun memadai, lebih-lebih lagi apabila dalam situasi memerlukan penyempurnaan solat dengan cepat seperti solat di tempat perhentian rehat dan rawat yang ketika itu ramai lagi beratur panjang di surau yang belum bersolat.

Lihat contoh yang saya ambil daripada Surah aṣ-Ṣoff dalam gambar tersebut. Saya bahagikan kepada empat bahagian. Maksudnya, jika seseorang bersolat sunat empat rakaat, maka dia boleh menghabiskannya hampir dua pertiga daripada keseluruhan satu muka surat. Satu rakaat dia menghabiskan ayat kelapan. Kemudian, dia menghabiskan ayat kesembilan pada rakaat kedua. Satu solat ini nampak kelihatan pendek. Kemudian, dia membaca ayat kesepuluh hingga ketiga belas. Mungkin ada yang bertanya, tidak bolehkah satu rakaat itu membaca ayat kesepuluh sahaja? Jawapannya, ia tidak begitu molek dibuat sedemikian kerana ayat kesepuluh adalah lontaran persoalan. Kemudian, ayat seterusnya pula adalah jawapan kepada persoalan. Ayat seterusnya lagi dan ayat ketiga belas adalah ganjaran daripada amalan ayat sebelumnya. Tidak sesuai kalau kalau dipotong dan tidak dihabiskan. Jadi, jika mahu merringkaskan pun, perhatikan dahulu korelasi ayat sebelum dan selepas supaya tampak molek didengarkan dan disampaikan jika ada jemaah menghafal al-Qur^ān atau memahami maksud.

Sekarang, anda nampak bagaimana ringkasnya solat akan menjadi dengan pembacaan ayat al-Qur^ān selain daripada surah lazim. Jadi, tidak perlu merasa serba salah untuk membacanya dalam solat berjemaah apabila menjadi imam.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623143481024593921/wacana-ringkas-23-bacaan-ayat-al-qur-%C4%81n-selain

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now