Kita sudah terlalu banyak waqaf al-Qur^ān. Saya tidaklah kata ini adalah tidak baik, cuma realitinya ia lebih banyak menuju kepada yang tidak perlu. Kadangkala orang ingin membuat waqaf al-Qur^ān untuk masjid atau surau, tetapi kadangkala al-Qur^ān di sana langsung tidak pernah disentuh buat beberapa tahun. Untuk apa kita terlalu fokus kepada yang tidak memberi manfaat yang besar kepada masyarakat?
Saya mencadangkan kita boleh perluaskan kepada waqaf bahan bacaan ilmiah yang lain. Mengapa tidak kita mengadakan satu perisian perpustakaan digital yang khas untuk mengumpulkan karya-karya tempatan sama ada buku, jurnal, tesis, artikel atau hasil penterjemahan sepertimana perisian Maktabah Syamilah? Bukankah semua orang boleh peroleh manfaat daripadanya?
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/620417120945192960/wacana-ringkas-15-pelbagaikan-waqaf-untuk-karya
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb al-Wajīz
Non-FictionKoleksi wacana ringkas yang menyentuh pelbagai aspek dan isu; agama, idea, falsafah, isu kemasyarakatan, pemikiran dan lain-lain. Beberapa perkara dalam penulisan ini : (a) Mungkin beberapa wacana tidak ada tajuk tertentu. (b) Boleh dibaca tanpa men...