Wacana Ringkas 52 : Penilaian Pendapat Tanpa Guru Dan Sanad Pengajian

6 0 0
                                    

Abū Umāmah berkata bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: 

لاَ جُمُعَةَ إِلاَّ بِأرْبَعِينَ

"Tidak ada solat jumaat melainkan empat puluh orang". [Aš-Šarḥ al-Kabīr, karya *Abdul Karīm ar-Rōfi*iyy, jilid 2, m/s 256 , keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Aliyy bin Muḥammad al-Mu*awwiḍ dan *Ādil Aḥmad *Abdul Mawjūd].

Bagaimana kita tahu hadis ini tidak sahih? Ini kerana kita dibekalkan kefahaman bahawa syarat kesahihan hadis adalah bersambung sanadnya yang diriwayatkan melalui perpindahan perawi yang berkredibiliti lagi berkejituan dari perawi yang berkredibiliti lagi berkejituan sehingga empunya kalam tanpa illah dan syaz. Tidak perlu guru atau sanad pengajian dan pembelajaran kitab ini untuk mengetahui sama ada sabit atau tidak hadisnya. Setelah kita berusaha mencari takhrijnya dan akhirnya tidak menemukan sanad yang sahih baginya, sudah memadai untuk menyatakan bahawa ia tidak sabit.

Contoh yang saya bawa ini adalah contoh mudah. Di sana mungkin ada yang lebih kompleks dan walaupun tanpa guru dan sanad pengajian pun seseorang boleh mengenal pasti betul atau salahnya mengikut tahap kemampuan ilmu masing-masing. Di sini saya ingin tunjukkan bahawa dalam menentukan salah atau betul bagi kandungan dalam kitab tersebut, tidak semestinya perlukan seseorang itu pernah berguru dalam pembelajaran kitab dan memerlukan sanad untuknya. Prinsip ilmu yang telah kita peroleh sama ada melalui pembelajaran melalui guru yang lain, pembacaan atau pengalaman keilmuan boleh dijadikan panduan dan neraca.

Malah, jelas pada prinsip Aḥmad bin Ḥanbal bahawa sanad bukan semestinya hakim utama dalam menentukan kebenaran sesuatu pendapat. Lihat riwayat berikut :

أخبرنا الحسين بن الحسن بن المنذر القاضي والحسن بن أبي بكر البزاز، قالا: أخبرنا محمد بن عبد الله الشافعي، قال: سمعت إبراهيم بن إسحاق الحربي يقول: سمعت أحمد بن حنبل وسئل عن مالك، فقال: حديث صحيح ورأي ضعيف. وسئل عن الأوزاعي، فقال: حديث ضعيف ورأي ضعيف. وسئل أبي حنيفة، فقال: لا رأي ولا حديث. وسئل عن الشافعي، فقال: حديث صحيح ورأي صحيح.

Al-Ḥusayn bin al-Ḥasan bin al-Munḏir al-Qōḍī dan al-Ḥasan bin Abū Bakr al-Bazzāz telah merawi khabar kepada kami, mereka berdua berkata; Muḥammad bin *Abdullah aš-Šāfi*iyy telah merawi khabar kepada kmi, dia berkata; Aku mendengar Ibrōhīm bin Isḥāq al-Ḥarbiyy berkata; Aku mendengar Aḥmad bin Ḥanbal ketika ditanya tentang Mālik, dia pun berkata: "Hadisnya sahih, tetapi pendapatnya dhaif". Ditanya tentang al-Awzā*iyy, dia pun berkata: "Hadisnya dhaif dan pendapatnya dhaif". Ditanya tentang Abū Ḥanīfah, dia pun berkata: "Tidak pada pendapatnya dan tidak juga pada hadisnya". Ditanya tentang aš-Šāfi*iyy, dia pun berkata: "Hadis sahihnya dan pendapatnya sahih". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baghdādiyy, jilid 15, m/s 573, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Lihatlah! Walaupun Mālik bin Anas diakui kredibilitinya, tetapi dalam penafsiran hadis atau pandangannya tidak dapat dijadikan hujah menurutnya. Maksudnya, apa sahaja riwayat daripada Mālik diterima di sisinya, tetapi apabila berkenaan dengan pendapatnya atau penafsirannya pada hadis, maka ia tidak diambil kira menurutnya. Lihat juga contoh yang lain :

أخبرنا عبد الله بن أحمد بن محمد بن حنبل، قال: قال أبي: ابن أبي ليلى كان سيء الحفظ مضطرب الحديث وكان في فقه ابن أبي ليلى أحب إلينا من حديثه، حديثه فيه اضطراب.

*Abdullah bin Aḥmad bin Muḥammad bin Ḥanbal telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Ayahku berkata: "Ibn Abū Laylā seorang yang buruk hafalannya lagi bergoncang hadisnya. Aku lebih sukai fiqh Ibn Abū Laylā berbanding hadisnya. Hadisnya mempunyai kegoncangan". [Al-Jarḥ wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 7, m/s 322, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now