Wacana Ringkas 139 : Di Sebalik Dakwaan Karamah Daripada Sufi

2 0 0
                                    

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam kitabnya I*lām al-Muslimīn Bimā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn membantah keras dakwaan seorang syeikh dari tarekat at-Tijāniyyyah bahawa dia melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara sedar, lalu mengkhabarkan bahawa kelebihan selawat al-Fātiḥ menyamai pembacaan al-Qur^ān sebanyak enam kali.

Sebenarnya, saya tidak menyibukkan diri atau masuk ke lebih mendalam tentang perbahasan sama ada al-H̱oḍir -*alayhissalām- masih hidup atau tidak, lihatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara jaga ini sesuatu yang sabit atau tidak dan pelbagai isu dapatan kerohanian kesufian seperti isu mimpi melihat Allah, mikraj dan lain-lain.

Bagi saya, tidak ada manfaat untuk memfokuskan terhadap hal ini. Apa yang mereka dapat itu, itu terserah kepada Allah dan mereka akan dipertanggungjawab apa yang mereka dakwa. Akan tetapi, bagi saya, cukup melihat rentetan daripada dakwaan tersebut.

Kalaulah lihatan kepada baginda secara jaga berlaku pada seseorang tokoh atau syeikh, adakah seseorang itu boleh menjustifikasikan bahawa benarnya selawat al-Fātiḥ lebih baik daripada pembacaan al-Qur^ān?

Apa sebenarnya yang diinginkan sufi dalam mempertahankan pendapat bahawa al-Ḥoḍir masih hidup? Sebenarnya, mereka ingin mendakwa bahawa mereka pernah bertemu dengannya dan mengajarkan suatu ajaran. Lalu, mereka pun mengajarkan kepada murid-murid mereka walaupun ia kelihatan aneh atau sememangnya menyalahi syariat.

Apabila seseorang mempersoalkannya atau mengkritiknya, pasti akan dituduh bahawa orang tersebut tidak menghormati pandangan ulama yang menyatakan al-H̱oḍir masih hidup, menafikan karamah bagi para wali Allah dan memusuhi para wali-Nya! Padahal, subjek perbincangan kita adalah isu yang lain, iaitu kandungan pertemuan tersebut, bukan keabsahan keberlakuannya dan status kewalian seseorang.

Kemudian, apa yang sebenarnya dimahukan daripada dakwaan pelbagai karamah dan pembukaan daripada Allah? Adakah itu untuk mengkultuskan dan mengkuduskan para syeikh pada setiap kata-katanya dan perbuatannya sehingga ia tidak boleh dipersoalkan dan dikritik?

Kandungan dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy masih terbuka dengan kritikan meskipun penulisnya pernah bermimpi pertemuannya dengan baginda yang mana dia menepis lalat daripada baginda dan ini merupakan perkhabaran gembira kepadanya dalam penghasilan kitab ini. Kalaulah kitab agung ini pun masih ada kritikan dan tidak begitu dikuduskan, apatah lagi syeikh lain yang para sufi tidak akan angkat mereka lebih tinggi daripada al-Buẖōriyy!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662729126753484800/wacana-ringkas-139-di-sebalik-dakwaan-karamah

com/post/662729126753484800/wacana-ringkas-139-di-sebalik-dakwaan-karamah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now