Wacana Ringkas 73 : Berpadalah Dalam Amalan Tawqīfiyy Sepertimana Yang Diajarkan

8 0 0
                                    

Setiap kali kita mengajak kepada doa dan zikir yang warid daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- seperti zikir selepas solat, zikir bangun daripada tidur, zikir waktu pagi, zikir waktu petang dan zikir sebelum tidur serta menegaskan unt...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiap kali kita mengajak kepada doa dan zikir yang warid daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- seperti zikir selepas solat, zikir bangun daripada tidur, zikir waktu pagi, zikir waktu petang dan zikir sebelum tidur serta menegaskan untuk mendahulukan pengamalannya berbanding zikir yang lain, tampak sahaja di wajah mereka rasa keberatan dan ada rasa kepedulian untuk mengamalkannya, khususnya zikir selepas solat.

Kadangkala, mereka memberi respons berdekit, tetapi mereka harap kalau tidak ada orang pernah memberitahunya atau sememangnya pengamalan itu langsung tidak pernah diajarkan oleh baginda! Bahkan, kalau kita lantunkan bacaan zikir selepas solat daripada baginda, kalau langit boleh pecah kerana rasa terkejut dan kehairanan mereka mendengarkan zikir tersebut, pasti hancur berderai!

Sedemikian juga apabila kita berkata kepada tarekat kesufian agar sentiasa meletakkan zikir atau amalan yang warid daripada baginda ini sebagai nombor satu dan keutamaan yang perlu ditekankan. Tidak ada yang lebih istimewa, lebih bermakna dan lebih bermanfaat pengamalannya berbanding apa yang diamalkan dan diajarkan baginda. Itu pun kita melihat respons keengganannya untuk melakukan perubahan silibus pendidikan dan rasa kecintaan terhadapnya meskipun mereka mendakwa bahawa mereka menjunjung, mencintai dan memartabatkan sunnah baginda.

Sebab itulah saya tidak hairan salah seorang sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dari keluarga al-Ġumāriyy dalam karyanya az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh, m/s 34 menyimpulkan bahawa wirid tarekat kesufian ini adalah bidaah yang tiada dalil. Jika kita teliti, kebanyakan tarekat sememangnya langsung tidak pernah menjadikan wirid yang diajarkan baginda sebagai disiplin sama ada untuk sampai kepada martabat yang diredhai Allah. Seolah-olah pengamalan yang telah turun-temurun dari gurunya yang kononnya wali Allah jauh lebih tinggi kedudukannya daripada baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Malah, mereka ini keterlaluan sampai menetapkan mana-mana mereka yang mengamalkan wirid daripada tarekat tertentu tetapi tidak menyertai tarekat tersebut dianggap pengamalan yang tiada makna lagi batil. Begitu juga mereka merahsiakan beberapa wirid yang kononnya khas untuk murid tertentu. Sedangkan sebaik-baik zikir yang diamalkan sebaik-baik makhluk pun terbuka untuk semua orang untuk mengamalkannya dan baginda tidak menyimpan rasa kedekut sepertimana yang dilakukan mereka. Jelas sekali bahawa pengamalan mereka sebenarnya batil. Itu belum lagi dakwaan ghaib yang kadangkala sememangnya menyalahi syariat dan disiplin ilmu yang utuh.

Yang menghairankan apabila kita berkata pemakaian jubah, kopiah dan serban bukannya sunnah, tetapi adat setempat yang diraikan baginda, bermati-matian mereka mempertahankannya ia adalah sunnah! Seolah-olah sunnah hanya pada pakaian, penampilan dan luaran sahaja. Namun, dalam zikir, lihat bagaimana kononnya yang mendakwa mencintai baginda cari alasan untuk berpaling dan tidak mengamalkannya serta menzahirkan kekerasan yang penuh tipu daya.

Sudah tentu mereka tidak akan sanggup bahawa pengamalan syeikh mereka, tarekat mereka dan pengamalan setempat adalah jauh lebih baik daripada baginda. Akan tetapi, cara mereka menolaknya, mengingkarinya dan berpaling dengannya tidak zahir daripada ucapan mereka, tetapi dari cara respons mereka dan sikap mereka serta dalih yang mereka berikan.

Alasan mereka yang selalu utarakan adalah apa masalahnya jika mengamalkan kedua-duanya, iaitu yang sunnah dan yang rekaan sama ada tambahan lafaz dari asal atau rekaan lafaz yang baharu? Hakikatnya, kalau kita perhatikan, mereka tidak mengamalkan kedua-duanya pun. Mereka tidak menjadikan pengamalan baginda sebagai yang patut didahulukan. Yang kita akan lihat pengamalan mereka adalah rekaan kreativiti mereka!

Saya sangat setuju kata-kata Yūsuf al-Qoroḍōwiyy dalam as-Sunnah Wa al-Bid*ah dalam menernagkan sebab kemunculan amalan bidaah. Salah satu sebabnya adalah kerana seseorang merasakan amalan itu tidak cukup untuk mereka lakukan seharian. Sebab itu mereka menokok tambah kerana kononnya ingin beribadah lebih banyak lagi. Lihat contoh gambar yang saya berikan. Seringkas amalan itu pun ditambah kerana rasa apa yang diajarkan baginda tidak cukup. Lebih teruk lagi, ia diajarkan, disebarluaskan dan ditekankan sehinggakan seruan untuk kembali kepada amalan yang disampaikan baginda mendapat respons yang negatif!

Saya katakan, pada amalan tawqīfiyy, adalah lebih baik kita mendahulukan dan berpada dengan lafaz yang diajarkan baginda. Saya tidaklah berkata salah untuk mengamalkan lafaz sendiri yang ditambah atau yang direka selagimana bersesuaian dengan garis syariat. Ini kerana masing-masing pun ada pengamalan mereka sendiri. Sejujurnya, saya sendiri pun ada pengamalan sendiri. Malah, begitu juga para ulama yang memiliki amalan peribadi dan mengongsikannya kepada orang lan. Misalnya adalah Ibn Qoyyim al-Jawziyyah yang pernah berkata :

وَكَانَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَّةَ قَدَّسَ اللَّهُ رُوحَهُ شَدِيدَ اللَّهْجِ بِهَا جِدًّا، وَقَالَ لِي يَوْمًا: لِهَذَيْنِ الِاسْمَيْنِ وَهُمَا الْحَيُّ الْقَيُّومُ تَأْثِيرٌ عَظِيمٌ فِي حَيَاةِ الْقَلْبِ، وَكَانَ يُشِيرُ إِلَى أَنَّهُمَا الِاسْمُ الْأَعْظَمُ، وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: مَنْ وَاظَبَ عَلَى أَرْبَعِينَ مَرَّةً كُلَّ يَوْمٍ بَيْنَ سُنَّةِ الْفَجْرِ وَصَلَاةِ الْفَجْرِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ حَصَلَتْ لَهُ حَيَاةُ الْقَلْبِ، وَلَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ.

Dahulu Šayẖ al-Islām Ibn Taymiyyah -semoga Allah menyucikan rohnya- begitu kuat konsiten padanya. Dia berkata kepadaku pada suatu hari: "Untuk dua nama ini, iaitu al-Ḥayy dan al-Qoyyūm, memberi kesan yang besar dalam penghidupan jantung". Dahulu dia mengisyaratkan bahawa kedua-duanya adalah nama yang teragung. Aku pernah mendengarnya berkata: "Sesiapa yang mengerapkan amalan sebanyak 40 kali pada setiap hari antara solat sunat subuh dan solat subuh: #Wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Tiada tuhan melainkan-Mu. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan#, nescaya hidupnya jantung diperoleh padanya dan jantungnya tidak mati". [Madārij as-Sālikīn Bayna Manāzil Iyyaka Na*budu Wa Iyyaka Nasta*īn, jilid 1, m/s 446, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq Muḥammad al-Mu*taṣim Billah al-Baġdādiyy]

Cuma, hendaklah kita menjadikan yang warid daripada baginda sebagai pengamalan utama dan iltizam. Kalau pun mahu ada rasa bersalah kerana meninggalkannya, lebih baik kita rasa bersalah kerana meninggalkan apa yang diwariskan daripada baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- berbanding daripada tarekat atau selainnya. Apatah lagi jika amalan itu adalah didasari daripada pendalilan yang kontroversi yang pengamalan asalnya tidak ada pada zaman baginda dan para sahabatnya yang mulia seperti bersedekah pahala bacaan al-Qur^ān dan zikir kepada sang mati ketika hari kematiannya. Sudah tentu lagi amalan yang menyalahi syariat.

Tidak salah kalau mengamalkannya dan mengongsikannya, tetapi jika sampai seruan dan penekanan untuk melestarikan apa yang sampai daripada baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-, ini adalah kejelekan dan kenistaan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649841403330002944/wacana-ringkas-73-berpadalah-dalam-amalan

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now