Wacana Ringkas 188 : "Panjangnya. Boleh Tolong Lukis?"

6 0 0
                                    

Adakalanya kita menemukan kata-kata: "Panjangnya. Boleh tolong lukis?" sama ada ia sekadar permintaan atau berbentuk sindiran.

Kita hanya mampu berkata: "Maaflah. Tidak banyak kitab agama dari ulama Muslim yang banyak lukis. Kalau ada yang lukis pun, sekadar beri carta dan peta minda sahaja, khususnya perbahasan sanad".

Kita juga berkata: "Maaflah. Kemahiran agama ini bukan untuk orang yang malas dan cepat jemu membaca. Kalau asyik merungut dengan penulisan panjang, jangan berimpian untuk menjadi ulama, apatah lagi mahu berlagak wira dalam memperjuangkan isu agama".

Yang menghairankan adalah sebahagian orang yang berkata sebegini aktif dalam menentang orang yang dipanggil wahabi. Mereka selalu menggambarkan wahabi adalah orang yang hanya baca sedikit, tetapi mahu memandai-mandai menjadi ulama dan melagak mujtahid.

Sekarang, apa beza mereka dengan wahabi dalam hal ini? Bahkan, mereka jauh lebih pemalas, lebih sedikit entusiasnya dalam menjadi pembaca dan lebih sedikit pembacaannya jika dibandingkan wahabi yang mereka sangat benci. Kemudian, ke sana ke sini untuk menjadi hakim dan pemutus siapa yang benar dan siapa yang salah atau siapa yang wahabi dan siapa yang ahli sunnah.

Orang sebegini adalah musibah untuk umat. Ada sebahagian orang yang mempunyai masa yang banyak pun langsung tidak pernah menjadikan keutamaan untuk membaca buku atau belajar. Rasa ltidak bersalah langsung pun habiskan masa seharian untuk permainan, hiburan dan ngobrol kosong.

Kalau ada membaca atau belajar pun, itu pun bukannya serius, apatah lagi untuk diutamakan. Atau ia sekadar mengikut rentak sensasi semata-mata, bukan berakar dari minat yang berakar lagi membara atau didorong oleh sentimen intelektualisme sejati.

Duit yang banyak di poket pun langsung tidak terfikir untuk membeli bahan pembacaan yang berguna untuk mindanya. Kedai buku pun bukan menjadi tempat yang pertama untuk singgah. Pergi ke pesta buku atau apa jua festival yang berkaitan dengan buku pun hanya kerana ingin menemani kawan sahaja atau paling kurang, hanya mencari buku hiburan dan pop yang berkulitkan ilmiah.

Namun, ke sana ke sini mahu tunjuk jaguh yang dialah paling betul dan paling pandai. Sibuk sindir, ejek dan hentam orang yang tidak sependapat.

Orang sebegini kalau kita menjelaskannya dengan tuntas dalam sesuatu isu, dialah yang bertanya kepada sambil mengejek: "Boleh tolong lukis?" atau mereka mempermainkan kita menulis karangan panjang.

Orang yang rapat dengan dia pun akan kata dia ini bukan jenis yang serius untuk membaca dan belajar. Malah, dia sendiri pun akan akuinya. Itu pun masih nak berlagak pandai lagi dan cuba menjadi hero di mata masyarakat bahawa dialah pejuang ilmu dan kebenaran?

Yang menghairankan lagi adalah orang ini sebahagiannya yang berpenampilan akhlak yang membuatkan kita semua merasa segan terhadapnya dan rasa lekeh akhlak kita jika ingin dibandingkan dengannya. Namun, jiwa mereka jauh lebih buas berbanding perusuh yang suka mencarut.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688840575559024640/wacana-ringkas-188-panjangnya-boleh-tolong

com/post/688840575559024640/wacana-ringkas-188-panjangnya-boleh-tolong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now