Wacana Ringkas 113 : Mengapa Kita Merasa Superioriti Terhadap Agama Islam?

2 0 0
                                    

Ditanya: "Benarkah Islam adalah agama superior berbanding yang lain? Benarkah penganut agamanya lebih superior berbanding penganut agama lain, bahkan keseluruhan manusia yang lain?". Saya katakan ia adalah benar. Ditanya: "Mengapa?".

Saya katakan, bukankah kebenaran lebih superior berbanding kebatilan? Bukankah mereka yang di pihak kebenaran lebih mulia berbanding mereka di pihak kebatilan? Bukankah mereka yang memperjuangkan keadilan sosial lebih superior daripada mereka yang menjadi pencetus dan pembawa kerosakannya? 

Bukankah metodologi saintifik dalam menentukan ketepatan sesuatu penjelasan fenomena alam lebih superior daripada tanggapan yang penuh dengan andaian yang tidak berasas? Bukankah doktor lebih superior dalam mendiaognisis pesakit berbanding dukun yang melakukannya? Bukankah jururawat dalam menguruskan ibu yang melahirkan anak lebih superior berbanding bidan? Bukankah kaedah ahli meteorologi dalam menentukan cuaca lebih superior berbanding sang pawang yang sekadar meneka?

Oleh sebab agama Islam adalah agama yang berasaskan hujah, penegakan terhadap keadilan dan pengamalan yang berteraskan kemapanan metodologi, maka sebab itulah agama Islam adalah agama yang lebih superior berbanding yang lain.

Ya. Agama Islam adalah ekseptionalisme yang perlu menjadi teras ikutan dan kiblat kepada penerapan hidup. Hanya terserah bagaimana umat Islam ingin merealisasikannya dan menjayakannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654836367514386432/wacana-ringkas-113-mengapa-kita-merasa

com/post/654836367514386432/wacana-ringkas-113-mengapa-kita-merasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now