Wacana Ringkas 166 : Mengapa Hanya Dua Puluh Sifat Sahaja?

1 0 0
                                    

Sebahagian orang bertanya mengapa kita mengehadkan perbahasan sifat Allah kepada sifat dua puluh, sedangkan sifat-sifatNya ini banyak? Antara jawapan yang saya selalu temukan adalah dua jawapan.

Pertama, sifat dua puluh ini adalah sifat yang induk yang ada pada segala sifat-sifat Allah. Jika seseorang memahami sifat-sifat induk, ia boleh memahami sifat-sifat lain yang berkaitan dan yang mendatang kerana adanya perhubungan antara sifat-sifat ini dengan sifat yang lain. Misalnya adalah sifat penyayang dan membalas. Ia terkait dengan sifat kehendak. Misal yang lain adalah sifat meluaskan dan menyempitkan. Ia terkait dengan sifat kemampuan.

Kedua, ia sebagai mencukupkan keperluan fardu ain untuk setiap Muslim. Ini kerana sifat-sifat Allah terlalu banyak sehingga tidak mungkin kesemuanya dapat dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, kesimpulan dalam lingkungan dua puluh ini sudah memadai untuk semua orang melepasi kadar fardu ain.

Jawapan saya -walaupun saya secara peribadi sekadar menerima dan membahaskan tiga belas sifat, tetapi demi menjawab bagi pihak mereka sebagai pegangan yang dipegang bersama, saya meraikan dua puluh sifat- pula adalah aliran al-Aš*ariyy ada mengkatogerikan sifat al-H̱obariyyah seperti sifat al-Yad, al-Wajh, al-Istiwā^, an-Nuzūl dan lain-lain. Semua sifat-sifat ini termasuk dalam sifat al-Ma*ānī.

 Al-Āmidiyy berkata :

ذهب الشيخ أبو الحسن الأشعرى في أحد قوليه، والأستاذ أبو إسحاق الأسفرايينى، والسلف إلى أن الرب تعالى متصف بالوجه، وأن الوجه صفة ثبوتية زائدة على ما له من الصفات متمسكين في ذلك بقوله تعالى: {ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ} لا أنه بمعنى الجارحة.

"Aš-Šayẖ Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam salah satu pendapatnya, al-Ustāḏ Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf berpendapat bahawa tuhan Ta*ālā ini tersifatkan dengan wajah dan bahawasanya wajah adalah sifat yang sabit lagi tambahan kepada apa yang Dia memiliki sifat-sifat tersebut kerana berpegang dengan firman-Nya: {Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan} bukan dengan makna anggota". [Abkār al-Afkār Fī Uṣūl ad-Dīn, jilid 1, m/s 451, keluaran Dār al-Kutub Wa al-Waṯō^iq al-Qowmiyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad Muḥammad al-Mahdiyy].

As-Sanūsiyy berkata :

اختلف في أشياء وردت في الشرع مضافة لله تعالى، وهي الاستواء واليد والعين والوجه، بعد القطع بتنزهه تعالى عن ظواهرها المستحيلة عقلا إجماعا، فقال الشيخ أبو الحسن الأشعري: إنها أسماء لصفات تقوم بذاته تعالى، زائدة على الصفات الثمانية السابقة، والسبيل إلى إثباتها عنده السمعُ لا العقل، ولهذا تسمى على مذهبه: صفات سمعية، والله تعالى أعلم بحقيقتها

"Para ulama berselisih dalam sesuatu dalam syarak yang disandarkan kepada Allah Ta*ālā. Ia adalah al-Istiwā^, al-Yad, al-*Ayn da al-Wajh selepas menyatakan secara putus terhadap mentanzihkan-Nya Ta*ālā dari zahirnya yang mustahil secara akal secara ijmak. Berkata aš-Šayẖ Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy bahawa ia adalah nama-nama untuk sifat yang berdiri dengan zat-Nya Ta*ālā lagi tambahan kepada sifat-sifat yang lapan yang terdahulu. Jalan kepada pengisbatannya di sisinya adalah penerimaan sam*iyy, bukan akal. Kerana inilah dipanggil mazhabnya sebagai sifat sam*iyy. Allah Ta*ālā lebih mengetahui tentang hakikatnya. [Šarḥ al-*Aqīdah al-Wusṭō, m/s 183, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq as-Sayyid Yūsuf Aḥmad].

Ini adalah kebenaran. Oleh itu, semua sifat-sifat lain seperti yang disebutkan tadi termasuk dalam sifat ini atau ia terkait dengan sifat-sifat induk tadi.

Sebahagian orang salah faham apabila kita menyenaraikan tujuh sifat dalam kategori sifat al-Ma*ānī, kita dianggap sebagai orang yang menterhadkan sifat-Nya kepada semua itu sahaja dan mengenepikan sifat-sifat lain seperti contoh yang disebutkan atas alasan itu tidak diterima akal dan menyebabkan tasybih.

Demi bintang yang berkelipan di malam hari! Saksikanlah bahawa tuduhan ini adalah dusta yang besar terhadap kami! Sifat-sifat lain seperti sifat al-H̱obariyyah adalah sifat al-Ma*ānī di sisi kami. Kami sama sekali tidak menolak atau mengepikan sifat-sifat itu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kalau kami mengiktiraf sifat-sifat itu, mengapa tidak dimasukkan dalam silibus rasmi dalam perbahasan sifat al-Ma*ānī? Kami katakan, jika ingin dimasukkan semua sifat-Nya dalam satu buku, nescaya buku itu akan menjadi tebal.

Lihat sahaja penulisan yang berkaitan dengan sifat Allah atau yang mengumpulkannya seperti al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt karya al-Bayhaqiyy, Ibṭōl at-Ta^wīlāt dan Ṣif.āt Robb al-*Ālamīn karya Ibn al-Muḥibb aṣ-Ṣōmit. Apakah ia nipis? Sebab itulah kami menjelaskan bahawa sifat-dua puluh ini akan menjadi induk kepada segala sifat yang lain atau jika tidak, ia termasuk dalam sifat al-H̱obariyyah yang kita telah menerimanya sebagai sifat al-Ma*ānī.

Yang kedua adalah sifat al-Ma*ānī yang tujuh itu, iaitu sifat berkemampuan, berkehendak, mengetahui, melihat, mendengar, berbicara dan hidup boleh dibahaskan dengan panjang lebar. Walaupun sifat al-Yad, al-Wajh dan lain-lain itu termasuk sifat al-Ma*ānī, apa yang kita boleh bahas?

Ia tidak boleh dibahaskan sama sepertimana tujuh sifat itu. Akhirnya, perbahasan ini dimasukkan dalam sifat al-Muẖōlafah Li al-Ḥawādiṯ, iaitu bersalahan dengan yang baharu kerana perbahasan setiap sifat itu berkait antara satu sama lain. Untuk jelas, sila baca penulisan saya yang berjudul "Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia".

Atas sebab itulah dimasukkan tujuh sifat itu sahaja. Bukan kerana kita mengehadkannya, tetapi kerana ia ada isu yang boleh dibahaskan dengan panjang. Tidak sepertimana yang selainnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676432413870735360/wacana-ringkas-166-mengapa-hanya-dua-puluh-sifat

com/post/676432413870735360/wacana-ringkas-166-mengapa-hanya-dua-puluh-sifat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now