Wacana Ringkas 11 : Maksud "Jangan Beribadah Kerana Pahala Dan Takutkan Neraka".

11 0 0
                                    

Sebahagian orang salah sangka perkataan sufi bahawa "jangan beribadah kerana pahala dan takutkan neraka, tetapi beribadahlah untuk Allah semata-mata". Mereka menyatakan bahawa terdapat banyak nas menyebutkan tentang doa meminta untuk menjauhi neraka dan mengharapkan syurga lagi pahala, lalu menyalahkan kenyataan sufi tersebut.

Sebenarnya kefahaman sufi yang sebenar ialah jangan menjadikan pahala, syurga, neraka dan dosa sebagai tuhan. Jika pahala dan syurga membahagiakan kita, maka redha Pemilik pahala dan syurga lebih baik daripada kedua-dua itu. Jika dosa dan neraka menderitakan kita, maka murka Allah jauh lebih dahsyat daripada kedua-dua itu. Jika faham perkara ini, maka fahamlah yang dimaksudkan oleh ungkapan sufi ini.

Namun, bukan bermakna kita perlu menganggap remeh semua itu kerana ia adalah daripada Allah. Jika pahala, maka itu adalah daripada Yang Maha Pemurah. Sangatlah biadab jika kita menolak pelawaan dan huluran daripada Yang Maha Mengerti keadaan kita. Jika dosa, maka ketahuilah bahawa neraka adalah ciptaan-Nya jua dari kemarahan-Nya. Maka, janganlah memperkecilkan bahaya perlakuan dosa.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/620371476305018881/wacana-ringkas-11-makna-perkataan-sufi-jangan

com/post/620371476305018881/wacana-ringkas-11-makna-perkataan-sufi-jangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now