Wacana Ringkas 155

3 0 0
                                    

Al-Aš*ariyy Dan *Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ Karya Abū *Uṯmān Aṣ-Ṣōbūniyy

Golongan al-Aš*ariyy mendakwa bahawa Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy melalui kitabnya *Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ adalah sepihak dengan mereka

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Golongan al-Aš*ariyy mendakwa bahawa Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy melalui kitabnya *Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ adalah sepihak dengan mereka. Padahal, sebenarnya tidak sebegitu.

Lihat bagaimana tanggapannya ketika dia memetik Ibn Mahdiyy aṭ-Ṭobariyy, anak murid kepada Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy. Dia berkata :

وإنما ذكرت هذا الفصل بعينه من كتاب ابن مهدي لاستحساني ذلك منه؛ فإنه اتبع السلف من أصحاب الحديث في ما ذكره مع تبحره في علم الكلام، وتصانيفه الكثيرة فيه، وتقدمه وتبرزه عند أهله

"Sebenarnya aku menyebutkan fasal ini dari kitab Ibn Mahdiyy kerana aku memandang baik pada itu daripadanya. Ini kerana dia mengikuti salaf dari kalangan sarjana hadis pada apa yang dia menyebutkannya meskipun melautnya dalam ilmu kalam, karangan-karangannya yang banyak padanya, kependahuluannya dan kesetiannya di sisi ahlinya". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 169-170, keluaran Dār *Āṣimah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Nāṣir bin *Abdul Roḥmān bin Muḥammad al-Juday*].

Dia berkata seperti ini setelah menukilkan kata-katanya dalam kitab al-I*tiqōd miliknya :

أن مذهب أهل السنة والجماعة القول بأن القرآن كلام الله سبحانه ووحيه وتنزيله وأمره ونهيه غير مخلوق، ومن قال: مخلوق فهو كافر بالله العظيم، وأن القرآن في صدورنا محفوظ، وبألسنتنا مقروء، وفي مصاحفنا مكتوب، وهو الكلام الذي تكلم الله عز وجل به، ومن قال: إن القرآن بلفظي مخلوق، أو لفظي به مخلوق، فهو جاهل ضال، كافر بالله العظيم.

"Sesungguhnya mazhab ahli sunnah dan al-Jamā*ah adalah berpendapat bahawa al-Qur^ān adalah kalam Allah Subḥānahu, wahyunya, penurunannya, perintahnya dan larangannya bukan makhluk. Sesiapa yang berkata bahawa ia adalah makhluk, maka dia adalah mengingkari Allah Yang Maha Agung. Dan bahawasanya al-Qur^ān tersimpan dalam dada-dada kita, dibaca dengan lisan-lisan kita dan ditulis dalam mushaf-mushaf kita. Ia adalah kalam yang Allah *Azza Wa Jalla berbicara dengannya. Sesiapa yang berkata bahawa sesungguhnya al-Qur^ān dengan pelafazan aku adalah makhluk atau pelafazan aku dengannya adalah makhluk, maka dia adalah jahil lagi sesat serta mengingkari Allah Yang Maha Agung". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 169, keluaran Dār *Āṣimah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Nāṣir bin *Abdul Roḥmān bin Muḥammad al-Juday*].

Dia hanya menukilkan pandangan daripadanya kerana sekadar untuk memandang baik sahaja kerana menyetujui bahagian pelafazan al-Qur^ān itu dan pandangan ini agak janggal di sisi aliran al-Aš*ariyy dan mereka yang mendalami ilmu kalam ketika itu. Tidak sepertimana kutipannya dari Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, Abū Bakr al-Ismā*īliyy dan pelbagai ulama yang lain.

Al-H̱iṭōb al-WajīzTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon