Wacana Ringkas 40

5 0 0
                                    

Menjadikan Tokoh Sebagai Perisai Dan Penghalalan Untuk Terus Mengutuk

Apabila kita membentangkan hujah yang tidak sependapat dengan tokoh panutan mereka, ada di antara mereka membalas dengan berkata: "Tidak mengapa. Biar tokoh kami menjawabnya di akhirat kelak". Kemudian, mereka meneruskan celaan tanpa henti yang langsung tidak dibawakan hujah balas. Apakah dengan alasan tersebut boleh menghalalkan seseorang itu mencemuh insan lain hanya kerana bersandar dengan tokoh yang difikirkan berwibawa menurutnya?

Bayangkan penganut fanatik mazhab Ḥanafiyy yang mengkritik ahli fiqh mazhab Šāfi*iyy, kemudian pengikut mazhab Šāfi*iyy mampu menjawab sepertimana tadi, lalu setelah itu, halal untuknya terus mencela pengikut mazhab Ḥanafiyy. Apakah ini akan menghasilkan manfaat? Sepatutnya, jika tidak mampu berbahas atau memiliki kemampuan kendiri untuk menganaalisis masalah, hendaklah dia berdiam. Jika dia menjawab, tidak akan terkeluar daripada lidahnya melainkan omongan kosong yang tidak bersandar apa-apa atau kebodohan yang nyata. Patutkah ingin membalas hujah ilmiah dengan kebodohan dan kekosongan?

Yang anehnya, mereka seolah-olah menjadi jurubicara yang boleh mewakili tokohnya untuk menyampaikan pendapat. Namun dalam masa yang sama, mereka sendiri hanya mampu menyerahkan tugas menjawab itu kepada tokohnya di akhirat kelak. Apa kapasiti sebenar mereka dalam ilmu mereka? Jika mereka hanya mampu mengikut sahaja tanpa dapat merungkaikan permasalahan dan membina jawapan balas dengan ilmiah, mengapa perlu bertindak berlebih-lebihan seolah-olah setara dengan tokoh mereka? Malah, memperbodohkan orang yang mengkritiknya dan menganggap orang tersebut memandai-mandai, sedangkan dia sendiri tidak ada daya kendiri untuk menjadi benteng ilmu yang kukuh untuk mempertahankan ikutannya. Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

الجَاهِلُ لاَ يَعلَمُ رُتْبَةَ نَفْسِهِ، فَكَيْفَ يَعْرِفُ رُتْبَةَ غَيْرِهِ

"Orang jahil tidak mengetahui kedudukan dirinya, lantas bagaimana dia mengenali kedudukan orang lain?". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 11, m/s 321, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Bagaimana seseorang dapat menuduh orang lain bodoh dan memandai-mandai sedangkan kemampuannya hanya mengikut dan bergantung kepada tokoh yang diyakini akan membelanya? Ia tidak ubah seperti sang buta bertengkar tentang cahaya pihak mana yang lebih terang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/627317250631843840/wacana-ringkas-40-menjadikan-tokoh-sebagai

com/post/627317250631843840/wacana-ringkas-40-menjadikan-tokoh-sebagai

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Al-H̱iṭōb al-WajīzDove le storie prendono vita. Scoprilo ora