Wacana Ringkas 185

4 0 0
                                    

Pertentangan Ayat Allah Di Atas Arasy Dan Allah Di Mana-Mana?

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ

"Kemudian, Dia bersemayam di atas Arasy". [Surah al-*Arōf ayat 54].

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ

"Dia bersama kalian di mana sahaja kalian berada". [Surah al-Ḥadīd ayat 4].

Sesiapa yang mendakwa kedua-dua ayat ini bertentangan dan perlu ditakwil, lalu dengan itu, dia menafikan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, maka telah nyata padanya kejahilan dalam kalam salaf terhadap isu ini.

Seolah-olah para ulama salaf tidak tahu pertentangan dua ayat ini ketika mengisbatkan Allah itu di atas Arasy. Cukuplah dia membaca «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy untuk dia meleraikan syubhat ini. Lihat sendiri bagaimana penafsiran mereka dalam firman Allah *Azza Wa Jalla ini :

مَا يَكُونُ مِن نَّجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا

"Tidak ada yang bisikan tiga orang melainkan Dia adalah yang keempat bagi mereka, tidak juga lima orang melainkan Dia yang keenam bagi mereka, tidak juga lebih sedikit daripada itu dan tidak juga lebih banyak melainkan Dia bersama mereka di mana sahaja mereka berada". [Surah al-Mujādilah ayat 7].

Atau yang seumpama dengannya. Pasti mereka akan menemukan kesemua mereka mengatakan bahawa kebersamaan di sini adalah kebersamaan ilmu, bukan zat diri-Nya.

Malah, al-Buẖōriyy yang menyebutkan :

وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ، فِي قَوْلِهِ: {ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ} [الأعراف: 54] . قَالَ: «الْعَرْشُ عَلَى الْمَاءِ، وَاللَّهُ فَوْقَ الْعَرْشِ، وَهُوَ يَعْلَمُ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ» وَقَالَ قَتَادَةُ، فِي قَوْلِهِ: {وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ} [الزخرف: 84] قَالَ: «يُعْبَدُ فِي السَّمَاءِ، وَيُعْبَدُ فِي الْأَرْضِ»

Kata Ibn Mas*ūd tentang firman-Nya: {Kemudian, Dia bersemayam di atas Arasy} [Surah al-A*rōf ayat 54]. Dia berkata: "Arasy di atas air dan Allah di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang kalian berada padanya". Kata Qotādah tentang firman-Nya: {Dialah yang tuhan di langit dan tuhan di bumi} [Surah az-Zuẖruf ayat 84]. Dia berkata: "Disembah di langit dan di sembah di bumi". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 43, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥṃān *Umayroh].

Tujuan dia membawakan nukilan ini adalah untuk menepis syubhat yang ditimbulkan tentang ayat al-Quran penyebutan seakan-akan Allah itu di setiap tempat. Hakikatnya, ia bukanlah permasalahan yang galau di sisi ahli sunnah melainkan dari kalangan orang yang menjauhi karya salaf dalam memahami hal ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688377562439761920/wacana-ringkas-185-pertentangan-ayat-allah-di

com/post/688377562439761920/wacana-ringkas-185-pertentangan-ayat-allah-di

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now