Wacana Ringkas 55

8 0 0
                                    

Cara Mudah Untuk Mengenali Pendirian Seseorang Dalam Manhaj Salaf Pada Interaksi Naṣ-Naṣ Sifat Allah

Mudah sahaja jika saya ingin tahu sama ada seseorang itu memahami manhaj salaf secara tulen atau tidak dalam interaksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, saya akan bertanya soalan ini: "Adakah kamu bersetuju tuduhan Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh oleh mana-mana ilmuan sepanjang 1000 tahun setelah kewafatannya?". 

Jika mereka menyetujuinya, maka tidak syak lagi bahawa ini sememangnya terkeluar dari manhaj salaf, bahkan mungkin sahaja parasit Jahmiyyah. Jika mereka tidak menyetujuinya dan tidak mampu memberikan penjelasan dengan baik, maka ini masih belum ada kemapanan dalam kefahaman. Semoga Allah mempercepatkan hajat mereka yang tulus demi redha-Nya agar terpadam kekaburan mereka. Jika mereka tawaqquf, maka mudah-mudahan sedemikian. Namun yang pasti, orang ini masih lagi dalam syak terhadap manhaj salaf.

Mengapa saya bertanya sebegini? Supaya kita terus kepada rujukan sebenar dan jelas pendirian seseorang itu. Saya sudah muak dengan perangai orang apabila saya menegaskan untuk menghadamkan karya-karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa al-Mušabbihah karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy supaya kita dapat gambaran sebenar tentang manhaj salaf, mereka akan membalas: "Tidak! Kamu perlu baca kitab itu ini!" yang merujuk kepada karya muta^ẖẖirīn atau kontemporari.

Baiklah. Bentangkan bagaimana pemahaman mereka melalui karya mutaakhirin atau kontemporari membantu untuk memahami manhaj salaf sebenar dalam isu naṣ-naṣ sifat Allah? Adakah selari dengan MuḥammadZāhid al-Kawṯariyy atau berlawanan? Kami sememangnya ingin tahu sama ada benar-benar menepati apa yang dijelaskan para salaf atau tidak. Atau sebenarnya sembang sahaja, tetapi tidak berpaksi pada realiti.

Tidak perlulah kita membuang masa orang yang mendakwa faham manhaj salaf dalam isu tersebut, tetapi selalu sahaja buat-buat tidak tahu kewujudan kitab itu, apatah lagi untuk menyentuh, membaca dan menghadam serta menukilkan daripada mereka. Apatah lagi yang menyingkirkan sarjana salaf yang agung, ad-Dārimiyy daripada ahli sunnah. Bagaimana mereka ini berani mendakwa bahawa mereka faham manhaj salaf?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633737923553116160/wacana-ringkas-55-cara-mudah-untuk-mengenali

com/post/633737923553116160/wacana-ringkas-55-cara-mudah-untuk-mengenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now