Wacana Ringkas 157 : Dakwaan Tanpa Dalil, Maka Anaknya Diragukan Nasabnya

2 0 0
                                    

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ḥasaniyy, tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berseloka :

وَالدَّعَاوَى مَا لَمْ تُقِيمُوا عَلَيْهَا # بَيِّنَاتٍ أَبْنَاؤُهَا أَدْعِيَاءُ

"Dakwaan-dakwaan yang selagimana kalian belum dapat menegakkan padanya # bukti, anak-anaknya adalah disangsikan nasabnya". [Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh, m/s 62].

Janganlah mudah gelisah dengan seseorang yang menggunakan taktik Gish Gallop yang menyenaraikan dan menyertakan pelbagai rujukan, karya dan petikan demi mengabsahkan dakwaan bahawa pendapatnya atau kenyataannya disokong oleh pelbagai sumber dan bukti. Boleh jadi sebenarnya ia adalah falasi Cherry Picking, rujukan yang rapuh dan separuh masak kebenarannya.

Janganlah mudah terpesona dengan seseorang yang mengemukakan penjelasan, perbahasan dan kupasan panjang lebar yang adakalanya diselitkan taktik Hoare's Dictum dan taktik Proof By Verbosity. Adakalanya, membebel beserta tumpahan perasaan mengamuk boleh dileretkan secara panjang lebar, tetapi hakikatnya sekadar luahan kosong dan bermain sentimen pembaca.

Sebab itulah kita jangan terkeliru di mana poin utama dan di mana sebenarnya yang dia memasukkan tafsirannya sendiri, penjelasan peribadi dan syarahan daripada poin utama itu. Kita tahu dahulu siapa bapanya sebelum kita menasabkan anaknya. Jika status bapanya tidak jelas, maka anak-anaknya dan cucu cicitnya disangsikan nasabnya. Berlapis-lapis generasi dan beragam anaknya, tetapi tidak ada apa-apa makna jika nasabnya disangsikan. Perhatikan baik-baik.

Walaupun seloka Muḥammad az-Zamzamiyy ini diselitkan dalam bantahannya terhadap dakwaan sufi tentang makna yang terkandung dan beberapa perkara susulan daripada istilah martabat wali Allah seperti al-Ġowṯ, al-Quṭb dan al-Fard, selokanya tetap relevan dan terpakai untuk setiap perkara dalam dakwaan yang dilakukan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/668811560058290176/wacana-ringkas-157-dakwaan-tanpa-dalil-maka

com/post/668811560058290176/wacana-ringkas-157-dakwaan-tanpa-dalil-maka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now