Wacana Ringkas 148 : Dampak Parah Pada Ketaksuban

21 0 0
                                    

Kadangkala, dalam pembelaan tokoh ilmuwan atau tradisi keilmuan mereka, sebahagian orang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah terjebak dalam ketaksuban dan mereka sebenarnya kerapkali menafikannya atau berdalih untuk menyatakan bahawa mereka tidak ketaksuban. Seakan-akan bagi mereka ketaksuban tidak pernah berlaku dalam sejarah. Mereka sehingga tidak dapat membezakan antara membela kebenaran dengan membela tokoh ilmuwan dan tradisi keilmuan mereka. 

Sebenarnya, kita tidak perlu melihat pengakuan seseorang itu taksub atau tidak. Cukup kita melihat tindakan mereka yang sememangnya mencerminkan ketaksuban mereka terhadap tokoh ilmuwan atau tradisi keilmuan mereka.

Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy juga telah menyaksikan ketaksuban yang ada pada zamannya. Ar-Rōbi* bin Sulaymān berkata :

رأيت أشهب بن عبد العزيز ساجداً وهو يقول في سجوده: للهم أمت الشافعي وإلا ذهب علم مالك بن أنس فبلغ الشافعي ذلك فتبسم وأنشأ يقول. فذكر البيتين وزاد بيتا ثالثاً:

وقد علموا لو ينفع العلمُ عندهم ... لئن مِتُّ ما الداعي عليَّ بمُخْلَد

Aku melihat Ašhab bin *Abdul *Azīz bersujud dan dia berkata dalam sujdunya: "Ya Allah! Engkau matikanlah aš-Šāfi*iyy. Jika tidak, sirnalah ilmu Mālik bin Anas". Lalu hal itu sampai kepada aš-Šāfi*iyy. Dia pun tersenyum dan dia mula berkata sesuatu. Lalu, dia menyebut dua bait dan menambah bait ketiga :

"Mereka mengetahui kalau ilmu itu bermanfaat di sisi mereka # Jika aku benar-benar mati, tidaklah yang berdoa ke atasku itu kekal abadi". [Manāqib aš-Šāfi*yy, karya al-Bayhaqiyy, jilid 2, m/s 74, keluaran Maktabah Dār at-Turōṯ, Kaherah tahqiq as-Sayyid Aḥmad Ṣoqr].

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bercerita tentang ayahnya :

ووقعت له مناظرة بالمدينة المنورة مع حمدان الونيسي الجزائري في محفل عظيم من العلماء. فيهم شيخنا الإمام سيدي محمد ابن جعفر الكتاني والشيخ توفيق الأيوبي الشامي والشيخ أمين سويد الدمشقي أيضا والسيخ عمر حمدان المحرمي والسيد أبو القاسم الدباغ وما يقرب من عشرين عالما كانوا مجتمعين بضريح سيدنا حمزة رضي الله عنه. وبعضهم يسرد تفسير ابن عجيبة، فمرت مسألة البحر البحث فيها بينهم إلى مخالفة المذهب. فتكلم الونيسي بكلام أراد به التنكيت على سيدي أبي القاسم الدباغ لأنه كان من المعلنين بنبذ التقليد والعمل بالسنة وظن الونيسي أنه منفرد بذلك من بين الحاضرين. فانبرى له الشيخ رضي الله عنه وناظر مناظرة بهرت عقول الحاضرين ومكثوا يتحدثون بها طول عمرهم. كلما جرى ذكر الشيخ رضي الله عنه حتى ذكر كل من السيد أبي القاسم الدباغ والشيخ عمر حمدان على الانفراد في أوقات مختلفة قالوا: "ما كنا بمثل الونيسي أمام الشيح إلا كهر صغير بين يدي أسد عظيم". فلما ألزمه الحجة، ولم يجد من يد الشيخ مفرا قال في حمية وغضب للتقليد والشيطان: "ما قاله الله ورسوله أضعه تحت قدمي. وما قاله خليل أجعله فوق رأسي". فقال له الشيخ: "الآن سقط الكلام معك ولو أخبرتنا بهذا من أول وهلة، ما ناظرناك لأننا كنا نظن أنك تناظر عن جهل بالمسألة وخطأ في النظر والاعتقاد وحيث وصلت إلى حد الكفر والردة والعناد، فلا كلام لنا مع من هذا حاله".

Terjadi kepadanya suatu perdebatan di al-Madīnah al-Munawwaroh bersama Ḥamdān al-Wunīsiyy al-Jazā^iriyy pada majlis pertemuan yang besar dari kalangan ulama. Dalam kalangan mereka adalah syeikh kami, al-Imām Sayyidī Muḥammad Ibn Ja*far al-Kittāniyy, aš-Šayẖ Tawfīq al-Ayyūbiyy aš-Šāmiyy, aš-Šayẖ Amīn Suwayd ad-Dimašqiyy juga, aš-Šayẖ *Umar Ḥamdan al-Muḥarromiyy, as-Sayyid Abū al-Qōsim ad-Dabbāġ dan jumlah yang mendekati dengan dua puluh ulama. Mereka berkumpul di birai pusara Sayyidinā Ḥamzah -semoga Allah meredhainya-. Sebahagian mereka menyebutkan tafsir Ibn *Ajībah. Lantas, permasalahan al-Baḥr memenuhi perbahasan sesama mereka padanya sehingga ke penyelisihan mazhab itu. Al-Wunīsiyy berbicara dengan bicara yang bermaksudkan penistaan terhadap Sayyidī Abū al-Qōsim ad-Dabbāġ kerana dia termasuk golongan yang menyatakan diri terhadap penyisihan terhadap taklid dan pengamalan dengan sunnah. Al-Wunīsiyy menyangka bahawa dia bersendirian dengan hal itu dari kalangan mereka yang hadir.

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now