Wacana Ringkas 6 : Tidak Bolehkah Mencintai Yang Bukan Muslim?

18 0 0
                                    

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ وَمَنْ يَكْفُرْ بِالأِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِين َ (سورة المائدة: 5)

"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik, iaitu makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu halal bagimu dan makanan kamu halal bagi mereka serta wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman lagi yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu apabila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak pula menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman, maka terhapuslah amalannya dan dia pada hari kiamat termasuk orang-orang rugi". [Surah al-Mā^idah ayat 5].

Jika perkahwinan yang berdiri atas dasar cinta dengan ahli kitab dibenarkan oleh syariat ini, maka bagaimana mungkin kita tidak boleh mencintai sahabat-sahabat yang bukan Muslim? Adapun yang mengatakan perkahwinan dan persahabatan hanyalah untuk dakwah semata-mata dan tidak boleh selain itu adalah perkara yang tidak disebut oleh Allah dan Rasul-Nya. Perhubungan hanya sekadar lakonan atas topengan dakwah merupakan manifestasi fahaman menyimpang pada dirinya. Sekalipun kita sangat berharap agar dia menjadi Muslim, tetapi bukan bermakna kita lunturkan keharmonian dan kesejatian dalam perhubungan. Sekalipun kepentingan utama kita ialah Islam, namun agama ini bukan berdiri di atas paksaan.

Berbuat baik bukan hanya kebajikan sosial yang tidak ada langsung mempunyai apa-apa perasaan. Termasuk dalam perkara berbuat baik adalah menzahirkan simpati, kasih sayang sesama manusia dan menyuburkan rasa damai serta harmoni dalam sosial. Kepura-puraan cumalah api dalam sekam yang hanya menyalakan kehangatan yang merenggangkan perhubungan sesama masyarakat. Kita boleh bertoleransi tanpa menanggalkan had sempadan Islam dan hidup harmoni tanpa bersekongkolan terhadap kezaliman dan kerosakan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/617128296834088960/wacana-ringkas-6-tidak-bolehkah-mencintai

com/post/617128296834088960/wacana-ringkas-6-tidak-bolehkah-mencintai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now