Wacana Ringkas 90 : Kebenaran Tidak Mengira Masa Ia Datang

1 0 0
                                    

Kebenaran adalah kebenaran walau dari siapa pun ia datang. Kebenaran adalah salah satu rezeki yang kadangkala Allah kurniakan kepada hamba-Nya melalui jalan yang tidak dia sangkakan. Sesiapa yang menolak kurniaan-Nya setelah nyata bahawa ia adalah yang terbaik untuknya, maka ia adalah penghinaan terhadap Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tatkala Dia bukakan pintu hidayah dan petunjuk kepada jalan yang sebenar, sedangkan tiada pembimbing yang sejati melainkan Dia sahaja, tetapi sang hamba itu merasa ada yang lebih baik daripada pembentangan Yang Maha Bijaksana, maka sesungguhnya dia sengaja menempah kebinasaan yang merugikan dirinya sendiri.

Kadangkala apabila kita sampaikan kebenaran yang telah pun nyata tertegak hujahnya dan tiada sangsi lagi untuk kekuatannya. sebahagian orang berkata: "Sudah seribu tahun berlalu, tidak mungkin tidak ada seorang pun mengenal pasti kesalahan". Mereka merasakan bahawa pendapat yang telah bertahan seribu tahun lamanya dan disokong pula oleh ramai tokoh apabila dianggap salah, seolah-olah ia sesuatu yang mustahil. Mereka mempersoalkan adakah seribu tahun telah berlalu hanya disokong oleh seribu orang yang bodoh sehingga mereka tidak tahu adanya kesilapan padanya?

Mungkin kita perlu renungi semula petikan yang as-Suyūṭiyy nukilkan ini :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

Persoalannya adalah mengapa perlu melihat masa yang lalu dan tidak melihat masa sekarang? Sekarang ini bukan soal siapa nampak atau tidak sepanjang seribu tahun, ini soal mahu terima atau tidak tatkala hujah telah ditegakkan. Tidak ada beza pun antara enam saat atau enam tahun atau enam puluh tahun atau enam ratus tahun atau enam ribu tahun. Kebenaran adalah kebenaran. Bawalah hujah untuk menafikannya jika mereka termasuk orang yang benar. Jika mereka rasa hujah yang setelah seribu tahun berlalu tidak ada salah, maka tegakkanlah hujah mereka. Jika tidak, maka nyatalah siapa yang menzalimi diri sendiri.

Kita lihat contoh *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, salah seorang keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang ahli hadis lagi sufi yang mengeluarkan pandangan baharu yang menyalahi sekalian ulama sezamannya dan juga pendahulunya dalam isu penasakhan pembacaan ayat al-Qur^ān. Dia menyatakan :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Adapun setelah itu. Kajian ini belum pernah didahuluiku -segala puji bagi Allah- padanya dan tidak pernah aku dikalahi -dan segala kurnia adalah milik Allah- padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat al-Qur^ān, iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam al-Qur^ān, lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu *Ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari ini, pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah, m/s 3, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Sekarang, bagaimana sikap kita apabila berhadapan dengan pandangan baharu yang menyelisihi keseluruhan ulama seperti ini? Adakah kita patut menolak mentah-mentah atau kita perlu menimbang dari sudut penghujahan? Kalau *Abdullah al-Ġumāriyy memiliki hujah yang kuat, adakah kita perlu sibukkan lagi sama ada ribuan tahun telah berlalu atau tidak untuk kebenaran itu terzahir dalam lapangan ilmiah?

Kalaupun ulama keseluruhan tersebut adalah salah kalau pendapat al-Ġumāriyy adalah benar, saya telah berkali-kali tegaskan bahawa orang terdahulu tidak perlu disibukkan lagi kerana kita tidak tahu sama ada telah tertegaknya hujah mereka ataupun tidak. Juga kita tidak mengetahui sama ada mereka bertaubat pada hujung waktunya ataupun tidak. Hisab mereka telah dihitung. Orang sekarang yang sedang beramal dan mempersiapkan bekalannya di akhirat inilah yang perlu diberi kesedaran. Boleh jadi orang terdahulu telah pun diampuni dan dirahmati, tetapi bagaimana orang sekarang yang telah pasti menentang dan berdegil atas alasan mengikut orang terdahulu? Cubalah dia jamin penentangan itu mampu selamatkannya di akhirat.

Masalah sekarang adalah bukan sama ada ribuan tahun telah berlalu. Ini merupakan permasalahan sama ada kita mahu terima kebenaran ataupun tidak setelah terpampangnya hujah itu. Apakah kita ingin menjadi sepertimana yang diungkapkan oleh seperti ini? :

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا لَوْ كَانَ خَيْرًا مَّا سَبَقُونَا إِلَيْهِ ۚ وَإِذْ لَمْ يَهْتَدُوا بِهِ فَسَيَقُولُونَ هَـٰذَا إِفْكٌ قَدِيمٌ ﴿١١

Berkata orang yang kafir kepada orang yang beriman: "Jika ia baik, tentu mereka tidak mendahului kami terhadapnya". Tetapi mereka tidak diberi petunjuk terhadapnya. Pasti nanti mereka berkata, "Ini adalah pengada-adaan yang lama". [Surah al-Aḥqōfayat 11].

Adakah kita ingin berkata: "Kalau pendapat ini benar, mesti ada orang terdahulu telah menjelaskan hal itu" kepada *Abdullah al-Ġumāriyy sebagai contoh, kemudian kita menolak kebenaran itu mentah-mentah? Semoga Allah lindungi kita daripada perbuatan terkutuk itu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653540390045122560/wacana-ringkas-90-kebenaran-tidak-mengira-masa

com/post/653540390045122560/wacana-ringkas-90-kebenaran-tidak-mengira-masa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now