Wacana Ringkas 150 : Ibn Al-Jawziyy Dan Ašᶜarian

11 0 0
                                    

Ibn al-Jawziyy berkata :

قدم إلى بغداد جماعة من أهل البدع الأعاجم، فارتقوا منابر التذكير للعوام، فكان معظم مجالسهم أنهم يقولون: ليس لله في الأرض كلام! وهل المصحف إلا ورق وعفص وزاج! وإن الله ليس في السماء! وإن الجارية التي قال لها النبي صلى الله عليه وسلم: "أين الله؟ ": كانت خرساء، فأشارت إلى السماء، أي: ليس هو من الأصنام التي تعبد في الأرض! ثم يقولون: أين الحروفية الذين يزعمون أن القرآن حرف وصوت؟! هذا عبارة جبريل!! فما زالوا كذلك، حتى هان تعظيم القرآن في صدور أكثر العوام، وصار أحدهم يسمع فيقول: هذا هو الصحيح؛ وإلا، فالقرآن شيء يجيء به جبريل في كيس! فشكا إلى جماعة من أهل السنة، فقلت لهم: اصبروا، فلا بد للشبهات أن ترفع رأسها في بعض الأوقات، وإن كانت مدموغة، وللباطل جولة، وللحق صولة، والدجالون كثير، ولا يخلو بلد ممن يضرب البهرج على مثل سكة السلطان.

Telah sampai ke Baghdad sekelompok dari kalangan ahli bidaah warga bukan Arab, lalu mereka naik ke mimbar tazkirah untuk orang awam. Sebahagian besar majlis-majlis mereka adalah mereka berkata: "Sesungguhnya tidak ada kalam Allah di bumi ini! Mushaf ini hanyalah sekadar kertas, daun dan dakwat. Sesungguhnya Allah bukanlah di langit! Bahawasanya hamba sahaya wanita yang Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bertanya kepadanya di mana Allah adalah seorang yang bisu, lalu dia mengisyaratkan jari ke langit", iaitu Dia bukanlah dari kelompok berhala yang disembah di bumi. Kemudian, mereka berkata: "Di mana kelompok huruf yang mendakwa bahawa al-Quran adalah huruf dan suara? Ini adalah ibarat Jibril!". Mereka sentiasa sahaja sedemikian sehingga pudar pegangungan terhadap al-Quran dalam dada yang terbanyak dari kalangan orang awam dan menjadilah salah seorang daripada mereka mendengarnya, lalu berkata: "Inilah yang betul! Jika tidak, maka al-Quran adalah sesuatu yang Jibril membawakannya dalam kantung".

Sekelompok dari ahli sunnah mengadu kepadaku, lalu aku berkata kepada mereka: "Bersabarlah kalian! Tidak dapat tidak syubhat mahu mengangkat kepala mereka pada sebahagian waktu sekalipun. Untuk kebatilan ada persiaran dan untuk kebenaran ada kewenangan. Para pendusta besar adalah ramai. Tidak sepi negara daripada orang yang menempa wang palsu pada bentuk semisal percetakan wang penguasa". [Ṣoyd al-H̱oṭir, m/s 195, keluaran Dār al-Qolam, Damsyik, tahqiq Ḥasan al-Musāḥī Suwaydān].

Kemudian, Ibn al-Jawziyy membawakan bantahan secara singkat untuk merespons syubhat tentang kemakhlukan al-Quran. Antaranya adalah katanya :

وقد علم كل ذي عقل أن القائل: {إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ} [المدثر: 25] : إنما أشار إلى ما سمعه، ولا يختلف أولو الألباب وأهل الفهم للخطاب أن قوله: {وَإِنَّهُ} كناية عن القرآن، وقوله: {نَزَلَ بِهِ} : كناية أيضًا عنه، وقوله: {وَهَذَا كِتَابٌ} : إشارة إلى حاضر، وهذا أمر مستقيم، لم يختلف فيه أحد من القدماء في زمن الرسول صلى الله عليه وسلم والصحابة رضوان الله عليهم. ثم دس الشيطان دسائس البدع، فقال قوم: هذا المشار إليه مخلوق! فثبت الإمام أحمد رحمه الله ثبوتًا لم يثبته غيره على دفع هذا القول، لئلا يتطرق إلى القرآن ما يمحو بعض تعظيمه في النفوس، ويخرجه عن الإضافة إلى الله عز وجل، ورأى أن ابتداع ما لم يقل فيه لا يجوز استعماله، فقال: كيف أقول ما لم يقل؟! ثم لم يختلف الناس في غير ذلك إلى أن نشأ علي بن إسماعيل الأشعري، فقال مرة بقول المعتزلة، ثم عنَّ له، فادعى أن الكلام صفة قائمة بالنفس! فأوجبت دعواه هذه أن ما عندنا مخلوق، وزادت فخبطت العقائد، فما زال أهل البدع يجوبون في تيارها إلى اليوم.

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now