Wacana Ringkas 4 : Interaksi Yahudi Dan Nasrani Antara Kaca Mata Nas Dan Realiti

14 0 0
                                    

Bukan semua kisah yahudi dan nasrani perlu dicanangkan secara besar-besaran dan perbahasannya mengikut rentak intonasi al-Qur^ān dan hadis kerana mengambil kira perubahan suasana zaman ini. Jika kita berubah laras bahasa dan kaedah pendekatan dengan orang yang telah kita damai dan saling harmoni dengannya, maka mengapa ungkit kisah lama dengan pendekatan waktu itu yang mampu membakar ketegangan sesama kita? Zaman itu mungkin sesuai pendekatan sedemikian dengan suasana iklimnya, tetapi zaman itu tidaklah sama dengan realiti hari ini yang kita hadapi. Janganlah kita melayani rakan perdagangan negara sama dengan cara kita melayan penjajah dahulu. Jangan abaikan realiti semasa kerana sikap ignoran itu akan membawa kemusnahan lebih dahsyat dan menjauhi matlamat yang ingin dicapai oleh al-Qur^ān dan as-Sunnah.

Bersikap adillah dalam meneliti dimensi sejarah sama ada bagi yang menyokong ataupun mengkritik. Ini selalu sahaja menjadi kecuaian sebahagian orang ketika menelaah kisah lalu. Kedua-dua pihak ini cuba heret zaman ini seumpama zaman yang sedang dibicarakan seolah-olah objek yang disifatkan kekal serupa turun-temurun karakternya. Kalau pendekatan di medan perang tidak sama di pasar yang aman, bagaimana mungkin mereka culas pendekatan yang berbeza realiti zaman? Kecuaian ini terhasil disebabkan gagal memahami kepelbagaian watak manusia dalam berinteraksi, lumrah kemasyarakatan dan memerhatikan suasana zaman itu. Tidak ada guna cuba mengemukakan idea bijak supaya insan yang merentasi suasana itu kelihatan bodoh. Boleh jadi pada zaman itu dan dengan suasana itu sebenarnya adalah keputusan paling bijak pernah dilakukan. Cuma kadangkala kita yang terlalu dangkal untuk mengertinya. Sama sekali tidak adil generasi terkemudian cuba memperbodohkan generasi hari ini yang membuat keputusan paling bernas yang beradaptasi dengan suasana dan realiti kontemporari yang tidak sama dengan yang akan datang.

Ini bukanlah tegasan untuk menjauhi apa-apa yang tertulis di dalam teks al-Qur^ān dan hadisserta mewacanakannya. Cuma, kita perlu teliti kesesuaian al-Qur^ān bagi mengendalikan pendekatan yang sesuai untuk tempat, zaman, suasana dan budaya tempat itu. Padanya ada justifikasi mengapa pendekatan sebegitu diekspresikan dan belum tentu alasan itu sama terpakai untuk zaman, tempat, suasana dan budaya lain. Kita sendiri tidak sangka bagaimana negara lain yang dahulu dianggap penjajah brutal, kini menjadi rakan dagang yang saling ramah mesra, bahkan kita kagum terhadapnya yang mana mempengaruhi kita melakukan rombakan dalam pendekatan sama ada sedar ataupun tidak. Perubahan ini bukan kita kehendaki, bahkan bukan kita sangkakan atau jangkakan atau bersikap asing dari realiti, tetapi begitulah lumrah perjalanan yang mempunyai kitaran yang unik dalam arus jalur ketamadunan dan kemasyarakatan.

Suatu kezaliman apabila kita melayani yahudi dan nasrani yang berbeza konteks dan suasananya, tetapi disandarkan bahawa Allah Tabāroka Wa Ta*ālā melayani mereka sedemikian. Ini bukanlah yang dikehendaki dalam agama ini. Janganlah meletakkan sesuatu yang bukan di tempatnya. Ada prinsipnya yang perlu kita ambil kira sebelum implementasikan teks tersebut. Bukan semberono atau hanya berpandukan sentimen yang tidak berpedoman.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/617081355695718400/wacana-ringkas-4-interaksi-yahudi-dan-nasrani

com/post/617081355695718400/wacana-ringkas-4-interaksi-yahudi-dan-nasrani

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu