Wacana Ringkas 43 : Kalau Hal Itu Dibolehkan, Mengapa Tidak Melakukannya?

6 0 0
                                    

"Kalau hal itu halal dan tidak ada masalah, apa kata kalau kamu melakukannya?". Pertanyaan ini kadangkala dilontarkan apabila seseorang mengemukakan sesuatu pendapat yang pengamalannya mempunyai konotasi yang tidak menyenangkan jiwa dan pendapat itu tidak menepati citarasanya. Ada lima penjelasan terhadap hal ini.

Pertama, ini tanda kejahilan terhadap "Sunnah Taqrīriyyah". Pengakuan terhadap kehalalan sesuatu itu sudah memdai untuk menetapkannya walaupun tidak ada orang di muka bumi ini pernah melakukannya. Misalnya, perakuan terhadap kehalalan daging ḍob. Walaupun orang yang berpendapat kehalalan itu tidak memakannya, bukan bermakna daging ḍob itu adalah haram hanya kerana sebab itu. Cukup dengan pengakuan keharusan itu sudah boleh diterima pakai.

Kedua, jika hal itu termasuk keharusan, ia dibolehkan untuk meninggalkannya atau melakukannya. Tidak ada paksaan untuk melakukannya atau meninggalkannya. Mengapa memaksa orang lain melakukan sesuatu yang tidak dipaksakan terhadapnya disebabkan rasa tersinggung dan tidak puas hati terhadap orang lain? Ketiga, cuba nilaikan pada hujah, adakah menepati kaedah ilmu ataupun tidak. Adakah tidak ada orang melakukannya, maka automatik ia terus dianggap tidak benar? Ini bukanlah cara penilaian yang betul.

Keempat, adakah apabila kita melakukannya, maka mereka akan akui kebenaran itu? Jujurlah pada diri sendiri dan berjanji kepada Allah dan diri sendiri. Adakah selepas kita melakukan apa yang mereka minta, maka dalam jantung mereka tidak ada sedikit pun keraguan dan keresahan untuk mengakui kebenarannya serta tidak akan melemparkan nista terhadap pendapat itu pada masa akan datang? Kalau tidak, apa guna cuba memberi kepada orang yan memang dari awal lagi enggan untuk menerima? Usah membuat kesia-siaan dengan meminta sesuatu yang dia tidak mahu permintaan itu dipenuhi.

Kelima, kalau pun ramai orang buat, bukan bermakna ia benar. Begitu juga kebenaran tetap kebenaran meskipun tidak ada orang yang buat.

Hakikatnya alasan ini cumalah untuk menguatkan keras kepalanya. Percayalah bahawa apabila seseorang berdegil dengan keingkarannya, kalau pun orang ramai melakukannya, dia tetap tidak akan melakukannya. Tidak perlu pun menagih apa-apa daripada orang yang dari awal lagi tidak ada keinginan untuk memberi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/627330973795860480/wacana-ringkas-43-kalau-hal-itu-dibolehkan

com/post/627330973795860480/wacana-ringkas-43-kalau-hal-itu-dibolehkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now