Wacana Ringkas 161 : Ketidakmaksuman Para Wali

10 0 0
                                    

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata :

أما الولي فلا معنى لأن يقع له في طفولته خوارق لأنه إذا بلغ وصار وليا، فلا يجب على الناس أن يؤمنوا بولايته ولا أن يتبعوه إلا في حدود ما تأمر به الشريعة. ثم هو ليس بمعصوم ولا يأتيه وحي. وقد يكون الشخص في بداية أمره منغمسا في المعاصي، ثم يتوب ويستقيم، فينال الولاية. وقد يكون وليا، ثم يحصل منه ما يوجب سلبه، فتسلب الولاية عنه ويعود من عوام المسلمين كما كان. وأنا أعرف شخصا دخل الخلوة ولازم الأذكار والمجاهدة حتى فتح عليه وينال الولاية، فتعجل الأمر وتصدر للمشيخة وأساء الأدب في حق شيخه، فسلب وعاد كما كان مريدا. فنسبة بعض الخوارق إلى بعض الأولياء في طفولتهم كذب لا مسوغ له.

"Adapun para wali, maka tidak ada makna bagi terjadinya carikan adat pada zaman kanak-kanaknya kerana apabila dia balgih dan menjadi wali, maka tidak wajib bagi orang ramai untuk beriman kepada kewaliannya dan tidak juga wajib mengikutinya melainkan dalam batasan yang telah syariat memerintahkannya. Kemudian, dia bukanlah maksum dan wahyu tidak datang kepadanya. Kadangkala, seseorang itu pada permulaan keadaannya adalah orang yang bergelumang dengan kemaksiatan, kemudian dia bertaubat dan istiqamah, lalu dia mendapat kewalian. Kadangkala dia seorang wali, kemudian terjadi padanya yang mendorong kepada perlucutannya, lalu dilucutkan kewalian daripadanya dan dia kembali dari kalangan orang Muslim yang awam sepertimana dahulu. Aku mengenali seseorang yang memasuki khalwat serta melazimi zikir dan mujahadah sehingga dibuka kepadanya dan dia memperoleh kewalian. Lalu, dia gopoh dalam perkara itu dan dia mengelola para syeikh, tetapi dia buruk adabnya pada hak syeikhnya. Lalu, dia dilucutkan dan kembali sepertimana dia dahulunya adalah murid. Nisbah sebahagian carikan adat pada sebahagian wali pada zaman kanak-kanak mereka adalah dusta yang tidak dijustifikasikan untuknya". [Awliyā^ Wa Karōmāt, m/s 27, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Dia juga berkata ketika mengkritik pengamalan nazar yang menyalahi syariat yang dilakukan oleh sebahagian orang :

وكثير من الأولياء لا يعرفون الأحكام الشرعية، يعتبرون هذه النذور حقا لهم مكتسبا. وإذا وقع للناذر شيء يؤذيه، اعتبروه كرامة لهم حيث لم يف بنذره. والعجب من الشيخ الشعراني وهو فقيه الشافعي كيف يوافق العامة على آرائهم المخالفة للشرع!

"Kebanyakan daripada para wali tidak mengenali hukum-hakam syariat. Mereka menganggap nazar-nazar ini adalah hak untuk mereka yang diperoleh. Apabila terjadinya sesuatu yang menyakitinya pada para penazar, mereka menganggapnya sebagai karamah untuk mereka bilamana belum tertunainya nazarnya. Yang menghairankan dari aš-Šayẖ aš-Ša*rōniyy dan dia adalah ahli fiqh bermazhab aš-Šāfi*iyy adalah bagaimana dia menyetujui yang umum pada pandangan-pandangan mereka yang menyalahi syarak!". [Awliyā^ Wa Karōmāt, m/s 49, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Daripada kata-kata ini, kita dapat manfaat yang besar untuk kita renungi dan ambil pengajaran. Pertama, mereka yang diangkat sebagai para wali Allah tidaklah maksum sekalipun adanya karamah yang terjadi melalui tangannya dan kita tidak berhak mengikutinya melainkan apa yang sesuai dengan syariat. Ini kerana boleh sahaja seseorang yang disanjung sebagai wali Allah tidak akan kekal status kewaliannya dan bila-bila masa sahaja boleh dilucutkan daripadanya.

Kita tidak tahu pengakhiran seseorang dan hala tuju pada masa akan datang. Sebab itulah apabila menjelmanya karamah, kita tetap ada kewajipan untuk menimbangnya dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah kerana inilah teras ikutan kita dan satu-satunya yang kita berpegang teguh padanya. Boleh jadi karamah itu hakikatnya adalah istidraj dan boleh jadi karamah itu sekadar pembertahuan kewalian yang sementara, tetapi boleh jadi ia dilucutkan pada akhirnya akibat kegelincirannya. Sebab itulah wajib menjauhi ketaksuban terhadap orang yang diangkat sebagai wali dan janganlah mudah diperdaya hanya kerana karamah terzahir di hadapan mata kita.

Al-H̱iṭōb al-WajīzKde žijí příběhy. Začni objevovat