Wacana Ringkas 183 : Penilaian Kebenaran : Antara Intinya Dan Lapikannya

3 0 0
                                    

Sang buta ingin mencari kebenaran, adakah dia akan mempedulikan penampilan seseorang?

Sang pekak ingin mencari kebenaran, adakah dia akan mempedulikan petah bicara seseorang?

Janganlah mencampuradukkan dua perkara yang berbeza yang tiada kena mengena antara satu sama lain ketika mencari dan menunjukkan sesuatu itu dikira kebenaran. Fokus pada intinya dan bezakan perkara yang mendatang yang menempel padanya.

Penyampaian kebenaran fakta dan pembentangan hujah ilmiah tidak ada kena mengena dengan penampilan atau petah bicara atau perkara-perkara lain yang bersifat menumpang sahaja.

Apabila berbincang, fokuslah pada intinya. Apabila meletakkan aras tanda sesuatu itu benar, bezakan antara yang menjadi inti dan yang mendatang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688335503185051648/wacana-ringkas-183-penilaian-kebenaran-antara

com/post/688335503185051648/wacana-ringkas-183-penilaian-kebenaran-antara

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Al-H̱iṭōb al-WajīzDonde viven las historias. Descúbrelo ahora