Wacana Ringkas 72 : Tidak Terkenal, Tetapi Hebat

3 0 0
                                    

Dia tidak terkenal, tetapi sahabat-sahabatnya, generasi didikannya dan mereka yang mengambil inspirasi daripadanya mengenal keunggulannya.

Tidak sebanding sesiapa yang pernah mereka temui sama ada daripada orang yang masyhur atau terpencil.

Ketokohannya mungkin tidak dituliskan dalam catatan biografi ataupun sebaran buah mulut orang ramai, tetapi dia mewarisi ketokohannya melalui keunggulan yang ada sahabat-sahabat, generasi didikan dan mereka yang mengambil inspirasi daripadanya.

Seolah-olah seperti si dia itu menjelma semula di dalam diri mereka semua itu. Mereka semua bukan sahaja menjadi cerminan atau menjadi diri si dia yang kedua, tetapi mereka menjadi tonggak yang kekal melestarikan keistimewaannya.

Mereka tidak semata-mata menjadi pelapis bagi dia, tetapi mereka menjadi pewaris bagi keunggulannya.

Walhasil kejayaan bagi sesuatu keunggulan bukan pada daripada luasnya kenalan daripada manusia, tetapi pembentukan pada manusia sekelilingnya yang mendapat manfaat daripadanya.

Mungkin sahaja kita ada orang yang sebegini yang kita menjadi sahabatnya, generasi didikannya dan mengambil inspirasi daripadanya. Dia mungkin tidak diketahui ramai, tetapi dia sememangnya unggul di mata kita yang telah mengenalinya.Diri kita yang sekarang adalah hasil daripada pendidikan daripadanya.

Semoga pengalaman memiliki orang sebegini adalah permata dalam hidup kita dan menjadikan kita seorang yang berguna pada diri sendiri dan sekeliling.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649305737850437632/wacana-ringkas-72-tidak-terkenal-tetapi-hebat

com/post/649305737850437632/wacana-ringkas-72-tidak-terkenal-tetapi-hebat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now