Wacana Ringkas 154 : Aḥmad Al-Ġumāriyy Dan Tafwid

11 0 0
                                    

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

ومسألة الأيدي إنما أولها من أولها لأنه مجسم مشبه لله تعالى بخلقه يدعي ظاهر التنزيه مع التفويض في الصفات. فإذا جاءت صفات بني آدم كالعينين واليدين والمجيء والساق والضحك آمن بها وادعى التفويض. وإذا جاءت الأيدي والأعين وما هو مخالف لصفات البشر ادّعى التأويل والمجاز. أما نحن ـ والحمد لله ـ فنؤمن بكل ما جاء عن الله من يد ويدين وأيد ، وعين وعينين وأعين ، ونؤمن بأنه سبحانه على عرشه بذاته كما ورد به النص. وكذلك نؤمن بهوية معنا بدون تأويل ولا تشبيه. فكل من ادعى التفويض وقال خلاف هذا فهو مشبه. وما حملهم على ذلك إلا التشبيه القائم في أذهانهم. ولو نزهوا الله عن سمات الخلق لما أولوا صفاته التي أخبر بها عن نفسه في كتابه وعلى لسان رسول الله صلى الله عليه وسلم. وهكذا من يدعى التفويض. فإنهم آمنوا بآيات الصفات الموافقة لصفات الخلق. فإذا جاء صفات تخالف صفات الخلق حملوها على المجاز. وما قاله الشوكاني من أن الذين لا يؤولون هم المشبهة غلط منه، بل المشبهة هم المؤولون لأنهم ما أوولوا حتى أثبتوا التشبيه. ولو فرضنا من أول الأمر لما احتاجوا إلى تأويل.

Masalah sifat-sifat tangan sebenarnya telah ditakwilkan oleh orang yang mentakwilkannya kerana ia adalah penetap jisim dan pembuat penyerupaan Allah Ta*ālā terhadap ciptaan-Nya dalam keadaan Dia menyeru kepada zahir tanzih bersama tafwid pada sifat itu. Apabila datang sifat-sifat anak-anak Adam seperti dua mata, dua tangan, kedatangan, betis dan ketawa, dia beriman dengannya dan menyeru kepada tafwid. Apabila datangnya sifat-sifat tangan, mata dan apa yang ia menyelisihi sifat kemanusiaan, dia menyeru kepada takwil dan majaz. Adapun kami -segala puji bagi Allah, maka kami beriman dengan setiap apa yang datang daripada Allah yang berupa tangan, dua tangan dan tangan-tangan, mata, dua mata dan mata-mata serta kami beriman bahawasanya Dia Subḥānahu di atas Arasy dengan zat-Nya sepertimana teks itu telah sampai dengannya. Demikian kami beriman dengan kediaan bersama kita dengan tanpa takwil dan tasybih.

Lalu, setiap orang yang menyeru kepada tawid dan berkata menyalahi ini, maka dia adalah musyabbih. Tidaklah ia membawa mereka kepada itu melainkan tasybih yang berdiri pada minda mereka. Kalaulah mereka menyucikan Allah daripada karakteristik makhluk, pasti mereka tidak mentakwilkan sifat-Nya yang Dia mengkhabarkan tentang diri-Nya dengannya dalam kitab-Nya dan melalui lisan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Sedemikian ini mereka yang menyeru kepada tafwid. Sesungguhnya mereka beriman dengan ayat-ayat sifat yang secocok dengan sifat makhluk. Lalu, apabila datangnya sifat-sifat yang menyalahi sifat-sifat makhluk, mereka membawanya kepada majaz. Apa yang aš-Šawkāniyy berkata tentangnya bahawa orang yang tidak mentakwilkannya adalah musyabbihah adalah kecelaruan daripadanya. Bahkan, musyabbihah adalah mereka yang mentakwilkannya kerana mereka tidak mentakwilkan sehingga mereka menetapkan tasybih. Kalaulah kita andaikan daripada awal-awal perkara, pasti mereka tidak berhajat kepada mana-mana takwil. [Darr al-Ġomām ar-Rofīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, karya *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy, m/s 108,-109].

Sebahagian pihak mengatakan bahawa Aḥmad al-Ġumāriyy sebenarnya lebih menekankan pengamalan tafwid walaupun sangat keras penentangannya terhadap aliran al-Aš*ariyy. Hakikatnya, kenyataan ini membatalkan dakwaan pihak tersebut. Sememangnya benar dalam beberapa tempat dia menyatakan bahawa dia melakukan penyerahan makna kepada Allah dengan menggunakan lafaz "Nufawwiḍu" (نُفَوِّضُ). Akan tetapi, yang dimaksudkan adalah menyerahkan pengetahuan hakikat sifat tersebut kepada-Nya tanpa tasybih, bukan pegangan pengamal tafwid yang arus perdana bahawa maknanya terdedah kepada majaz dan takwil. Sesiapa yang membaca kalamnya tentang ini sepertimana yang dikumpulkan Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah pasti akan jelas maknanya.

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now