Wacana Ringkas 94 : Berhenti Melempar Nista Pada Gerak Kerja Intelektual Agama

1 0 0
                                    

Apabila kita menyerukan untuk kembali kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah, kita pasti tidak terlepas dengan lemparan nista dari pelbagai bentuk khususnya dari pentaklid tegar. Antara lemparan itu adalah menyatakan bahawa kita cuba melagak sepertimana para mujtahid. Jika lagak itu benar, apa lagi yang boleh mereka halangi dari kurniaan Allah Ta*ālā kepada hamba-Nya? Itu sudah kemampuannya, apalagi yang kita boleh nafikan jika ia memang hakikatnya? Kalau benar-benar dia itu seorang mujtahid, apa masalahnya? Adakah menjadi mujtahid itu suatu dosa yang menghinakan?

Saya berseloka :

مَا أَحْيَرَ مَنْ رَأَى الَّذِي أَظْهَرَ خَيْرًا مِنْهُ # فَقَالَ عَلَيْهِ إِنَّهُ يَفْتَخِرُ مَعَ الرِّيَاءِ

فَفِيمَا الَّذِي قَائِلٌ عَلَيْهِ يَفْتَخِرُ بِذَلِكَ الظَّنِّ؟ # أَيَفْتَخِرُ فِي كَوْنِهِ مُحْتَسِبًا لِلْمَرْءِ

وَيَسْتُرُ عَنْ عَيْنَيْهِ الشُّعُورَ بِأَنَّهُ أَحْسَنَ مِنْهُ # حَتَّى يَقُولَ عَلَى مَنْ يَكْرَهُهُ بِالسُّوءِ؟

Betapa menghairankan orang yang melihat yang mempamerkan yang lebih baik daripadanya # Lalu dia berkata tentangnya bahawa orang tersebut bongkak bersama rasa riyak

Lantas, apa pula yang orang berkata tentangnya bongkak melalui persangkaan itu? Adakah dia berbongkak sebagai penyelia seseorang

Dan tersembunyi dari dua matanya perasaan bahawa dia lebih baik daripadanya # Sehingga dia sanggup berkata terhadap seseorang yang dia membencinya dengan keburukan?

Ejekan-ejekan terhadap anugerah Yang Maha Pengasih berikan pada seseorang yang Dia kehendaki adalah kekufuran terhadap nikmat yang nyata. Kalau mereka menuduh seseorang itu melagak begitu begini, mereka perlu muhasabah apa yang mereka lagak? Mereka pula mahu jadi berlagak menjadi hakim dan pengawas untuk umat manusia? Mereka suka mencari alasan untuk merobekkan kelayakan orang lain, tetapi adakah diri mereka sendiri seorang yang layak untuk berbuat sedemikian? Jika tidak layak, mengapa mengheret orang lain supaya sama-sama bodoh sepertinya? Adakah sebab tidak sealiran, maka orang tersebut tidak ada apa-apa kedudukan yang berhak untuknya? Kalau dia merasa dia layak untuk menjadi hakim, lalu mengapa perlu bersungguh-sungguh untuk menistakan orang lain yang mengatakan dia layak mujtahid? Sekali lagi, adakah sebab tidak sama aliran dan manhaj?

Saya berseloka :

مَهْمَا نَقِيَ بَلَاطُ بَيْتِكَ فَكَانَ # دَنَسًا عِنْدَ ذِي الرِّجْلِ الْوَسِخَةِ

إِنْ يُسِئْ الرَّجُلُ مُعَاشَرَتَهُ إِيَّاكَ # فَاعْلَمْ لَسْتَ أَنْتَ بِالْصُّعُوبَةِ

لَكِنْ عَلَيْهِ تِلْكَ لِأَنَّ الْإِنْسَانَ السَّلِيمَ # لَا يَسْتَدِيرُ خِلَالَهُ إِسَاءَةً

Betapa bersih manapun lantai rumahmu, maka tetap ia # adalah kotor di sisi sang berkaki medok

Jika seseorang itu buruk layananmu terhadapmu # Maka, ketahuilah bahawa bukanlah engkau yang bermasalah

Akan tetapi, dialah yang bermasalah kerana manusia normal # Tidak mengedari sekelilingnya dengan perlakuan buruk

Kenapa sukar sangat untuk perhatikan hujah? Agama apa yang mereka bawa dan serukan kepada manusia? Adakah sekadar sentimental yang meluap semangatnya dan hanya pandai mencerca ketika berhadapan dengan lawan? Yang mengecewakan adalah apabila orang seperti ini adalah orang yang kononnya mencintai ulama, menekankan adab sebelum mempelajari ilmu, menekankan penguasaan ilmu alat, tetapi hakikatnya itu cuma canangan yang kosong dan retorik sahaja. Apabila berargumentasi dengan lawan, semuanya dicampak ke belakang macam tidak pernah belajar dan beramal apa-apa pun sebelum ini. Paling parah sekali, mereka adalah orang yang paling juara dalam menentang wacana ilmiah.

Sibuk sangat kerjanya untuk menjatuhkan kredibiliti insan lain. Inikah adab dengan ilmu dan para ulama yang diserukan? Orang lain sibuk menelaah, berdiskusi dan memperuntukkan masa untuk merancakkan gerakan intelektual dan pembangunan masyarakat yang progresif dalam ilmu. Yang dia menekuni adalah menggeladah apa sahaja yang dapat melondehkan, mengaibkan dan meruntuhkan usaha murni dalam memperkasakan lapangan ilmiah. Mereka suka kalau masyarakat kekal beku berfikir dan terbelenggu dalam taklid. Itulah yang ditekan dan didesak kerana mereka tidak mahu hegemoni mereka dilunturkan dengan peluntur hujah, wacana kritis dan pembentangan ilmiah.

Muhasabah diri masing-masing. Perbaiki diri sendiri berbanding memperbanyakkan penyibukan terhadap aib orang lain. Sedang orang lain tekad berusaha untuk meningkatkan diri, kita pula lebih memilih untuk ke belakang dalam bidang ilmiah dan dalam banyak perkara. Alangkah lebih baik kita berkompetitif secara sihat dan sentiasa berlumba-lumba ke arah kebaikan serta saling menolong dalam urusan takwa. Jangan kita menyibukkan dengan perkara-perkara yang remeh kerana itu cumalah merugikan diri kita sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653665913475923968/wacana-ringkas-94-berhenti-melempar-nista-pada

com/post/653665913475923968/wacana-ringkas-94-berhenti-melempar-nista-pada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now