Wacana Ringkas 86

1 0 0
                                    

Menjadi Kritis Bukan Semestinya Menghasilkan Pendapat Yang Berbeza

Saya menyimpulkan menjadi kritis dengan bait syair berikut :

لَيْسَ كَوْنُ الْمَرْءِ انْتِقَادِيًّا # بِنَتِيجَةِ النِّظَامِ فِي رَدِّ رَأْيٍ

وَلَكِنَّهُ فِي قَبُولِهِ أَوْ رَدِّهِ # نَفَاذُهُ بِالنظر الاخْتِبَارِيِّ

Bukanlah menjadinya seseorang itu kritis # adalah hasil sistem pada penolakan suatu pandangan

Tetapi, ia pada penerimaannya atau penolakannya # adalah operasinya melalui pemerhatian bereksperimen

Apabila ada ajakan untuk bersikap kritis, bukan semestinya ingin menghasilkan pendapat yang berbeza. Akan tetapi, yang ditekankan adalah supaya kita memahami sesuatu perkara secara komprehensif dalam sesuatu perkara. Inilah sebenarnya yang dituntut dalam pemikiran kritis.

Sama ada ia menghasilkan pendapat yang berbeza atau yang sama, itu bukan persoalan yang utama. Persoalan yang utama adalah sama ada kita mampu menggarap kefahaman itu secara tuntas ataupun tidak. Maka, jika wujudnya dakwaan, maka proses pengukuhan dakwaan itu adalah kritis, bukan dakwaan itu sendiri. Jika wujudnya hipotesis, maka proses pembuktian itu adalah kritis, bukan hipotesis itu sendiri.

Saya beri contoh yang menjadi kritis ini bukan semestinya hanya untuk menolak pandangan sahaja, tetapi ia menghidupkan budaya intelektual dalam penyaringan penerimaan atau penolakan pandangan adalah penghasilan karya *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang berjudul Awliyā^ Wa Karomāt. Dalam karya ini, dia bersikap kritis dalam menyaring cerita-cerita karamah yang disandarkan kepada wali. Dalam menolak cerita pun, dia membawakan hujah dari sudut ilmu hadis dan analisis rasional. Dalam masa yang sama, dia tidak menolak kesemua cerita karamah. Bahkan, dia membentangkan kisah-kisah karamah yang boleh diterima.

Menjadi kritis dalam kehidupan Muslim adalah menjadi yang selari dengan tuntutan Allah dan rasul-Nya kerana inilah sumber hasil kritis yang paling tinggi yang tidak akan ditandingi. Mana-mana hasil kritis yang bercanggah dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah, maka hakikatnya bukanlah kritis walaupun penjenamaannya adalah kritis. Mustahil adanya sesuatu kritis yang lebih baik daripada ini kerana inilah sebaik-baik kalam yang diturunkan dan sebaik-baik utusan yang dibawakan.

Dalam mengajak kepada penilaian kritis yang selari dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah, pasti kita tidak terlepas dengan herdikan dan ejekan orang supaya tidak menelaah, meneliti teks-teks ulasan terhadapnya dan kefahaman ulama dalam tafsiran teks-teks agama suci. Sesungguhnya ini adalah herdikan dan ejekan dari orang yang cacat akalnya. Mereka itu adalah orang yang lalai firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā yang berikut :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿

"Maka sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku, iaitu orang yang mendengarkan hujah, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albāb". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Melalui ayat ini, Allah menyuruh untuk mendengarkan qaul sebelum mengikuti yang terbaik. Allah boleh terus menyatakan untuk mengikuti yang terbaik tanpa menyebut mendengarkan qaul kerana memang itu adalah objektif utamanya. Namun, faedah yang Allah nyatakan tentang mendengarkan hujah adalah supaya kita tidak mengabaikan setiap hujah yang datang sekalipun dari luar sumber teks al-Qur^ān dan hadis;

Memandangkan al-Qur^ān dan hadis bukan hanya teks semata-mata, tetapi ia juga merangkumi fiqh padanya. Maka, menelaah makalah-makalah yang di luar sumber teks al-Qur^ān dan hadis digalakkan untuk mengkaji kerana kemungkinan hal itu dapat memahamkan isi al-Quran dan hadis yang lebih komprehensif. Sepertimana Yang Maha Bijaksana menyuruh untuk bertanya kepada ahli kitab untuk pengesahan kebenaran al-Quran, sedemikian juga Dia menyuruh untuk rujukan-rujukan yang lain bagi menguatkan hujah al-Qur^ān dan hadis serta mengukuhkan kefaqihan pada diri kita.

Maka, seseorang yang mengajak kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah, tidaklah semestinya meninggalkan rujukan-rujukan mazhab dan karya para ulama. Merujuk kepadanya tidaklah menggagalkan atau merendahkan sikap kritis dalam pengalisisan dalil al-Qur^ān dan hadis. Jika sesiapa yang mengatakan seseorang tidak layak menjadi mujtahid sekiranya masih merujuk kitab para ulama, maka itu adalah orang dungu yang bernyawa tanpa pedoman al-Qur^ān dan as-Sunnah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653371270982942720/wacana-ringkas-86-menjadi-kritis-bukan

com/post/653371270982942720/wacana-ringkas-86-menjadi-kritis-bukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now