Wacana Ringkas 5 : Sikap Ekstrim Daripada Kelompok Pro-Pengajian Bertalaqqi

12 0 0
                                    

Pernahkah kalian mendengar mereka yang berpendapat tidak ada masalah mengambil ilmu melalui buku melarang agar jangan belajar secara bertalaqqi sepertimana kerasnya pro-pengajian bertalaqqi dalam melarang pengambilan ilmu melalui buku? Jelashlah bahawa pro-pengajian bertalaqqi ini sebenarnya berpihak dalam kelompok yang berlebihan.

Mereka yang sangat keras dengan pengajian talaqqi tatkala membaca penulisan lawannya, mereka menjawab dengan penulisan juga. Mengapa mereka tidak mahu bertalaqqi dahulu penulisan yang mereka bantah dengan penulis itu sendiri? Mereka sendiri langgar peraturan sendiri dengan mengambil dari orang itu, kemudian menjawab melalui penulisan juga, lalu mereka mencela mengambil kefahaman pada pembacaan semata-mata sedangkan mereka menjadi penyebab orang mengambil kefahaman melalui pembacaan melalui penulisn mereka.

Mereka mungkin kata ia darurat, tetapi bagaimana mungkin untuk mengatakan hal itu darurat sebelum adanya dalil yang mengharamkannya pada asalnya? Mereka sendiri akan terperangkap dengan persoalan ini dan mereka sama sekali tidak akan ada ungkapan yang mampu menyokong ilusi mereka. Jelaslah bahawa mengambil kefahaman melalui penulisan adalah harus. Sememangnya perkara harus mempunyai hal-hal yang relatif sehingga masing-masing mempunyai konteks yang berlawanan yang tidak akan mampu disatukan impak mengikut situasi. Di sini, jelaslah bahawa pengajian talaqqi dan pembacaan buku perlu diperhatikan secara saksama.

Malah, sebahagian mereka yang ekstrim beranggapan bahawa hanya pengajian talaqqi mempunyai pahala yang lebih banyak dan berkat yang lebih melimpah berbanding pembelajaran melalui penulisan. Siapakah yang mewahyukan sedemikian? Adakah mereka termasuk orang yang mengetahui perkara ghaib untuk membuat dakwaan sedemikian? Adakah kesungguhan dan keikhlasan seseorang untuk menuntut ilmu tidak akan dibayar yang setimpal daripada Allah *Azza Wajalla? Pintu pahala dan keberkatan ada di mana sahaja. Yang penting adalah sejauh mana komitmen dan ketulusan jiwanya sepanjang menuntut ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/617082115887136768/wacana-ringkas-5-sikap-ekstrim-daripada-kelompok

com/post/617082115887136768/wacana-ringkas-5-sikap-ekstrim-daripada-kelompok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now