Wacana Ringkas 181

4 0 0
                                    

Peringatan Bagi Yang Suka Menceritakan Karamah Diri Dan Seseorang Yang Lain

Al-Marwaḏiyy berkata :

وَعَنِ المَرُّوْذِيِّ، قَالَ: أَدْخلتُ إِبْرَاهِيْمَ الحُصْرِيَّ عَلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ - وَكَانَ رَجُلاً صَالِحاً - فَقَالَ: إِنَّ أُمِّي رَأَتْ لَكَ مَنَاماً، هُوَ كَذَا وَكَذَا، وَذَكَرَتِ الجَنَّةَ. فَقَالَ: يَا أَخِي، إِنَّ سَهْلَ بنَ سَلاَمَةَ كَانَ النَّاسُ يُخْبرُونَه بِمِثلِ هَذَا، وَخَرَجَ إِلَى سَفكِ الدِّمَاءِ، وَقَالَ: الرُّؤيَا تَسُرُّ المُؤْمِنَ وَلاَ تَغُرُّهُ.

Aku membawa masuk Ibrōhīm al-Ḥaṣriyy bertemu Abū *Abdullah -dan dia adalah seorang yang soleh-. Dia berkata: "Sesungguhnya ibuku melihatmu dalam mimpi. Ia sebegini sebegini dan menyebutkan tentang syurga". Dia berkata: "Wahai saudaraku! Sesungguhnya orang ramai mengkhabarkan Sahl bin Salāmah dengan semisal ini dan dia keluar untuk menumpahkan darah". Dia berkata: "Mimpi untuk menggembirakan orang beriman, bukan memperdayakannya". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 227, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Nasihat Aḥmad bin Ḥanbal ini sememangnya patut direnungi oleh golongan sufi secara khusus yang suka menyebut-nyebut karamah atau perkara yang luar biasa yang menunjukkan kemuliaan bagi seseorang yang diangkat sebagai wali. Penyebutan ini walaupun atas alasan ia bertujuan untuk memuliakan syeikh mereka atau tokoh sufi yang mereka angkat sebagai wali Allah, ia telah menimpakan kerosakan ke atas mereka seperti menjustifikasikan apa sahaja sekalipun menyalahi apa yang nyata dalam syariat kerana wali itu atau syeikh mereka mengatakannya atau melakukannya.

Inilah yang ditegur oleh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- terhadap syeikh tarekat at-Tijāniyy yang membuat dakwaan berlebihan ke atasnya sehingga mengabsahkan apa sahaja yang melanggari syariat dan dakwaan yang kufur seperti dakwaan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengkhabarkannya secara jaga kepadanya bahawa selawat al-Fātiḥ lebih baik daripada pembacaan al-Qur^ān. Tidaklah berlaku penerimaan dakwaan ini melainkan kerana mereka dikelilingi rasa kebesaran dan keistimewaan terhadap kelompok mereka yang konon memiliki karamah sehingga mereka menjustifikasikan apa sahaja yang menyanggahi syariat.

Muḥammad az-Zamzamiyy membawakan pertanyaan dari seorang penanaya tentang syeikh tarekat tersebut yang berkata:

السؤال الأول، قال أبو العباس التجاني أخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم يقظة أن كل من أحبني فهو حبيب لرسول الله صلى الله عليه وسلم ولا يموت حتى يكون وليا قطعا

Soalan pertama adalah Abū al-*Abbās at-Tijāniyy berkata: "Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengkhabarkan kepadanya secara berjaga bahawa sesiapa yang mencintaku, maka dia adalah kekasih kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan tidaklah dia mati sehingga dia menjadi wali secara pasti". [I*lām al-Muslimīn Bimā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn, m/s 1].

Muḥammad az-Zamzamiyy menjawab :

الوجه الثاني من أوجه الجواب عن السؤال الأول أنه إذا كانت رؤيته صلى الله عليه وسلم لا دليل عليها ولا أصل  لها في الشرع، فإن ما بناه التجاني عليها من البشرات المتضمنة لمدحه وإثبات مزيته يكون باطلا لا عبرة به كأصله الذي بنى عليه في كلام التجاني

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now