Wacana Ringkas 99 : Hanya Kebenaran Semata-Mata

0 0 0
                                    

Menghadapi sekeliling yang saling menekan kerana entusiastik kita dengan penerokaan ilmu yang luas, kita sebenarnya memerlukan suatu objektif yang jelas terhadap perjuangan kita supaya kita tidak mudah digoyahkan oleh mana-mana syubhat yang mendatang dan supaya kita kekal di atas motivasi yang kukuh untuk istiqamah di atas perjuangan. 

Dimalukan, diherdik, dicela dan dimusuhi sememnagnya suatu kesakitan yang bgitu beban untuk ditanggung. Kita mungkin akan banyak kehilangan sesuatu yang menyenangkan pada diri kita sama ada maruah kita, waktu lapang kita, aktivitas seharian kita dan lain-lain disebabkan ada sahaja yang mengasak agar kita berhenti atau menjadi orang yang lenyap dari ingatan di bumi.

Sama ada ia menjejaskan dalam jangka masa yang pendek atau panjang, kita ttidak akan tahu apakah lagi rintangan yang bakal mendatang yang mampu merobek semangat kita di atas landasan ini. Sebab itu, jangan berjuang di atas dasar rasa semangat semata-mata, tetapi mengerti jalan yang diharungi kerana itu akan menlai diri kita sama ada perjuangan kita adalah sia-sia atau bermakna. 

Apabila faham penuntut ilmu adalah berkehendak untuk kebenaran di atas pengukuhan yang kritis, maka seluruh hidup kita akan dikerahkan semata-mata hanya untuk itu sahaja. Jika ianya tersemat teguh di dalam jiwa, ia membentuk jati diri yang berprinsip bahawa dia tidak akan terheret dengan hal-hal remeh yang membantutkan pencapaian matlamatnya. Ia sesekali tidak akan kecundang dengan apa jua halangan kerana dia meyakini makna perjuangannya dan mengerti matlamat yang ingin dicapai.

Maka, apabila kesedaran itu dihayati, penuntut ilmu sekali-kali tidak akan rasa goyah dengan semua lemparan nista terhadapnya. Ia akan menepis atau mengharunginya kerana itu bukanlah regu bagi dirinya. Yang dipuja dan yang disanjung adalah kebenaran dan keadilan. Betapa dia mendambakan hal itu sepenuh jiwanya dengan rindu yang membara dan cinta yang bersemi. Sekalipun pedih yang ditanggung untuk bersama dengannya, dia tidak peduli. Dia lebih rela menyerahkan kesakitan dirinya untuk ditusuk dengan tombak yang dilontar kepadanya berbanding kebatilan yang menghenyak dirinya. 

Jantungnya hanya untuk kebenaran, maka yang tidak akan pendua yang curang. Dia sangat gagah apabila kebatilan muncul menghadap dirinya, tetapi dia merasa kerdil tatkala kebenaran zahir menyerlah. Hanya kebenaran sahaja yang mampu menewaskannya dan menaklukkan dirinya, manakala kebatilan cumalah bulu yang dititup pergi.

Penuntut ilmu semestinya perlu mempunyai prinsip itu, yakni tidak akan sesekali tunduk dan taat melainkan terhadap kebenaran. Lemparan nista itu adalah perlawanan dengan taktik yang kotor. Para pelempar itu adalah dungu kerana dia ingin menjadi peninju yang hebat dengan mengalahkan peninju lain dengan menembak. Mereka sama sekali tidak layak merangkul gelaran itu kerana demikian yang kotor tidak akan sama dengan yang jernih. Berseterulah dengan cara yang adil. Peninju dengan peninju, askar dengan askar, perenang dengan perenang dan lain-lain. Kemudian, barulah mereka layak untuk meraih hak mereka. 

Pendebat dikalahkan dengan debat jua. Peninju dikalahkan dengan peninju jua. Tembak kedua-duanya sampai terbisu lidah atau lumpuh anggota sama sekali tidak berhak baginya untuk berkata dia seorang jaguh pendebat dan peninju tangkas. Banggakah merangkul piala emas acara renang dengan melemaskan orang lain? Lawan dengan adil. Kekalahan dari pertandingan yang adil lebih baik daripada kemenangan dari cara yang kotor. Biar kalah itu sejati maknanya berbanding kemenangan yang palsu. 

Jangan sangka Allah tidak akan membalas orang yang merangkul kemenangan dengan cara yang kotor seperti falasi dan kognitif bias. Ingatlah bahawa betapa kerasnya seksaan Allah bagi orang yang berkepala batu dengan menyombongkan diri dan ingkar untuk menerima kebenaran yang telah tertegak hujah ke atasnya. Orang yang menutup mulut orang lain dengan cara yang keji seperti menyerang peribadi, menjaja nama tokoh dan pelbagai falasi yang lain berbanding melihat sudut penghujahan itu sendiri, maka jangan sangka itu semua adalah berguna di hari keadilan kelak.

Bagi penuntut ilmu pula, jangan heret penonton lain untuk bertinju dengan kamu. Lawan sebenar kamu adalah peninju juga. Maka, bersikap adillah dalam memilih lawan. Jangan salah objektif dan jangan pula lari dari matlamat kamu. 

Saya berseloka :

الظَّلْمَاءُ لَا تَغْلِبُ الظَّلْمَاءَ # إِنَّمَا النُّورُ يُذْهِبُهُ

كَذَا الْجَهْلُ بِالْجَهْلِ # فَالْعِلْمُ هُوَ الَّذِي يَرْفَعُهُ

Kegelapan tidak mengalahkan kegelapan # Hanya cahaya yang menghilangkannya

Sedemikian juga kejahilan dengan kejahilan # Ilmulah yang mengangkatnya

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653940244115226624/wacana-ringkas-99-hanya-kebenaran-semata-mata

com/post/653940244115226624/wacana-ringkas-99-hanya-kebenaran-semata-mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now