Wacana Ringkas 104 : Jangan Ego Untuk Belajar

3 0 0
                                    

Sebahagian ahli ilmu kadang bukan sahaja masih segan untuk berkata tidak tahu jika ia memang perkara yang dia tidak ketahui, dia juga masih enggan untuk mengatakan "ajari aku" untuk dia belajar sesuatu yang masih ia tidak tahu. 

Itu masih belum ada tanda tawaduk di dalam hati dan masih belum terhakisnya sifat kesombongan terhadap ilmu. Dia terlalu mudah berkata pada seseorang: "Siapa kamu untuk mengajarkan aku?", padahal dia melepaskan sesuatu yang berharga dan bermanfaat untuk dirinya. 

Akhirnya, bukan sahaja dia membiarkan kejahilan dirinya, tetapi dia membawa sikap meremehkan orang lain, kemudian pastinya akan menolak apa yang dibawa daripadan orang lain walaupun kebenaran.

Tidak salah menunduk sebentar dan pelajari daripada sesiapa yang kita rasa selekeh dan jelek. Pasti ini akan menanggalkan pakaian kesombongan kitadan membina kasih sayang terhadap orang lain serta  ini juga boleh mengurangkan kerenggangan terhadap sesama saudara kerana berang, hasad dan taksub. Percayalah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654026531856924672/wacana-ringkas-104-jangan-ego-untuk-belajar

com/post/654026531856924672/wacana-ringkas-104-jangan-ego-untuk-belajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now