Wacana Ringkas 165 : Ada Yang Mendapat Manfaat Melalui Perdebatan Dalam Agama

6 0 0
                                    

Sangatlah melucukan apabila kita mendengar kata-kata sebahagian orang bahawa agama tidak menggalakkan perdebatan, menjauhinya, mencelanya dan tidak mengajarinya. Di sini, saya bukan ingin membawakan dalil untuk menjustifikasikan keharusan, lebih-lebih lagi galakan untuk merancakkan perdebatan, tetapi kita melihat bagaimana beberapa tokoh ilmuwan kita yang mendapat manfaat atau dikenali dengan pendebat.

Contohnya adalah Abū al-Ḥasan al-Bāhiliyy al-Baṣriyy. Dalam Tabyīn Kaḏib al-Muftarī Fī Mā Nusiba Ilā Abī al-Ḥasan al-Aš*ariyy karya Ibn *Asākir menceritakan bahawa dia dahulunya seorang pemuka syiah al-Imāmiyy dan barisan hadapan untuk aliran ini. Setelah itu, dia berpindah dari aliran ini melalui perdebatan yang berlaku antara dia dengan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy. Al-Aš*ariyy menundukkannya dengan hujah sehingga nyata kesalahan pada aliran al-Imāmiyy, lalu al-Bāhiliyy meninggalkannya. Al-Bāhiliyy akhirnya menjadi salah seorang murid kebesaran bagi al-Aš*ariyy.

Malah, Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy tidak meninggalkan mazhab Muktazilah setelah berdebat dengan bapa tirinya, Abū *Aliyy al-Jubā^iyy yang telah pun masyhur ceritanya. Dari perdebatan inilah, jelas padanya kepincangan pada akidah Muktazilah dan dia mula beralih kepada aliran yang benar. 

Di sini, jelas bahawa perdebatan bukan semata-mata untuk mengalahkan orang lain dan seruan untuk menjauhi apa yang telah nyata kesalahannya, tetapi untuk mencari kebenaran bagi diri sendiri dan belajar apa yang lompong yang kita tidak sedari. Dengan kata lain, perdebatan telah membantu seseorang meninggalkan kesesatan dan menuju kepada kebenaran serta menyedarkan kesalahan pada dirinya yang tidak disedari, lalu berpindah ke jalan yang lurus. Inilah manfaat yang seseorang yang selalu sahaja mempertikaikan keperluan debat dalam agama ini.

Malah, dari debat juga kita dapat tahu pendirian seseorang yang sebenar atau apa yang terbuku di jiwanya atau apa yang menjadi corak pemikirannya. Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bercerita tentang ayahnya :

ووقعت له مناظرة بالمدينة المنورة مع حمدان الونيسي الجزائري في محفل عظيم من العلماء. فيهم شيخنا الإمام سيدي محمد ابن جعفر الكتاني والشيخ توفيق الأيوبي الشامي والشيخ أمين سويد الدمشقي أيضا والسيخ عمر حمدان المحرمي والسيد أبو القاسم الدباغ وما يقرب من عشرين عالما كانوا مجتمعين بضريح سيدنا حمزة رضي الله عنه. وبعضهم يسرد تفسير ابن عجيبة، فمرت مسألة البحر البحث فيها بينهم إلى مخالفة المذهب. فتكلم الونيسي بكلام أراد به التنكيت على سيدي أبي القاسم الدباغ لأنه كان من المعلنين بنبذ التقليد والعمل بالسنة وظن الونيسي أنه منفرد بذلك من بين الحاضرين. فانبرى له الشيخ رضي الله عنه وناظر مناظرة بهرت عقول الحاضرين ومكثوا يتحدثون بها طول عمرهم. كلما جرى ذكر الشيخ رضي الله عنه حتى ذكر كل من السيد أبي القاسم الدباغ والشيخ عمر حمدان على الانفراد في أوقات مختلفة قالوا: "ما كنا بمثل الونيسي أمام الشيح إلا كهر صغير بين يدي أسد عظيم". فلما ألزمه الحجة، ولم يجد من يد الشيخ مفرا قال في حمية وغضب للتقليد والشيطان: "ما قاله الله ورسوله أضعه تحت قدمي. وما قاله خليل أجعله فوق رأسي". فقال له الشيخ: "الآن سقط الكلام معك ولو أخبرتنا بهذا من أول وهلة، ما ناظرناك لأننا كنا نظن أنك تناظر عن جهل بالمسألة وخطأ في النظر والاعتقاد وحيث وصلت إلى حد الكفر والردة والعناد، فلا كلام لنا مع من هذا حاله".

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now