Wacana Ringkas 192

5 0 0
                                    

Persamaan Salafi Ibn⥢Taymian Dan Ašᶜarian Pada Hakikat Pengisbatan Sifat Allah

Salafi Ibn⥢Taymian sentiasa menyebutkan bahawa sifat tangan Allah tidak sama dengan sifat tangan makhluk. Ini adalah kalam yang baik dan sememangnya ini adalah ungkapan daripada salaf. Akan tetapi, apabila diperincikan makna kata-katanya, kita akan mendapati mereka ini memiliki permasalahan dalam isu perkongsian makna sehingga akhirnya menatijahkan bahawa sifat Allah tidak boleh ternafinya tasybih secara mutlak! Kata Muḥammad bin Ṣōliḥ al-*Uṯaymīn :

الثاني: أن نفي التشبيه على الإطلاق لا يصح؛ لأن كل موجودين فلا بد أن يكون بينهما قدر مشترك يشتبهان فيه، ويتميز كل واحد بما يختص به، فـ: " الحياة " مثلا وصف ثابت في الخالق والمخلوق، فبينهما قدر مشترك، ولكن حياة الخالق تليق به، وحياة المخلوق تليق به.

"Yang kedua adalah penafian tasybih secara mutlak adalah tidak betul kerana setiap dua yang wujud tidak dapat tidak mempunyai kadar perkongsian yang menyerupainya antara kedua-duanya padanya dan terbeza setiap satu daripadanya dengan apa yang terkhusus dengannya. Maka, sifat hidup sebagai contoh adalah penyifatan yang sabit pada Yang Maha Pencipta dan makhluk. Lalu, kedua-duanya terdapat kadar perkongsian. Akan tetapi, sifat hidup Yang Maha Pencipta adalah yang layak dengan-Nya dan sifat hidup makhluk adalah yang dengannya".[Majmū* Fatāwā Wa Rosā^il Faḍīlah aš-Šayẖ Muḥammad Ibn Ṣōliḥ al-*Uṯaymīn, jilid 10, m/s 770-771, keluaran Dār al-Waṭon].

Saya telah melanjutkan perbicaraan mengenainya di penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia». Yang dapat saya ringkaskan intipatinya adalah apa yang dipegang oleh salafi ibn⥢taymian pada isu ini adalah sifat-sifat Allah yang disebutkan dalam al-Quran seperti tangan adalah sepertimana yang difahami dalam minda manusia. Sepertimana difahami apabila disebutkan tangan pada anak-anak Ādam, seperti itulah difahami ketika disebutkan sifat tangan bagi Allah.

Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa yang difahami bagi penyebutan tangan Allah itu adalah sesuatu yang menjadi alat dalam melakukan pekerjaan dan jisim yang merupakan asas kewujudan yang berdiri pada suatu entiti. Dengan kata lain, tidak difahami makna tangan sekalipun untuk Allah melainkan ia adalah alat dan jisim. Hakikat sifat tangan-Nya dan makhluk-Nya adalah sama.

Akan tetapi, yang membezakannya adalah sifat tangan Allah tidak sama dengan makhluk pada ciri luaran. Ibn Taymiyyah menyebutkan bahawa sifat tangan Allah bukanlah berdarah, berdaging dan berurat sepertimana tangan makhluk yang lain walaupun salafi ibn⥢taymian pada hari ini tidak menolaknya dan tidak menafikannya. Menurut Ibn Taymiyyah, walaupun ada persamaan dari sudut kejisiman dan alat atau dengan kata lain, ia tetap berbeza dari sudut karakteristik, ciri luaran dan bentuk-bentuknya.

Kefahaman ini menyalahi akidah ahli sunnah, bahkan salaf kerana ini menatijahkan tasybih sama ada secara separa atau secara sekelumit. Jika sifat Allah boleh ditangkap, difahami dan dibayangi dalam minda pada hakikatnya, ini sudah cukup menjuruskan sifat Allah itu adalah sama dengan makhluk, tetapi berbeza dengan sifat makhluk pada segi karakteristik khasnya. Pemahaman seperti ini seumpama menyatakan Allah itu sama dengan makhluk dari segi intinya, tetapi berbeza dari segi bungkusannya! 

Akidah ahli sunnah adalah persamaan pada perkongsian makna sifat Allah dengan sifat makhluk adalah sekadar lafaz sahaja atau jika ada persamaan pun, ia sekadar kelaziman sahaja, bukan pada hakikatnya. Walaupun Dia menyebutkan bahawa Dia memiliki sifat marah, tetapi hakikat sifat-Nya bukan dari rasa tersakiti sebagaimana hakikatnya pada makhluk. Sedemikianlah seumpamanya yang lain pada hakikat sifat marah itu dan sedemikianlah dengan sifat-sifat yang lain.

Manakala, ašᶜarian pula seringkali mendakwa bahawa dia beriman dengan sifat ₍al-*Uluww₎, iaitu Allah di langit atau sifat ₍al-Yad₎ bagi Allah. Akan tetapi, sifat tersebut hakikatnya difahami dengan makna yang lain. Sama ada atas alasan tafwid dengan mengatakan sifat ₍al-*Uluww₎ ini boleh terdedah dengan makna sifat tinggi dari segi kedudukan atau seumpamanya atau sifat ₍al-Yad₎ boleh terdedah dengan makna ₍al-Quwwah₎, iaitu kekuatan atau ₍al-Qudroh₎, iaitu kemampuan, tetapi mereka tidak menetapkan salah satu maknanya sama ada makna majaz atau selainnya atau atas alasan takwil dengan mengatakan makna ₍al-*Uluww₎ atau makna ₍al-Yad₎ dimaksudkan dengan sedemikian.

Dengan kata lain, penyebutan bahawa ₍al-*Uluww₎ dan ₍al-Yad₎ adalah sifat Allah adalah sekadar lafaz sahaja, tetapi dari segi makna, mereka berselindung sama ada melalui tafwid atau takwil. Di hadapan orang, mereka berkata ₍al-Yad₎ itu adalah sifat Allah, tetapi apabila diperincikan, mereka berkata ia boleh makna kekuatan atau kemampuan, tetapi mereka tidak menetapkan makna tersebut jika mereka mengambil jalan untuk tafwid.

Hal ini sama sahaja sepertimana al-Qōsim bin Muḥammad al-Hādawiyy; tokoh ilmuwan ahli bait dari zaydian ketika mengisbatkan sifat mendengar dan melihat bagi Allah yang bukan makna yang difahami ahli sunnah, iaitu dia berpandangan sifat mendengar dan sifat melihat bagi-Nya adalah sifat ilmu-Nya. Dia berkata :

فصل والله سميع بصير. جمهور أئمتنا عليهم السلام والبغدادية: وهما بمعنى عالم. بعض أئمتنا عليهم السلام وبعض شيعتهم والبصرية: بل بمعنى حي لا آفة به. قلنا: السميع حقيقة لغوية مستعملة لمن يصح أن يدرك المسموع بمعنى محله الصماخ. والبصير حقيقة كذلك لمن يصح أن يدرك المبصر بمعنى محله الحدق. والله سبحانه ليس كذلك. فلم يبق بمعنى إلا أنهما بمعنى عالم. وقد قال تعالى: {أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ} [الزخرف: ٨٠]. والسر إضمار في القلب غير الصوت. قال الله تعالى: {فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ} [يوسف: ٧٧].

"Fasal: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Majoriti imam-imam kami -*alayhim as-Salām- dan warga Baghdad: ❝Kedua-duanya dengan makna Yang Maha Mengetahui❞. Sebahagian imam-imam kami -*alayhim as-Salām-, sebahagian espouser mereka dan warga Basrah: ❝Bahkan, dengan makna Yang Maha Hidup tanpa kecacatan padanya❞. Kami berkata bahawa ₍as-Samī*₎ adalah hakikat bahasa yang digunakan bagi yang valid dalam capaian yang didengari dengan suatu makna yang tempatnya adalah liang telinga. ₍Al-Baṣīr₎ adalah hakikat sedemikian bagi yang valid dalam capaian yang dilihat dengan suatu makna yang tempatnya adalah anak mata. Padahal, Allah Subḥānahu bukan sebegitu. Lalu, tidak tersisa dengan suatu makna melainkan bahawasanya kedua-duanya dengan makna ₍*Ālim₎ (yang mengetahui). Dia Ta*ālā berfirman: {Adakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia mereka dan bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan kami di sisi mereka sentiasa menulis} [Surah az-Zuẖruf ayat 80]. ₍As-Sirr₎ ialah penyembunyian pada jantung tanpa suara. Allah Ta*ālā berfirman: {Lalu, Yūsuf menyembunyikannya dalam dirinya dan dia tidak menampakkannya pada mereka}. [Surah Yūsuf ayat 77]". [Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās. m/s 42-44, keluaran Maktabah Ahl al-Bayt, Yaman].

Ašᶜarian dalam pemahaman sifat ₍al-*Uluww₎ dan ₍al-Yad₎ adalah sama dengan zaydian dalam pemahaman sifat mendengar dan sifat melihat bagi Allah. Zaydian berkata bahawa Allah itu memiliki sifat mendengar dan melihat, tetapi apakah makna sebenar yang dipegang? Sebegitu juga dengan ašᶜarian.

Malah, ašᶜarian dengan salafi ibn⥢taymian sebenarnya tidak ubah beza dari segi kepincangan dalam hakikat pengisbatan sifat Allah. Walaupun zahirnya nampak baik dan tidak menyalahi ahli sunnah, perincian akan mengungkapkan hakikat yang sebenarnya. Jika hakikat sebenar salafi ibn⥢taymian dalam pengisbatan sifat Allah menjurus kepada tasybih, makna ašᶜarian pula menjurus kepada pembatalan sifat Allah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692183014185320448/wacana-ringkas-192-persamaan-salafi-ibn-taymian

com/post/692183014185320448/wacana-ringkas-192-persamaan-salafi-ibn-taymian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now