Wacana Ringkas 162 : Adakah Abū Al-Ḥasan Al-Aš*ariyy Adalah Musyabbih?

2 0 0
                                    

Ibn Ḥazm pernah menyatakan bahawa Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy mengisbatkan sifat dua mata bagi Allah :

وَرَأَيْت للأشعري فِي كِتَابه الْمَعْرُوف بالموجز أَن الله تَعَالَى إِذْ قَالَ إِنَّك بأعيننا إِنَّمَا أَرَادَ عينين وَبِالْجُمْلَةِ فَكل من لم يخف الله عز وَجل فِيمَا يَقُول وَلم يستحي من الْبَاطِل لم يبال بِمَا يَقُول وَقد قُلْنَا أَنه لم يَأْتِ نَص بِلَفْظ الصّفة قطّ بِوَجْه من الْوُجُوه لَكِن الله تَعَالَى أخبرنَا بِأَن لَهُ علما وَقُوَّة وكلاماً وقدرة فَقُلْنَا هَذَا كُله حق لَا يرجع مِنْهُ شَيْء إِلَى غير الله تَعَالَى أصلا وَبِه تَعَالَى نتأيد

"Aku pernah melihat al-Aš*ariyy dalam kitabnya yang dikenali dengan al-Mūjiz bahawa Allah Ta*ālā ketika Dia berfirman: {Sesungguhnya Engkau di mata-mata Kami} sebenarnya Dia memaksudkan dua mata. Dan secara keseluruhannya, sesiapa yang tidak takut kepada Allah *Azza Wa Jalla pada apa yang dia katakan dan tidak merasa malu terhadap kebatilan, tidak akan dipeduli terhadap apa yang dia katakan. Kami telah katakan bahawasanya tidak ada suatu naṣ dengan lafaz sifat itu samaa sekali dengan suatu bentuk dari pelbagai bentuk. Akan tetapi, Allah Ta*ālā telah mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia mempunyai ilmu, kekuatan, kalam dan kemampuan. Kami katakan, ini secara keseluruhannya adalah benar yang tidak ada sesuatu yang berpaling daripadanya kepada selain Allah Ta*ālā sama sekali. Dengan-Nya Ta*ālā, kita membenarkan. [Al-Faṣl Fī al-Milal Wa al-Ahwā^ wan-Niḥal, jilid 2, m/s 116, keluaran Maktabah al-H̱ōnijiyy, Kaherah].

Dia berkata :

وَقَالَ الْأَشْعَرِيّ إِن المُرَاد بقول الله تَعَالَى أَيْدِينَا إِنَّمَا مَعْنَاهُ اليدان وَإِن ذكر الْأَعْين إِنَّمَا مَعْنَاهُ عينان وَهَذَا بَاطِل مدْخل فِي قَول المجسمة بل نقُول إِن هَذَا إِخْبَار عَن الله تَعَالَى لَا يرجع من ذكر الْيَد إِلَى شَيْء سواهُ تَعَالَى ونقر إِن لله تَعَالَى كَمَا قَالَ يدا ويدين وأيدي وَعين وَأَعْيُنًا كَمَا قَالَ عز وَجل {ولتصنع على عَيْني} وَقَالَ تَعَالَى {فَإنَّك بأعيننا} وَلَا يجوز لأحد أَن يصف الله عز وَجل بل لَهُ عينين لِأَن النَّص لم يَأْتِ بذلك ونقول إِن المُرَاد بِكُل مَا ذكرنَا الله عز وَجل لَا شَيْء غَيره

Al-Aš*ariyy berkata bahawa sesungguhnya yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta*ālā: {Tangan-tangan Kami} sebenarnya maknanya adalah dua tangan dan sesungguhnya penyebutan mata-mata sebenarnya adalah dua mata. Ini adalah batil yang tempat masuk pada kata-kata mujassimah. Bahkan sebenarnya, kita katakan sesungguhnya ini adalah pengkhabaran daripada Allah Ta*ālā yang tidak kembali dari penyebutan al-Yad kepada sesuatu selain-Nya Ta*ālā. Kita menetapkan sesungguhnya Allah Ta*ālā sepertimana yang Dia berfirman "Yad", "Yadayn", "Aydī", "*Ayn" dan "A*yun" sepertimana Dia berfirman: {ِAgar engkau diasuh di bawah mata-Ku} dan Dia Ta*ālā berfirman: {Sesungguhnya engkau di mata-mata Kami}serta tidak tahu untuk seseorang menyifatkan Allah *Azza Wa Jalla: "Bahkan, Dia mempunyai dua mata" kerana naṣ itu tidak datang dengan itu. Kita mengatakan bahawa sesungguhnya yang dimaksudkan dengan setiap apa yang kami sebutkan adalah Allah *Azza Wa Jalla bukan sesuatu selain-Nya. [Al-Faṣl Fī al-Milal Wa al-Ahwā^ wan-Niḥal, jilid 2, m/s 127 keluaran Maktabah al-H̱ōnijiyy, Kaherah].

Siapakah yang betul dalam permasalahan ini? Ibn Ḥazm yang dituduh sebagai Jahmiyy oleh Ibn *Abdul Hādī dalam Ṭobaqōt *Ulamā^ al-Ḥadīṯ ketika membiografikannya dan mereka yang menisbahkan diri dengan pengikutnya, tetapi kerap kali mudah menuduh orang lain yang mengisbatkan dua mata sebagai sifat Allah adalah pelaku tasybih atau imam mereka sendiri, Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy?

Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy berkata :

ورأينا الْمُسلمين جَمِيعًا يرفعون أَيْديهم إِذا دعوا نَحْو السَّمَاء لِأَن الله مستو على الْعَرْش الَّذِي هُوَ فَوق السَّمَاوَات فلولا أَن الله على الْعَرْش لم يرفعوا أَيْديهم نَحْو الْعَرْش

"Kami melihat para Muslim keseluruhannya mengangkat tangan mereka apabila berdoa ke arah langit kerana Allah bersemayam di atas Arasy yang Dia di atas langit-langit. Kalaulah Allah bukan di atas Arasy, pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka ke arah Arasy". [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, karya aḏ-Ḏahabiyy, m/s 219, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Kita sedia maklum bahawa golongan yang mengaku pengikut al-Aš*ariyy adalah mereka yang bersungguh-sungguh menjustifikasikan bahawa kita mengangkat tangan ke arah langit adalah kerana langit adalah kiblat doa, bukan untuk menunjukkan Allah di langit. Bahkan, mereka mudah sahaja melemparkan tuduhan mujassim terhadap mereka yang menyatakan bahawa orang yang berkata sedemikian. Siapakah yang benar dalam masalah ini? Mereka atau imam mereka sendiri sebenarnya mujassim dan musyabbih?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk masing-masing memikirkannya dan merenungkannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/673131696903913472/wacana-ringkas-162-adakah-ab%C5%AB-al-%E1%B8%A5asan

com/post/673131696903913472/wacana-ringkas-162-adakah-ab%C5%AB-al-%E1%B8%A5asan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWo Geschichten leben. Entdecke jetzt