Wacana Ringkas 128 : Motif Jahat Di Sebalik Pertanyaan Tahap Keilmuan Kita

2 0 0
                                    

Tidak ada siapa yang akan terang-terangan mengaku bahawa dia adalah ulama dan yang pandai kecuali sedikit yang saya tahu seperti Ibn al-Jawziyy dan as-Suyūṭiyy.

Tanyalah sendiri mereka yang telah diangkat sebagai ulama yang berpengaruh besar dan mendapat tempat masyarakat serta diperakui oleh mereka yang sama-sama berwibawa dengannya, pasti mereka tidak akan menjawab dengan pengakuan tersebut serta menjawab dengan cara yang merendah diri.

Lantas, apa motif seseorang untuk menumpahkan persoalan: "Siapakah kamu untuk menyanggahi pandangan ulama ini? Adakah kamu seorang ulama sepertinya? Kamu sudah rasa kamu pandai?" atau seumpamanya, lebih-lebih lagi kepada seterunya?

Ia adalah pertanyaan yang sememangnya bermotif jahat. Sama ada menjawab ya atau tidak, kedua-duanya akan dihujani perlian, sindiran, ejekan, sinisan dan pelbagai lagi kenistaan. Nantikan sahaja. Bahkan, tidak ada faedah pun merespons soalan ini dari awal lagi.

Orang yang betul-betul peduli dengan hujah ilmiah tidak akan sibuk dengan persoalan menyeleneh seperti ini. Kebenaran tetap kebenaran dan ia adalah rezeki yang Allah boleh limpahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa kita jangka. Mereka ini ingin menjadi hamba yang bersyukur lagi celik atau tidak untuk mememerhatikan pembukaan-Nya kepadanya?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659568198727925760/wacana-ringkas-128-motif-jahat-di-sebalik

com/post/659568198727925760/wacana-ringkas-128-motif-jahat-di-sebalik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now