Wacana Ringkas 179

2 0 0
                                    

Sepintas Dalam Mengenali Manhaj *Abdul Ḥayy Bin Muḥammad Bin Aṣ-Ṣiddīq Al-Ġumāriyy

Bagi mereka yang berminat untuk mengamati perbahasan dalil tanpa terikat dengan mazhab tertentu atau seseorang imam, maka sewajarnya untuk membaca karya tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy ini, *Abdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ḥasaniyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi mereka yang berminat untuk mengamati perbahasan dalil tanpa terikat dengan mazhab tertentu atau seseorang imam, maka sewajarnya untuk membaca karya tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy ini, *Abdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ḥasaniyy. Sememangnya lebih baik jika seseorang tidak hanya terhad membaca karyanya, tetapi membaca sudut pandang dari pengkaji pemikirannya daripada Muḥammad Ilyās al-Marrōkišiyy melalui karyanya *Abd al-Ḥayy Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy : Al-Uṣūliyy an-Nāqid Wa al-Mujtahid al-Mujaddid.

Kita mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada Muḥammad Ilyās al-Marrōkišiyy yang mengumpulkan sebahagian karyanya yang berharga dengan judul al-Ajwibah al-Fiqhiyyah Li al-Uṣūliyy *Abd al-Ḥayy Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dan Tanwīr al-*Uqūl Bi Rosā^il al-*Allāmah *Abd al-Ḥayy Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy Fī al-Fiqh Wa al-Uṣūl. Kemudian, kita mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kerana menghasilkan karya yang membiografikannya, memperkenalkan manhajnya dan mengulas serba sedikit kandungan yang ada pada buku-bukunya dalam judul *Abd al-Ḥayy Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy : Al-Uṣūliyy an-Nāqid Wa al-Mujtahid al-Mujaddid. Semoga Allah melimpahkan pahala yang banyak lagi berterusan atas sumbang bakti dalam memperkenalkan dan memelihara warisan daripada ahli bait ini.

Sebahagian orang secara gampang melemparkan tuduhan bahawa pertanyaan tentang dalil, pencariannya dan perbincangannya serta seruan kepada al-Kitāb dan as-Sunnah adalah golongan salafi yang tidak mahu bermazhab. Padahal, ia juga adalah jalan yang ditempuhi ahli bait sepanjang zaman berzaman dalam kesungguhan mereka untuk mengikuti sunnah datuk mereka -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang mulia lagi suci.

Boleh dikatakan keluarga al-Ġumāriyy keseluruhannya tidak terikat dengan mazhab tertentu. *Abdul Ḥayy antara yang paling bertenaga dalam menyerlahkan ijtihadnya dan pembaharuannya dalam usaha untuk memaparkan bagaimana daya kritis seorang ahli ilmu yang sejati dan manhaj yang sejahtera untuk diikuti.

Benar sekali bahawa kitabnya ini memang tidak patut dibaca oleh golongan pentaklid yang jumud, beku dan tidak suka mazhabnya atau imamnya dikritik. Bukunya ini walaupun fokus tentang isu perbincangan fiqh dan dalilnya, tetapi dia tetap menyelitkan celaan terhadap perangai para pentaklid yang taksub yang tidak mahu mengikuti dalil dan menyelewengkan makna nas demi memenangkan mazhabnya, di samping menekankan kepentingan untuk beriltizam dengan dalil sekalipun menyalahi imamnya dan mazhabnya.

Sekalipun dia ada kepedulian yang mendalam dan entusias yang bergelora dalam mencapai pandangan yang benar berasaskan dalil, dia tetap juga membela para ulama yang dicela dengan tidak sepatutnya. Misalnya adalah dia membelaMuḥammad bin Idrīs aš-Šāfiʿiyy dari penyifatan yang buruk oleh Ibn al-*Arobiyy al-Mālikiyy. 

Bahkan, dalam Naqd Maqōl Fī Masā^il Min *Ilm al-Ḥadīṯ Wa al-Fiqh Wa al-Uṣūl Wa Tafḍīl Ba*ḍ al-Maḏāhib, dia memperlihatkan kesungguhannya dalam mengangkat tinggi mazhab Šāfi*iyy kerana menepati neraca-neraca ilmiah yang saksama berdasarkan pembentangan bukti dan pembentangan rasional dalam membandingkan mazhab Ḥanafiyy dan Mālikiyy sekalipun di tempat lain dia mengkritik mazhab Šāfi*iyy dalam permasalahan fiqh.

Apa yang ditonjolkannya adalah kita fokus perbincangan dalil, mengkritik apa yang salah, membentangkan apa yang benar dan membawa pandangan ulama yang tepat dalam pandangannya bagi permasalahan itu tanpa menyentuh mana-mana peribadi para ulama, apatah lagi merobek kredibilitinya dan mengoyakkan kewibawaan mazhab hanya kerana sebahagian perkara menyalahi sunnah.

Pun begitu, ia tetap tidak menghalang keperluan mengingatkan sebahagian pentaklid yang beku dan para pentaksubnya kerana baginya, inilah halangan yang utama untuk seseorang Muslim mencapai penganalisisan dalil secara matang lagi bermakna. Tidak hairan jika di banyak tempat, dia menaburkan kritikan keras terhadap jenis kelompok seperti ini kerana golongan inilah yang paling bermasalah dalam tradisi keilmuan.

Bukunya ini memang akan dibenci pentaklid kerana beliau banyak menyajikan celaan terhadap mereka, banyak mengkritik tokoh ilmuwan mereka dan melaksanakan sesuatu yang dibenci mereka. Akan tetapi, ia adalah manfaat yang besar yang wajar dihargai dan dijadikan pedoman bagi orang yang berkemahuan dalam melangkah di atas manhaj yang sejahtera kerana apa yang ditonjolkan tokoh ahli bait yang berkemahiran uṣūl fiqh ini adalah manifestasi yang diimpikan oleh golongan ini.

Buku ini tidak hanya memaparkan kritikan, dalil dan penyalahan beliau terhadap beberapa pandangan dalam mazhab, tetapi dia juga memaparkan kaedah-kaedah fiqh yang kita boleh mempelajari penerapannya, penguatan poinnya dari sudut ilmu bahasa, penghujahan rasional yang mengenyangkan pembaca, hadis yang menjadi hujah kuat dalam mempertahankan suatu pandangan serta pembentangan analisis beliau dalam mendepani pengemukaan dalil dan hujah dari pihak lawannya.

Ini semua manfaat yang ingin ditimba dari orang yang ingin mengerti manhaj yang bersepadu dengan tradisi keilmuan yang celik lagi kritis. Buku ini sememangnya khazanah yang agung yang tidak boleh diperkecilkan nilainya.

Malang sekali kalau karya ahli bait ini seolah-olah seperti sepi dan mungkin sahaja tidak dikenali oleh para pecinta ahli bait. Seakan-akan khazanahnya terpendam serta tidak diberikan ruangan yang secukupnya untuk menyerlah dan bersinar.

Nama keluarga al-Ġumāriyy rasanya tidak asing lagi. Bahkan, setiap kali namanya disebut, ia ada sanjungan yang tinggi terhadapnya. Namun, apa jadi? Kemahsyuran mereka hanya tinggal nama dan gelaran, tetapi tidak pada praktik, tradisi dan manhaj yang mereka bawa dan perjuangkan.

Apakah kerana kita sudah terlalu jemu atau tiada kepedulian dalam bersepadu dengan dalil atau sememangnya termasuk orang dicela oleh *Abdul Ḥayy sehingga karya-karya keluarga ini atau mereka yang meniti di atas titian yang sama sepertimana keluarga ini sukar mendapat tempat di masyarakat kita? Renungkanlah dan fikirkanlah.

Saya tidak akan hairan jika *Abdul Ḥayy yang ahli bait pun akan menjadi mangsa pelabelan wahabi kerana sikap sebahagian orang yang dicela. Itu tidak menghairankan jika ia berlaku kerana dalam buku ini ada sekali dia menyinggung aliran al-Aš*ariyy secara sepintas dalam at-Tayammum Fī al-Kitāb Wa as-Sunnah Wa Ibṭōl al-Maḏhab al-Qō^il Inna at-Tayammum Lā Yajūz Bi Ġhoyr at-Turōb dan dia juga diperkenalkan sebagai seorang salafi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/681095492159062016/wacana-ringkas-179-sepintas-dalam-mengenali

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now