Wacana Ringkas 80 : Tanda Besar Ketaksuban

10 0 0
                                    

Sejarah ketaksuban sememangnya disaksikan sepanjang sejarah Muslim. Ia tidak hanya berlaku pada ketaksuban mazhab, malah sehingga kepada aliran akidah dan juga sufi. Malah, ia bukanlah suatu peristiwa yang tinggal kenangan yang telah lepas dan hanya tinggal relik yang terabadi dalam catatan penulisan, ia masih juga kekal terbawa sama ada secara sedar atau tidak setiap zaman. Cuma, kita perlu kenal tanda-tanda yang besar lagi jelas supaya kita tahu yang seseorang itu sedang dalam amukan ketaksuban.

Untuk mengenali tanda-tanda ketaksuban ini, seeloknya kita melihat kata-kata *Izuddīn *Abdul *Azīz bin *Abdul Salām seperti berikut :

وَمِنْ الْعَجَبِ الْعَجِيبِ أَنَّ الْفُقَهَاءَ الْمُقَلِّدِينَ يَقِفُ أَحَدُهُمْ عَلَى ضَعْفِ مَأْخَذِ إمَامِهِ بِحَيْثُ لَا يَجِدُ لِضَعْفِهِ مَدْفَعًا وَمَعَ هَذَا يُقَلِّدُهُ فِيهِ، وَيَتْرُكُ مِنْ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْأَقْيِسَةِ الصَّحِيحَةِ لِمَذْهَبِهِ جُمُودًا عَلَى تَقْلِيدِ إمَامِهِ، بَلْ يَتَحَلَّلُ لِدَفْعِ ظَوَاهِرِ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَيَتَأَوَّلُهُمَا بِالتَّأْوِيلَاتِ الْبَعِيدَةِ الْبَاطِلَةِ نِضَالًا عَنْ مُقَلِّدِهِ، وَقَدْ رَأَيْنَاهُمْ يَجْتَمِعُونَ فِي الْمَجَالِسِ فَإِذَا ذُكِرَ لِأَحَدِهِمْ فِي خِلَافٍ مَا وَظَنَّ نَفْسَهُ عَلَيْهِ تَعَجَّبَ غَايَةَ التَّعَجُّبِ مِنْ اسْتِرْوَاحٍ إلَى دَلِيلٍ بَلْ لِمَا أَلِفَه مِنْ تَقْلِيدِ إمَامِهِ حَتَّى ظَنَّ أَنَّ الْحَقَّ مُنْحَصِرٌ فِي مَذْهَبِ إمَامِهِ أَوْلَى مِنْ تَعَجُّبِهِ مِنْ مَذْهَبِ غَيْرِهِ، فَالْبَحْثُ مَعَ هَؤُلَاءِ ضَائِعٌ مُفْضٍ إلَى التَّقَاطُعِ وَالتَّدَابُرِ مِنْ غَيْرِ فَائِدَةٍ يُجْدِيهَا، وَمَا رَأَيْت أَحَدًا رَجَعَ عَنْ مَذْهَبِ إمَامِهِ إذَا ظَهَرَ لَهُ الْحَقُّ فِي غَيْرِهِ بَلْ يَصِيرُ عَلَيْهِ مَعَ عِلْمِهِ بِضَعْفِهِ وَبُعْدِهِ، فَالْأَوْلَى تَرْكُ الْبَحْثِ مَعَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ إذَا عَجَزَ أَحَدُهُمْ عَنْ تَمْشِيَةِ مَذْهَبِ إمَامِهِ قَالَ لَعَلَّ إمَامِي وَقَفَ عَلَى دَلِيلٍ لَمْ أَقِفْ عَلَيْهِ وَلَمْ أَهْتَدِ إلَيْهِ، وَلَمْ يَعْلَمْ الْمِسْكِينُ أَنَّ هَذَا مُقَابَلٌ بِمِثْلِهِ وَيَفْضُلُ لِخَصْمِهِ مَا ذَكَرَهُ مِنْ الدَّلِيلِ الْوَاضِحِ وَالْبُرْهَانِ اللَّائِحِ، فَسُبْحَانَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ مَنْ أَعْمَى التَّقْلِيدُ بَصَرَهُ حَتَّى حَمَلَهُ عَلَى مِثْلِ مَا ذُكِرَ، وَفَّقَنَا اللَّهُ لِاتِّبَاعِ الْحَقِّ أَيْنَ مَا كَانَ وَعَلَى لِسَانِ مَنْ ظَهَرَ، وَأَيْنَ هَذَا مِنْ مُنَاظَرَةِ السَّلَفِ وَمُشَاوَرَتِهِمْ فِي الْأَحْكَامِ وَمُسَارَعَتِهِمْ إلَى اتِّبَاعِ الْحَقِّ إذَا ظَهَرَ عَلَى لِسَانِ الْخَصْمِ، وَقَدْ نُقِلَ عَنْ الشَّافِعِيِّ - رَحِمَهُ اللَّهُ - أَنَّهُ قَالَ: مَا نَاظَرْت أَحَدًا إلَّا قُلْت اللَّهُمَّ أَجْرِ الْحَقَّ عَلَى قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ، فَإِنْ كَانَ الْحَقُّ مَعِي اتَّبَعَنِي وَإِنْ كَانَ الْحَقُّ مَعَهُ اتَّبَعْته.

"Antara keanehan yang amat adalah para fuqaha yang bertaklid, salah seorang daripada mereka mengetahui kelemahan tempat ambilan imamnya yang mana dia tidak menemukan tempat penolakan terhadap kelemahannya. Sungguhpun demikian, mereka bertaklid dengannya dan meninggalkan sebahagian al-Kitāb, as-Sunnah dan qiyas yang sahih kerana tempat ikutannya dalam keadaan kaku pada taklid kepada imamnya. Bahkan, berlepas diri ekoran penolakan terhadap nyatanya al-Kitāb dan menakwil kedua-duanya dengan takwilan yang jauh lagi batil dalam keadaan demi mempertahankan taklidnya. Kami pernah melihat mereka berkumpul dalam beberapa majlis. Apabila disebutkan mana-mana perselisihan kepada salah seorang daripada mereka, mereka menyangka diri mereka berbangga dengan sehabis-habis bangga terhadapnya yang berupa menghirup dalil. Sebenarnya mereka berjinak dengannya yang berupa taklid imamnya sehingga mereka bahawasanya kebenaran terpuruk dalam mazhab imamnya adalah lebih utama daripada kebanggaannya berupa mazhab yang lain. Diskusi bersama mereka ini adalah sia-sia dan menatijahkan saling berpecah dan saling memusuhi pada perkara yang tiada faedah yang berguna. Aku tidak pernah melihat mereka berundur daripada mazhab imamnya apabila zahirnya kebenaran kepadanya dalam selain imamnya. Bahkan dia kembali ke sana bersama sedarnya rasa kelemahannya dan kejauhannya. Lebih baik meninggalkan diskusi bersama mereka semua ini yang apabila salah seorang daripada mereka tidak tidak berdaya terhadap memperjalankan mazhab imamnya, dia berkata: #Mungkin sahaja imamku mengetahui dalil yang aku belum mengetahuinya dan belum aku peroleh petunjuk terhadapnya#. Sang mengecewakan ini tidak mengetahui bahawa orang ini dibandingkan dengan semisal imamnya dan menyerlah dalam pertelingkahannya melalui penyebutan dalil yang jelas dan bukti yang nyata kepadanya. Maka, Maha Suci Allah! Betapa sangat ramai orang yang taklid itu telah membutakan penglihatannya sehingga dia membawanya atas apa yang telah disebutkan. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk mengikuti kebenaran dari mana sahaja lisan yang berseteru. Dinukilkan daripada aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- bahawa dia berkata: #Tidaklah kami bertelingkah dengan seseorang melainkan aku berkata: Ya Allah! Alirkanlah kebenaran pada jantungnya dan lidahnya. Jika kebenaran bersamaku, maka dia mengikutiku dan jika kebenaran bersamanya, aku mengikutinya#". [Qowā*id al-Aḥkām Fī Maṣōliḥ al-Anām, jilid 2, m/s 159-160, keluaran Maktabah al-Kuliyyāt al-Azhariyyah].

Al-H̱iṭōb al-WajīzWhere stories live. Discover now