Al-H̱iṭōb al-Wajīz

By amirkazuma

1.4K 6 0

Koleksi wacana ringkas yang menyentuh pelbagai aspek dan isu; agama, idea, falsafah, isu kemasyarakatan, pemi... More

Wacana Ringkas 1 : Teguran Kepada Sang Pipit Yang Mahu Melagak Helang
Wacana Ringkas 2 : Penerimaan Nasihat Daripada Fasik
Wacana Ringkas 3 : Mukjizat Yang Bagaimana Yang Dianggap Sebagai Pembuktiannya?
Wacana Ringkas 4 : Interaksi Yahudi Dan Nasrani Antara Kaca Mata Nas Dan Realiti
Wacana Ringkas 5 : Sikap Ekstrim Daripada Kelompok Pro-Pengajian Bertalaqqi
Wacana Ringkas 6 : Tidak Bolehkah Mencintai Yang Bukan Muslim?
Wacana Ringkas 7 : Muamalah Dengan Yang Bukan Islam Hanya Boleh Semasa Darurat?
Wacana Ringkas 8 : Lemah Hafalan Bukan Bermakna Tidak Ada Nilai Hujah Seseorang
Wacana Ringkas 9 : Syarat-Syarat Seseorang Itu Digelar Ahli Ilmu
Wacana Ringkas 10 : Penyebutan Kebaikan Tiga Kurun Awal Bukan Untuk Memaksumkan
Wacana Ringkas 11 : Maksud "Jangan Beribadah Kerana Pahala Dan Takutkan Neraka".
Wacana Ringkas 12 : Al-Qur^ān Dan As-Sunnah Tidak Akan Menzalimi Sesiapa
Wacana Ringkas 13: Semangat Pada Perlumbaan Kejayaan Dunia Dan Kejayaan Akhirat
Wacana Ringkas 14 : Hak Peribadi Dalam Memilih Budaya Hidup
Wacana Ringkas 15 : Pelbagaikan Waqaf Untuk Karya Ilmiah
Wacana Ringkas 16
Wacana Ringkas 17 : Bias "Dia Sangat Pandai, Maka Orang Lain Adalah Bodoh"
Wacana Ringkas 18 : Menyerlah Melalui Celaan Lawan
Wacana Ringkas 19 : Hakikat Ilmu
Wacana Ringkas 20 : Bukti Peranan Akal Dalam Berinteraksi Dengan Wahyu
Wacana Ringkas 21 : Pendidikan Adab Untuk Minda Bagi Penuntut Ilmu
Wacana Ringkas 22
Wacana Ringkas 23
Wacana Ringkas 24
Wacana Ringkas 25
Wacana Ringkas 26 : Berterusan Dengan Dosa Kecil Tidak Akan Menjadi Dosa Besar
Wacana Ringkas 27 : Manhaj Ahli Sunnah Ialah Tegas Dalam Akidah Dan Fiqh
Wacana Ringkas 28 : Apa Yang Allah Jamin Adalah Yang Paling Terbaik
Wacana Ringkas 29 : Isu Hukum Mengucapkan Selamat Sempena Perayaan Agama Lain
Wacana Ringkas 30
Wacana Ringkas 31 : Hakikat Aib
Wacana Ringkas 32 : Kritis Dengan Bukan Muslim, Tetapi Mendungukan Yang Muslim
Wacana Ringkas 33 : Ahli Ilmu Diterima Pendapatnya Atas Dasar Apa?
Wacana Ringkas 34
Wacana Ringkas 35 : Makna Sebenar Ulil Amri
Wacana Ringkas 36 : Antara Bentuk Pentakfiran Dalam Kupasan Hakikat Iman
Wacana Ringkas 37 : Maksud Tegas Dalam Akidah
Wacana Ringkas 38 : "Kamu Cari Memang Tidak Jumpa, Kalau Ulama Cari Boleh Jumpa"
Wacana Ringkas 39 : "Kata Ikut Sunnah Sangat, Mengapa Tidak Buat Itu Ini?"
Wacana Ringkas 40
Wacana Ringkas 41 : Fahami Realiti Melalui Kaca Mata Realitinya
Wacana Ringkas 42 : Sahabat -roḍiyallahu *anhum- Juga Berslogan Yang Sama
Wacana Ringkas 43 : Kalau Hal Itu Dibolehkan, Mengapa Tidak Melakukannya?
Wacana Ringkas 44
Wacana Ringkas 45 : Ketundukan Yang Total Adalah Ibadah
Wacana Ringkas 46 : Jurang Nyata Antara Al-Aš*ariyy Dengan Manhaj Salaf Sebenar
Wacana Ringkas 47
Wacana Ringkas 48
Wacana Ringkas 49
Wacana Ringkas 50 : Mengapa Ahli Sunnah Dituduh Musyabbihah?
Wacana Ringkas 51 : Pangkasan Pemusnah Terhadap Penganut Batiniah
Wacana Ringkas 52 : Penilaian Pendapat Tanpa Guru Dan Sanad Pengajian
Wacana Ringkas 53 : Yang Dimaksudkan Dengan Mengikut Ulama
Wacana Ringkas 54
Wacana Ringkas 55
Wacana Ringkas 56 : Realiti Pengklasifikasian Syariat Dan Hakikat
Wacana Ringkas 57
Wacana Ringkas 58
Wacana Ringkas 59 : Antara Hormat Ulama Dan Hormat Ilmu
Wacana Ringkas 60
Wacana Ringkas 61 : Rahmat Sekalian Alam Adalah Islam
Wacana Ringkas 62 : Di Mana Kepentingan Bahasa Arab Bagi Seorang Faqih?
Wacana Ringkas 63
Wacana Ringkas 64
Wacana Ringkas 65 : Isbat Suara Dan Huruf Bagi Kalam Allah
Wacana Ringkas 66 : Makna Kaifiyyat Dalam Perbahasan Sifat Allah
Wacana Ringkas 67
Wacana Ringkas 68 : Keadilan Hukuman Bunuh Terhadap Murtad
Wacana Ringkas 69 : Maksud "Ilmu Itu Di Dada, Bukan Di Tulisan"
Wacana Ringkas 70
Wacana Ringkas 71
Wacana Ringkas 72 : Tidak Terkenal, Tetapi Hebat
Wacana Ringkas 73 : Berpadalah Dalam Amalan Tawqīfiyy Sepertimana Yang Diajarkan
Wacana Ringkas 74
Wacana Ringkas 75 : Karya-Karya Sufi Untuk Mereformasikan Manhaj Sufi
Wacana Ringkas 76
Wacana Ringkas 77 : Air Zamzam Adalah Berkat Terkabulnya Hajat Bagi Peminumnya
Wacana Ringkas 78 : Polemik Sama Al-Qur^ān Kalam Allah Atau Makhluk
Wacana Ringkas 79 : Helah Sufi Dalam Mempertahankan Ketaksuban Terhadap Tokohnya
Wacana Ringkas 80 : Tanda Besar Ketaksuban
Wacana Ringkas 81 : Maksud Sifat Allah Itu Tidak Berhajat Kepada Sesuatu
Wacana Ringkas 82 : Hakikat Makna Zahir Dan Takwil
Wacana Ringkas 83 : Yang Memperlekehkan Ilmu Zahir, Ilmu Syariat Atau Ilmu Kulit
Wacana Ringkas 84 : Sekilas Tentang Tajdid
Wacana Ringkas 85
Wacana Ringkas 86
Wacana Ringkas 87 : Sesukar Mana Ilmu Agama?
Wacana Ringkas 88 : Daripada Mana Pemaksaan Taklid Ini Mendatang?
Wacana Ringkas 89
Wacana Ringkas 90 : Kebenaran Tidak Mengira Masa Ia Datang
Wacana Ringkas 91 : Jangan Heret Orang Lain Agar Sama Kedudukan Dengannya
Wacana Ringkas 92 : Berdedikasi Untuk Dunia, Namun Menjadi Lengah Untuk Akhirat?
Wacana Ringkas 93 : Beza Suasana Minda Kritis Dan Pentaklid
Wacana Ringkas 94 : Berhenti Melempar Nista Pada Gerak Kerja Intelektual Agama
Wacana Ringkas 95 : Hasad Adalah Fasad
Wacana Ringkas 96 : Dengki Yang Tidak Berbaloi
Wacana Ringkas 97 : Semua Boleh Mula, Tetapi Tidak Semua Akan Sampai
Wacana Ringkas 98 : Betapa Indahnya Kebenaran
Wacana Ringkas 99 : Hanya Kebenaran Semata-Mata
Wacana Ringkas 100 : Apa Ikutan Agama Mereka Ketika Memusuhi Pertanyaan Dalil?
Wacana Ringkas 101 : Berbeza Haluan, Tetapi Jangan Sampai Dikalahi Hawa Nafsu
Wacana Ringkas 102 : Bukan Mudah Menjadi Ahli Ilmu
Wacana Ringkas 103 : Jangan Berputus Asa Dalam Mendalami Ilmu
Wacana Ringkas 104 : Jangan Ego Untuk Belajar
Wacana Ringkas 105 : Tidak Semua Selamanya Di Peringkat Rendahan
Wacana Ringkas 106 : Pupuk Diri Untuk Akui Kesilapan
Wacana Ringkas 107 : Jangan Mempelekehkan Kemampuan Orang Awam
Wacana Ringkas 108 : Fahami Variasi Murid
Wacana Ringkas 109 : Bertegas Dalam Memilih Guru
Wacana Ringkas 111
Wacana Ringkas 112 : Sikap Suka Mencurigai Kebaikan Orang Lain
Wacana Ringkas 113 : Mengapa Kita Merasa Superioriti Terhadap Agama Islam?
Wacana Ringkas 114 : Pengajaran Daripada Kisah Robiah Ibrahim
Wacana Ringkas 115 : Penerimaan Ilmu Dan Pengambilan Teladan
Wacana Ringkas 116
ًWacana Ringkas 117
Wacana Ringkas 118 : Kepentingan Mengetahui Kedudukan Perselisihan Pandangan
Wacana Ringkas 119 : Persamaan Dan Perbezaan Antara Liberal Dengan Bāṭiniyyah
Wacana Ringkas 120 : Hidup Tidak Dihargai, Tetapi Mati Dijulang Tinggi
Wacana Ringkas 121 : Bukan Semua Ilmu Itu Bermanfaat
Wacana Ringkas 122 : Hanya Pengajian Bersanad Menjamin Kefahaman Lurus?
Wacana Ringkas 123 : Jasa Besar Dan Kebenaran
Wacana Ringkas 124
Wacana Ringkas 125 : Kritis Dalam Akidah, Tetapi Kurang Bekalan Atsar
Wacana Ringkas 126 : Keabsahan Dalam Penisbahan Kepada Sesuatu Kelompok
Wacana Ringkas 127
Wacana Ringkas 128 : Motif Jahat Di Sebalik Pertanyaan Tahap Keilmuan Kita
Wacana Ringkas 129 : Pembelajaran Berkitab Untuk Sesama Ustaz
Wacana Ringkas 130
Wacana Ringkas 131 : Isbat Sifat Allah Dengan Makna Zahir Di Sisi Salaf
Wacana Ringkas 132 : Sifat Al-*Uluww Menurut Aṭ-Ṭobariyy
Wacana Ringkas 133
Wacana Ringkas 134 : Punca Kepada Ajaran Sesat Dan Ramai Pengikutnya
Wacana Ringkas 135 : Persepsi Negatif Orang Terhadap Pilihan Manhaj Agama Kita
Wacana Ringkas 136 : Mengapa Perlu Imbau Manhaj Salaf?
Wacana Ringkas 137 : Tipu Daya Kemahsyuran
Wacana Ringkas 138 : Jangan Meragukan Ketulusan Para Ulama
Wacana Ringkas 139 : Di Sebalik Dakwaan Karamah Daripada Sufi
Wacana Ringkas 140 : Hakikat Tasybih Bagi Allah
Wacana Ringkas 141 : Perbezaan Akidah Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy Dan Ibn Taymiyyah
Wacana Ringkas 142
Wacana Ringkas 143
Wacana Ringkas 144
Wacana Ringkas 145
Wacana Ringkas 146 : Dominasi Naratif Tentang Ulama
Wacana Ringkas 147 : Hakikat Kesatuan Dan Perpecahan Dalam Islam
Wacana Ringkas 148 : Dampak Parah Pada Ketaksuban
Wacana Ringkas 149 : Adakah Islam Tidak Boleh Difahami Dengan Akal?
Wacana Ringkas 150 : Ibn Al-Jawziyy Dan Ašᶜarian
Wacana Ringkas 151 : Mengenali Pendirian Seseorang Melalui Tanda-Tandanya
Wacana Ringkas 152 : Para Ketinggian Pun Tersilap Pada Bahagian Rendah
Wacana Ringkas 153 : Ketajaman Minda Mereka Yang Terkemudian
Wacana Ringkas 154 : Aḥmad Al-Ġumāriyy Dan Tafwid
Wacana Ringkas 155
Wacana Ringkas 156
Wacana Ringkas 157 : Dakwaan Tanpa Dalil, Maka Anaknya Diragukan Nasabnya
Wacana Ringkas 158 : Niat Yang Baik Dan Penyebaran Ilmu
Wacana Ringkas 159
Wacana Ringkas 160 : Had Pelepasan Taklidnya Seseorang
Wacana Ringkas 161 : Ketidakmaksuman Para Wali
Wacana Ringkas 162 : Adakah Abū Al-Ḥasan Al-Aš*ariyy Adalah Musyabbih?
Wacana Ringkas 163 : Analisis Teguran Agar Tidak Mengutip Hanya Sekerat Sahaja
Wacana Ringkas 164 : Penguasaan Ilmu Tanpa Perguruan Secara Serius
Wacana Ringkas 165 : Ada Yang Mendapat Manfaat Melalui Perdebatan Dalam Agama
Wacana Ringkas 166 : Mengapa Hanya Dua Puluh Sifat Sahaja?
Wacana Ringkas 167 : Larangan Duduk Bersama Dengan Ahli Bidaah?
Wacana Ringkas 168 : Pengagum Ibn Taymiyyah, Tetapi Mencela Ilmu Kalam?
Wacana Ringkas 169 : Tauhid Tertegak Dengan Konfrontasi Ilmiah
Wacana Ringkas 170
Wacana Ringkas 171 : Mengapa Mujtahid Tidak Disenangi Pentaklid?
Wacana Ringkas 172
Wacana Ringkas 173 : Lumrah Silih Ganti Kebenaran Dan Kebatilan
Wacana Ringkas 174 : Jawapan Bagi Mereka Yang Skeptikal Terhadap Aksiom
Wacana Ringkas 175 : Simplistik Agamawan Dan Kejemuan Orang Terhadap Agama
Wacana Ringkas 176 : Liberal Dan Sumber Rujukan Agama Mereka
Wacana Ringkas 177 : Tidak Mahu Kepada Label Dan Penisbahan Aliran?
Wacana Ringkas 178 : Mengkritik Akronim ASWAJA Bermakna Mengkritik Ahli Sunnah?
Wacana Ringkas 179
Wacana Ringkas 180 : Kita Tidak Memerlukan Istilah Tasawwuf Dan Sufi?
Wacana Ringkas 181
Wacana Ringkas 182 : Tuduhan Pemalsuan Kitab Dari Pihak Tertentu
Wacana Ringkas 183 : Penilaian Kebenaran : Antara Intinya Dan Lapikannya
Wacana Ringkas 184
Wacana Ringkas 185
Wacana Ringkas 186 : Tokoh Sufi Juga Aktif Dalam Membasi Bidaah
Wacana Ringkas 187 : Tokoh Sufi Juga Aktif Menentang Hadis Palsu
Wacana Ringkas 188 : "Panjangnya. Boleh Tolong Lukis?"
Wacana Ringkas 189 : Islam Disalahfahami Disebabkan Agamawan Sendiri?
Wacana Ringkas 190
Wacana Ringkas 191 : Orang Terdekat Juga Adalah Sumber Autentik
Wacana Ringkas 192
Wacana Ringkas 193

Wacana Ringkas 110 : Persepsi Kita Dalam Seni

3 0 0
By amirkazuma

Ini adalah salah satu album daripada kumpulan muzik Cannibal Corpse. Kumpulan ini sememangnya telah biasa dengan lagu-lagu gore.

Lagu death metal ini memang lubuk lagu gore walaupun bukan semuanya sedemikian. Cincang mayat, siat kulit, cungkil mata, toreh organ, kupas badan, hentak bertubi-tubi, pecahkan tulang, ratah daging, sembelih, sumbat babi dalam mulut dan bermacam-macam lagi jenis seksaan yang tidak terbayang cara seksaan. Kalau zaman ini masih mengamalkan penyeksaan, pasti tukang penyeksa akan ambil idea dari lirik lagu macam ini.

Malah, ia dizahirkan dengan rasa keseronokan dan dinikmati muziknya. Memang tidak terbayang ada orang suka dengan lagu-lagu macam ini. Namun, orang lebih tertarik kerana nada instrumennya yang sedap dan padu berbanding dengan lirik yang tidak begitu diambil perhatian memandangkan vokalnya adalah jeritan dan menggeram.

Di luar sana, memang ada berfantasi sebegini. Sememangnya ada orang suka berfantasi sesuatu pelik dan luar daripada kebiasaan orang. Selagimana manusia itu adalah makhluk berfikir, kreativiti tetap akan ada. Maka, pelbagai jenis fantasi akan ada sama ada yang mampu dibayangkan atau tidak.

Apabila ia dizahirkan dan dipaparkan sama ada dalam bentuk seni atau selainnya sama ada berupa penulisan, puisi, gambar atau muzik, ia akan menjadi ekspresi. Ekspresi adalah menunjukkan apa yang kita berfantasi padanya. Seni hanya berperanan sebagai pemangkin agar ekspresi itu memiliki estetika dan nilai yang dipandang dan dinikmati.

Gubahan puisi akan menjadikan ekspresi itu enak dibaca. Penulisan cerpen akan menjadikan ekspresi itu seronok dibaca. Gambar akan menjadikan ekspresi itu mempesonakan tatkala menatap. Lagu akan menjadikan ekspresi itu menarik untuk didengari. Animasi atau filem akan menjadikan ekspresi itu seronok ditonton. Begitulah seterusnya dalam peranan seni.

Kita tidak tahu apa yang ada di fikiran seseorang melainkan ia diekspresikan. Melalui ekspresi, kita tahu apa sebenarnya yang tergambar, terkhayal dan tergambar dalam minda seseorang.

Cuma, yang menjadi isu adalah sejauh mana penerimaan ekspresi ini. Nilai penghargaan dan penerimaan tidak seragam atau universal. Masing-masing akan memiliki pelbagai reaksi, respons dan tanggapan mengenai ekspresi tersebut.

Apa yang menarik pada kita, belum tentu di sisi orang lain. Apa yang menjadi igauan bagi ramai orang, bukan bermakna ia adalah sama untuk sekelompok orang. Begitulah seterusnya.

Persepsi ini bukan hanya terbentuk pada latar belakang kehidupan peribadi sama ada pengalaman, pendidikan dan kawasan dia membesar, malah kadangkala faktor budaya, agama dan bias pemikiran pun akan menghasilkan persepsi yang pelbagai bergantung pada apa yang di sekitar individu.

Sebab itulah bukan semua ekspresi atau seni dari luar patut menjadi tatapan, tayangan dan perkongsian kepada masyarakat tempatan kerana budaya tempatan kita mampu menghadam sama sepertimana mereka di luar. Malah, bukan semua seni ekspresi dari kelompok tertentu juga akan diterima dalam masyarakat umum. Ia akan menjadi berbeza.

Sebab itulah kalau radio sajikan lagu-lagu daripada Cannibal Corpse, Infant Annihilator, Cattle Decapitation dan kumpulan muzik gore yang lain akan menyebabkan para pendengar tempatan rasa jelek dan kecam terhadapnya. Bukan hanya kerana lagu tersebut terlalu ganas dan buas, tetapi ekspresi liriknya juga tidak menepati citarasa budaya tempatan. Ia ada konotasi negatif.

Malah, kalau kita ekspresi imaginasi kita dengan bentuk gurauan dalam sembang kita dengan kawan atau orang lain, belum tentu mereka akan sama tahap penerimaannya. Bukan semua mampu menghadam ekspresi fantasi dalam bentuk gurauan atau sembang biasa tentang cincang mayat, seksa orang dan seumpamanya. Tentu sahaja lagi kalau fantasi tersebut dalam bentuk animasi atau filem. Bukan semua akan mampu menerima sama.

Namun, sekalipun kita benci, ia ada di luar sana yang mungkin kita tidak ambil tahu tentangnya atau mungkin kita terlepas pandang daripadanya. Ia mungkin ada dalam komuniti yang di luar daripada rangkaian teman-teman kita atau capaian kelompok yang kita mampu rangkul.

Cuma, sama ada dari sudut moral salah atau tidak fantasi sebegini pada asalnya, lalu diekspresikan sama ada dalam bentuk seni ataupun selainnya, bagaimana halnya?

Adakah ekspresi seni tentang penyeksaan manusia ini boleh dijadikan sesuatu yang dinikmati keseronokannya? Sudah tentu mengekspresikan ideanya sahaja sudah mampu menimbulkan kegusaran dan ketidaksenangan. Apa lagi jika ia menjadi sebuah seni yang diindahkan.

Cuma, bagaimana pula dari sudut pandang penggubah dan penghasil lagu sebegini yang sememangnya berfantasi tentang pencabulan hak kemanusiaan dan perobekan sifat ihsan manusiawi? Baginya, ia tidak ada apa-apa masalah. Tentu lagi baginya ia adalah seni yang seronok didengarkan lagunya dan ditonton filemnya. Malah, dirancakkan dan dipromosikan dengan penuh minat dan ghairah.

Argumen mereka adalah: "Kami sekadar berfantasi dan ekspresi sahaja serta menikmati keseniannya, bukan betul-betul mahu sampai buat betul-betul apa yang terkandung dalam lagu dan filem tersebut. Kalau anda tidak suka dan tersinggung, itu adalah hak kebebasan kami mengekspresikannya dan biarkan sahaja kelompok kami menikmatinya. Kamu boleh buat kerja kamu yang lain. Biarkan kami." atau seumpamanya.

Bagaimana? Kalau anda seorang peminat death metal, tetapi sebegini jawapan yang dilontarkan oleh peminat lagu death metal yang menghasilkan lagu gore yang melampau, apa jawapan balas? Death metal itu sendiri salah? Death metal itu adalah faktor penyumbang kepadanya? Atau ia hanya perbuatan individu tertentu sahaja? Atau ia sememangnya hak setiap orang untuk mengekspresikan seninya?

Usahkan death metal sahaja. Kaitkan dengan yang lain. Kita mungkin boleh bagi jawapan dari sudut persepsi budaya, pandangan agama tentangnya, sentimen rasa kemanusiaan, moral yang kita pegang dan pelbagai lagi yang lain, namun di luar sana yang sememangnya ada komuniti sebegini meskipun kita benci.

Apa pendirian yang sepatutnya? Terus berjuang melawan lagu-lagu gore yang melunturkan rasa ihsan kemanusiaan sehingga ia pupus lagunya dari Spotify, Youtube dan laman web yang lain atau berjuang sehingga kiamat atau berjuang sehingga nafas akhir kita? Menyatakan pendirian bahawa ekspresi itu dibenarkan, cuma terhadkan kepada komuniti tertentu agar ia tidak menyemarakkan kekecohan komuniti luar yang tidak sama penilaian seninya? Atau ada cadangan yang lain boleh dijadikan pendirian yang diterima bersama?

Sekarang, itu terserah untuk penilaian masing-masing. Boleh kongsikan apa yang terisi dalam fikiran anda.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654040308994195457/wacana-ringkas-110-persepsi-kita-dalam-suatu

Continue Reading

You'll Also Like

76.3K 216 5
KOLEKSI CERITA PENDEK BERBAGAI JENIS NAFSU 21SX BACAAN DEWASA SAHAJA. KALAU AKU TERIMA REPORT LAGI. AKU TAK AKAN TULIS LAGI APA-APA CERITA TQ
Hisap By Yaf

Non-Fiction

35.6K 215 2
Hisap menceritakan diari hidup aku (penulis) dalam dunia gay ini. Kisah ini merupakan kisah benar yang ditambah baik lagi untuk pembaca. Cerita ini h...
29.9K 645 189
Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal...
405K 7.4K 72
"Berapa yang kau nak?"tegas Zarul kepada Daniel Irfan. "Aku boleh bagi tapi dengan 1 syarat."kata-katanya terhenti seketika sambil tangannya membuka...