Al-H̱iṭōb al-Wajīz

Por amirkazuma

1.4K 6 0

Koleksi wacana ringkas yang menyentuh pelbagai aspek dan isu; agama, idea, falsafah, isu kemasyarakatan, pemi... Más

Wacana Ringkas 1 : Teguran Kepada Sang Pipit Yang Mahu Melagak Helang
Wacana Ringkas 2 : Penerimaan Nasihat Daripada Fasik
Wacana Ringkas 3 : Mukjizat Yang Bagaimana Yang Dianggap Sebagai Pembuktiannya?
Wacana Ringkas 4 : Interaksi Yahudi Dan Nasrani Antara Kaca Mata Nas Dan Realiti
Wacana Ringkas 5 : Sikap Ekstrim Daripada Kelompok Pro-Pengajian Bertalaqqi
Wacana Ringkas 6 : Tidak Bolehkah Mencintai Yang Bukan Muslim?
Wacana Ringkas 7 : Muamalah Dengan Yang Bukan Islam Hanya Boleh Semasa Darurat?
Wacana Ringkas 8 : Lemah Hafalan Bukan Bermakna Tidak Ada Nilai Hujah Seseorang
Wacana Ringkas 9 : Syarat-Syarat Seseorang Itu Digelar Ahli Ilmu
Wacana Ringkas 10 : Penyebutan Kebaikan Tiga Kurun Awal Bukan Untuk Memaksumkan
Wacana Ringkas 11 : Maksud "Jangan Beribadah Kerana Pahala Dan Takutkan Neraka".
Wacana Ringkas 12 : Al-Qur^ān Dan As-Sunnah Tidak Akan Menzalimi Sesiapa
Wacana Ringkas 13: Semangat Pada Perlumbaan Kejayaan Dunia Dan Kejayaan Akhirat
Wacana Ringkas 14 : Hak Peribadi Dalam Memilih Budaya Hidup
Wacana Ringkas 15 : Pelbagaikan Waqaf Untuk Karya Ilmiah
Wacana Ringkas 16
Wacana Ringkas 17 : Bias "Dia Sangat Pandai, Maka Orang Lain Adalah Bodoh"
Wacana Ringkas 18 : Menyerlah Melalui Celaan Lawan
Wacana Ringkas 19 : Hakikat Ilmu
Wacana Ringkas 20 : Bukti Peranan Akal Dalam Berinteraksi Dengan Wahyu
Wacana Ringkas 21 : Pendidikan Adab Untuk Minda Bagi Penuntut Ilmu
Wacana Ringkas 22
Wacana Ringkas 23
Wacana Ringkas 24
Wacana Ringkas 25
Wacana Ringkas 26 : Berterusan Dengan Dosa Kecil Tidak Akan Menjadi Dosa Besar
Wacana Ringkas 27 : Manhaj Ahli Sunnah Ialah Tegas Dalam Akidah Dan Fiqh
Wacana Ringkas 28 : Apa Yang Allah Jamin Adalah Yang Paling Terbaik
Wacana Ringkas 29 : Isu Hukum Mengucapkan Selamat Sempena Perayaan Agama Lain
Wacana Ringkas 30
Wacana Ringkas 31 : Hakikat Aib
Wacana Ringkas 32 : Kritis Dengan Bukan Muslim, Tetapi Mendungukan Yang Muslim
Wacana Ringkas 33 : Ahli Ilmu Diterima Pendapatnya Atas Dasar Apa?
Wacana Ringkas 34
Wacana Ringkas 35 : Makna Sebenar Ulil Amri
Wacana Ringkas 36 : Antara Bentuk Pentakfiran Dalam Kupasan Hakikat Iman
Wacana Ringkas 37 : Maksud Tegas Dalam Akidah
Wacana Ringkas 38 : "Kamu Cari Memang Tidak Jumpa, Kalau Ulama Cari Boleh Jumpa"
Wacana Ringkas 39 : "Kata Ikut Sunnah Sangat, Mengapa Tidak Buat Itu Ini?"
Wacana Ringkas 40
Wacana Ringkas 41 : Fahami Realiti Melalui Kaca Mata Realitinya
Wacana Ringkas 42 : Sahabat -roḍiyallahu *anhum- Juga Berslogan Yang Sama
Wacana Ringkas 43 : Kalau Hal Itu Dibolehkan, Mengapa Tidak Melakukannya?
Wacana Ringkas 44
Wacana Ringkas 45 : Ketundukan Yang Total Adalah Ibadah
Wacana Ringkas 46 : Jurang Nyata Antara Al-Aš*ariyy Dengan Manhaj Salaf Sebenar
Wacana Ringkas 47
Wacana Ringkas 48
Wacana Ringkas 49
Wacana Ringkas 50 : Mengapa Ahli Sunnah Dituduh Musyabbihah?
Wacana Ringkas 51 : Pangkasan Pemusnah Terhadap Penganut Batiniah
Wacana Ringkas 52 : Penilaian Pendapat Tanpa Guru Dan Sanad Pengajian
Wacana Ringkas 53 : Yang Dimaksudkan Dengan Mengikut Ulama
Wacana Ringkas 54
Wacana Ringkas 55
Wacana Ringkas 56 : Realiti Pengklasifikasian Syariat Dan Hakikat
Wacana Ringkas 57
Wacana Ringkas 58
Wacana Ringkas 59 : Antara Hormat Ulama Dan Hormat Ilmu
Wacana Ringkas 60
Wacana Ringkas 61 : Rahmat Sekalian Alam Adalah Islam
Wacana Ringkas 62 : Di Mana Kepentingan Bahasa Arab Bagi Seorang Faqih?
Wacana Ringkas 63
Wacana Ringkas 64
Wacana Ringkas 65 : Isbat Suara Dan Huruf Bagi Kalam Allah
Wacana Ringkas 66 : Makna Kaifiyyat Dalam Perbahasan Sifat Allah
Wacana Ringkas 67
Wacana Ringkas 68 : Keadilan Hukuman Bunuh Terhadap Murtad
Wacana Ringkas 69 : Maksud "Ilmu Itu Di Dada, Bukan Di Tulisan"
Wacana Ringkas 70
Wacana Ringkas 71
Wacana Ringkas 72 : Tidak Terkenal, Tetapi Hebat
Wacana Ringkas 73 : Berpadalah Dalam Amalan Tawqīfiyy Sepertimana Yang Diajarkan
Wacana Ringkas 74
Wacana Ringkas 75 : Karya-Karya Sufi Untuk Mereformasikan Manhaj Sufi
Wacana Ringkas 76
Wacana Ringkas 77 : Air Zamzam Adalah Berkat Terkabulnya Hajat Bagi Peminumnya
Wacana Ringkas 78 : Polemik Sama Al-Qur^ān Kalam Allah Atau Makhluk
Wacana Ringkas 79 : Helah Sufi Dalam Mempertahankan Ketaksuban Terhadap Tokohnya
Wacana Ringkas 80 : Tanda Besar Ketaksuban
Wacana Ringkas 81 : Maksud Sifat Allah Itu Tidak Berhajat Kepada Sesuatu
Wacana Ringkas 82 : Hakikat Makna Zahir Dan Takwil
Wacana Ringkas 83 : Yang Memperlekehkan Ilmu Zahir, Ilmu Syariat Atau Ilmu Kulit
Wacana Ringkas 84 : Sekilas Tentang Tajdid
Wacana Ringkas 85
Wacana Ringkas 86
Wacana Ringkas 87 : Sesukar Mana Ilmu Agama?
Wacana Ringkas 88 : Daripada Mana Pemaksaan Taklid Ini Mendatang?
Wacana Ringkas 89
Wacana Ringkas 90 : Kebenaran Tidak Mengira Masa Ia Datang
Wacana Ringkas 91 : Jangan Heret Orang Lain Agar Sama Kedudukan Dengannya
Wacana Ringkas 92 : Berdedikasi Untuk Dunia, Namun Menjadi Lengah Untuk Akhirat?
Wacana Ringkas 93 : Beza Suasana Minda Kritis Dan Pentaklid
Wacana Ringkas 94 : Berhenti Melempar Nista Pada Gerak Kerja Intelektual Agama
Wacana Ringkas 95 : Hasad Adalah Fasad
Wacana Ringkas 96 : Dengki Yang Tidak Berbaloi
Wacana Ringkas 97 : Semua Boleh Mula, Tetapi Tidak Semua Akan Sampai
Wacana Ringkas 98 : Betapa Indahnya Kebenaran
Wacana Ringkas 99 : Hanya Kebenaran Semata-Mata
Wacana Ringkas 100 : Apa Ikutan Agama Mereka Ketika Memusuhi Pertanyaan Dalil?
Wacana Ringkas 101 : Berbeza Haluan, Tetapi Jangan Sampai Dikalahi Hawa Nafsu
Wacana Ringkas 102 : Bukan Mudah Menjadi Ahli Ilmu
Wacana Ringkas 103 : Jangan Berputus Asa Dalam Mendalami Ilmu
Wacana Ringkas 104 : Jangan Ego Untuk Belajar
Wacana Ringkas 105 : Tidak Semua Selamanya Di Peringkat Rendahan
Wacana Ringkas 106 : Pupuk Diri Untuk Akui Kesilapan
Wacana Ringkas 107 : Jangan Mempelekehkan Kemampuan Orang Awam
Wacana Ringkas 108 : Fahami Variasi Murid
Wacana Ringkas 109 : Bertegas Dalam Memilih Guru
Wacana Ringkas 110 : Persepsi Kita Dalam Seni
Wacana Ringkas 111
Wacana Ringkas 112 : Sikap Suka Mencurigai Kebaikan Orang Lain
Wacana Ringkas 113 : Mengapa Kita Merasa Superioriti Terhadap Agama Islam?
Wacana Ringkas 114 : Pengajaran Daripada Kisah Robiah Ibrahim
Wacana Ringkas 115 : Penerimaan Ilmu Dan Pengambilan Teladan
ًWacana Ringkas 117
Wacana Ringkas 118 : Kepentingan Mengetahui Kedudukan Perselisihan Pandangan
Wacana Ringkas 119 : Persamaan Dan Perbezaan Antara Liberal Dengan Bāṭiniyyah
Wacana Ringkas 120 : Hidup Tidak Dihargai, Tetapi Mati Dijulang Tinggi
Wacana Ringkas 121 : Bukan Semua Ilmu Itu Bermanfaat
Wacana Ringkas 122 : Hanya Pengajian Bersanad Menjamin Kefahaman Lurus?
Wacana Ringkas 123 : Jasa Besar Dan Kebenaran
Wacana Ringkas 124
Wacana Ringkas 125 : Kritis Dalam Akidah, Tetapi Kurang Bekalan Atsar
Wacana Ringkas 126 : Keabsahan Dalam Penisbahan Kepada Sesuatu Kelompok
Wacana Ringkas 127
Wacana Ringkas 128 : Motif Jahat Di Sebalik Pertanyaan Tahap Keilmuan Kita
Wacana Ringkas 129 : Pembelajaran Berkitab Untuk Sesama Ustaz
Wacana Ringkas 130
Wacana Ringkas 131 : Isbat Sifat Allah Dengan Makna Zahir Di Sisi Salaf
Wacana Ringkas 132 : Sifat Al-*Uluww Menurut Aṭ-Ṭobariyy
Wacana Ringkas 133
Wacana Ringkas 134 : Punca Kepada Ajaran Sesat Dan Ramai Pengikutnya
Wacana Ringkas 135 : Persepsi Negatif Orang Terhadap Pilihan Manhaj Agama Kita
Wacana Ringkas 136 : Mengapa Perlu Imbau Manhaj Salaf?
Wacana Ringkas 137 : Tipu Daya Kemahsyuran
Wacana Ringkas 138 : Jangan Meragukan Ketulusan Para Ulama
Wacana Ringkas 139 : Di Sebalik Dakwaan Karamah Daripada Sufi
Wacana Ringkas 140 : Hakikat Tasybih Bagi Allah
Wacana Ringkas 141 : Perbezaan Akidah Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy Dan Ibn Taymiyyah
Wacana Ringkas 142
Wacana Ringkas 143
Wacana Ringkas 144
Wacana Ringkas 145
Wacana Ringkas 146 : Dominasi Naratif Tentang Ulama
Wacana Ringkas 147 : Hakikat Kesatuan Dan Perpecahan Dalam Islam
Wacana Ringkas 148 : Dampak Parah Pada Ketaksuban
Wacana Ringkas 149 : Adakah Islam Tidak Boleh Difahami Dengan Akal?
Wacana Ringkas 150 : Ibn Al-Jawziyy Dan Ašᶜarian
Wacana Ringkas 151 : Mengenali Pendirian Seseorang Melalui Tanda-Tandanya
Wacana Ringkas 152 : Para Ketinggian Pun Tersilap Pada Bahagian Rendah
Wacana Ringkas 153 : Ketajaman Minda Mereka Yang Terkemudian
Wacana Ringkas 154 : Aḥmad Al-Ġumāriyy Dan Tafwid
Wacana Ringkas 155
Wacana Ringkas 156
Wacana Ringkas 157 : Dakwaan Tanpa Dalil, Maka Anaknya Diragukan Nasabnya
Wacana Ringkas 158 : Niat Yang Baik Dan Penyebaran Ilmu
Wacana Ringkas 159
Wacana Ringkas 160 : Had Pelepasan Taklidnya Seseorang
Wacana Ringkas 161 : Ketidakmaksuman Para Wali
Wacana Ringkas 162 : Adakah Abū Al-Ḥasan Al-Aš*ariyy Adalah Musyabbih?
Wacana Ringkas 163 : Analisis Teguran Agar Tidak Mengutip Hanya Sekerat Sahaja
Wacana Ringkas 164 : Penguasaan Ilmu Tanpa Perguruan Secara Serius
Wacana Ringkas 165 : Ada Yang Mendapat Manfaat Melalui Perdebatan Dalam Agama
Wacana Ringkas 166 : Mengapa Hanya Dua Puluh Sifat Sahaja?
Wacana Ringkas 167 : Larangan Duduk Bersama Dengan Ahli Bidaah?
Wacana Ringkas 168 : Pengagum Ibn Taymiyyah, Tetapi Mencela Ilmu Kalam?
Wacana Ringkas 169 : Tauhid Tertegak Dengan Konfrontasi Ilmiah
Wacana Ringkas 170
Wacana Ringkas 171 : Mengapa Mujtahid Tidak Disenangi Pentaklid?
Wacana Ringkas 172
Wacana Ringkas 173 : Lumrah Silih Ganti Kebenaran Dan Kebatilan
Wacana Ringkas 174 : Jawapan Bagi Mereka Yang Skeptikal Terhadap Aksiom
Wacana Ringkas 175 : Simplistik Agamawan Dan Kejemuan Orang Terhadap Agama
Wacana Ringkas 176 : Liberal Dan Sumber Rujukan Agama Mereka
Wacana Ringkas 177 : Tidak Mahu Kepada Label Dan Penisbahan Aliran?
Wacana Ringkas 178 : Mengkritik Akronim ASWAJA Bermakna Mengkritik Ahli Sunnah?
Wacana Ringkas 179
Wacana Ringkas 180 : Kita Tidak Memerlukan Istilah Tasawwuf Dan Sufi?
Wacana Ringkas 181
Wacana Ringkas 182 : Tuduhan Pemalsuan Kitab Dari Pihak Tertentu
Wacana Ringkas 183 : Penilaian Kebenaran : Antara Intinya Dan Lapikannya
Wacana Ringkas 184
Wacana Ringkas 185
Wacana Ringkas 186 : Tokoh Sufi Juga Aktif Dalam Membasi Bidaah
Wacana Ringkas 187 : Tokoh Sufi Juga Aktif Menentang Hadis Palsu
Wacana Ringkas 188 : "Panjangnya. Boleh Tolong Lukis?"
Wacana Ringkas 189 : Islam Disalahfahami Disebabkan Agamawan Sendiri?
Wacana Ringkas 190
Wacana Ringkas 191 : Orang Terdekat Juga Adalah Sumber Autentik
Wacana Ringkas 192
Wacana Ringkas 193

Wacana Ringkas 116

17 0 0
Por amirkazuma

Kesahihan Penisbahan Kitab Ar-Rodd *Alā Al-Jahmiyyah Wa Az-Zanādiqoh Kepada Aḥmad Bin Ḥanbal

Sebahagian orang meragukan penisbahan kitab ar-Rodd *Alā az-Zanādiqoh Wa al-Jahmiyyah kepada Aḥmad bin Ḥanbal dengan mengutip kalam aḏ-Ḏahabiyy seperti berikut :

فَهَذِهِ الرِّسَالَةُ إِسْنَادُهَا كَالشَّمْسِ، فَانْظُرْ إِلَى هَذَا النَّفَسِ النُّورَانِيِّ، لاَ كَرِسَالَةِ الإِصْطَخْرِيِّ وَلاَ كَالرَّدِّ عَلَى الجَهْمِيَّةِ المَوْضُوْعِ عَلَى أَبِي عَبْدِ اللهِ فَإِنَّ الرَّجُلَ كَانَ تَقيّاً وَرِعاً، لاَ يَتَفَوَّهُ بِمِثلِ ذَلِكَ وَلَعَلَّهُ قَالَهُ.

"Risalah ini sanadnya seperti matahari. Maka, lihatlah kepada kepulan yang cerah ini. Bukan seperti risalah al-Isṭoẖriyy dan tidak juga seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah yang dipalsukan ke atas Abū *Abdullah. Ini kerana orang ini adalah seorang yang bertakwa lagi warak yang tidak akan bercakap sembarangan seperti itu. Namun, boleh jadi dia mengatakannya". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 11, m/s 286, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Nampak seperti aḏ-Ḏahabiyy masih ragu dalam penolakannya. Berkemungkinan dia masih ada keterbukaan untuk menerima pandangan yang lain yang menyelisihinya. Pun begitu, dia tetap lebih bertegas dalam menafikan penisbahan kitab tersebut dan ini boleh dilihat kritikannya terhadap risalah al-Isṭoẖriyy selepas mengungkapkan kalam ini.

Apapun, pendapat ini telah ditolak. Ibn Qoyyim al-Jawziyyah menjelaskan :

قَالَ الْخَلَّالُ: كَتَبْتُ هَذَا الْكِتَابَ مِنْ خَطِّ عَبْدِ اللَّهِ وَكَتَبَهُ عَبْدُ اللَّهِ مِنْ خَطِّ أَبِيهِ. وَاحْتَجَّ الْقَاضِي أَبُو يَعْلَى فِي كِتَابِهِ إِبْطَالُ التَّأْوِيلِ بِمَا نَقَلَهُ مِنْهُ عَنْ أَحْمَدَ، وَذَكَرَ ابْنُ عَقِيلٍ فِي كِتَابِهِ بَعْضَ مَا فِيهِ عَنْ أَحْمَدَ، وَنَقَلَ مِنْهُ أَصْحَابُهُ قَدِيمًا وَحَدِيثًا، وَنَقَلَ مِنْهُ الْبَيْهَقِيُّ وَعَزَاهُ إِلَى أَحْمَدَ وَصَحَّحَهُ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيَّةَ عَنْ أَحْمَدَ وَلَمْ يُسْمَعْ مِنْ أَحَدٍ مِنْ مُتَقَدِّمِي أَصْحَابِهِ وَلَا مُتَأَخِّرِيهِمْ طَعْنٌ فِيهِ، فَإِنْ قِيلَ: هَذَا الْكِتَابُ يَرْوِيهِ أَبُو بَكْرٍ عَبْدُ الْعَزِيزِ غُلَامُ الْخَلَّالِ عَنِ الْخَلَّالِ عَنِ الْخَضِرِ بْنِ الْمُثَنَّى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَحْمَدَ عَنْ أَبِيهِ وَهَؤُلَاءِ كُلُّهُمْ أَئِمَّةٌ مَعْرُوفُونَ إِلَّا الْخَضِرَ بْنَ الْمُثَنَّى فَإِنَّهُ مَجْهُولٌ. فَكَيْفَ تُثْبِتُونَ هَذَا الْكِتَابَ عَنْ أَحْمَدَ بِرِوَايَةٍ مَجْهُولَةٍ، فَالْجَوَابُ مِنْ وُجُوهٍ: أَحَدُهَا: أَنَّ الْخَضِرَ هَذَا قَدْ عَرَفَهُ الْخَلَّالُ وَرَوَى عَنْهُ كَمَا رَوَى كَلَامَ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَصْحَابِهِ وَأَصْحَابِ أَصْحَابِهِ وَلَا يَضُرُّ جَهَالَةُ غَيْرِهِ لَهُ. الثَّانِي: أَنَّ الْخَلَّالَ قَدْ قَالَ كَتَبْتُهُ مِنْ خَطِّ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَحْمَدَ وَكَتَبَهُ عَبْدُ اللَّهِ مِنْ خَطِّ أَبِيهِ، وَالظَّاهِرُ أَنَّ الْخَلَّالَ إِنَّمَا رَوَاهُ عَنِ الْخَضِرِ لِأَنَّهُ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ مُتَّصِلَ السَّنَدِ عَلَى طَرِيقِ أَهْلِ النَّقْلِ وَضَمَّ ذَلِكَ إِلَى الْوِجَادَةِ، وَالْخَضِرُ كَانَ صَغِيرًا حِينَ سَمِعَهُ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ وَلَمْ يَكُنْ مِنَ الْمُعَمَّرِينَ الْمَشْهُورِينَ بِالْعِلْمِ وَلَا هُوَ مِنَ الشُّيُوخِ وَقَدْ رَوَى الْخَلَّالُ عَنْهُ غَيْرَ هَذَا فِي جَامِعِهِ

Berkata al-H̱ollāl: "Aku menulis kitab ini dari penulisan *Abdullah. *Abdullah pula menulis dari penulisan ayahnya". Al-Qōḍī Abū Ya*lā dalam kitabnya Ibṭōl at-Ta^wīl berhujah dengan apa yang dia menukilkannya dari Aḥmad. Ibn *Aqīl dalam kitabnya menyebutkan sebahagian apa yang di dalamnya daripada Aḥmad. Sahabat-sahabatnya yang terdahulu dan yang baharu menukilkan daripadanya. Al-Bayhaqiyy menukilkan daripadanya dan mempertautkannya kepada Aḥmad. Šayẖ al-Islām Ibn Taymiyyah mensahihkannya daripada Aḥmad. Belum didengari tuduhan terhadapnya dari seseorang dari kalangan pendahulu sahabat-sahabatnya dan juga yang terkebelakangannya. Jika dikatakan: "Ini adalah kitab yang Abū Bakr *Abdul *Azīz Ġulām H̱ollāl, daripada H̱ollāl, daripada al-H̱oḍir bin al-Muṯannā, daripada *Abdullah bin Aḥmad, daripada ayahnya. Kesemua mereka adalah para imam yang dikenali kecuali al-H̱oḍir bin al-Muṯannā. Ini kerana dia tidak dikenali. Bagaimana engkau menetapkan kitab ini daripada Aḥmad dengan riwayat yang tidak dikenali?". Jawapannya adalah dengan beberapa bentuk. 

Salah satunya adalah al-H̱oḍir ini telah pun dikenali al-H̱ollāl dan dia meriwayatkannya sepertimana dia meriwayatkan kalam Abū *Abdullah daripada sahabat-sahabatnya dan sahabat kepada sahabat-sahabatnya. Tidak ada kemudaratan ketidakkenalan selainnya padanya. Yang kedua adalah  al-H̱ollāl telah pun berkata bahawa dia menulisnya dari penulisan *Abdullah bin Aḥmad dan dia pula menulisnya daripada penulisan ayahnya. Yang nyata adalah al-H̱ollāl  meriwayatkannya daripada al-H̱oḍir kerana dia menyukai untuk ketersambungan sanad melalui jalan ahli nukilan dan dia mencantumkan itu dengan penyerahan. Al-H̱oḍir adalah sang kecil ketika dia mendengarnya daripada *Abdullah dan dia tidak dikenali lagi popular dengan keilmuan serta tidak juga dari para syeikh. A-H̱ollāl pernah meriwayatkan daripadanya selain ini di Jāmi* miliknya. [Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyyah, jilid 2, m/s 208-209, keluaran Muṭōbi* al-Farozdaq at-Tijāriyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Awwād *Abdullah al-Mu*tiq].

Mungkin ada yang berasa mual untuk melihat pembentangan daripada Ibn al-Qoyyim. Bagi yang meragui kewibawaannya, saya bawakan kalam Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy yang memujinya demi memadamkan sengketa terhadapnya :

وَكَانَ جرئ الْجنان وَاسع الْعلم عَارِفًا بِالْخِلَافِ ومذاهب السّلف

"Dia seorang yang nekat jiwanya, luas ilmunya lagi mengenal tentang khilaf dan mazhab salaf". [Ad-Duror al-Kāminah Fī A*yān al-Mi^ah aṯ-Ṯāminah, jilid 5, m/s 138, keluaran Majlis Dā^iroh al-Ma*ārif al-*Uṯmāniyyah, tahqiq Muḥammad *Abdul Mu*īd Ḍōn].

Malah, apa yang dibentangkan Ibn Qoyyim ini adalah berasaskan fakta penerimaan mereka yang terdahulu, bukan penjelasan yang baru pada hayatnya. Oleh sebab karya ini telah pun diakui penisbahannya oleh para ulama seperti Ibn an-Nadīm dalam al-Fihrist, Abū Ya*lā dalam Ibṭōl at-Ta^wīlāt, Ibn Abū Ya*lā dalam Ṭobaqōt al-Ḥanābilah, Ibn Kaṯīr dalam Tafsīr al-Qur^ān *Aẓīm, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy dan Mujīruddīn Abū al-Yaman al-Ḥanbaliyy dalam al-Manhaj al-Aḥmad Fī Tarōjim Aṣhāb al-Imām Aḥmad, maka penolakan tersebut tidak diambil kira.

Saya menambahkan bahawa Abū Bakr al-H̱ollāl diiktiraf sebagai tokoh yang berpengetahuan luas tentang Aḥmad bin Ḥanbal dalam banyak aspek. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata : 

وكَانَ ممن صرف عناية إِلَى الجمع لعلوم أَحْمَد بْن حَنْبَل وطلبِهَا، وسافر لأجلها، وكتبِهَا عالية ونازلة، وصنفها كتبا، ولم يكن فِيمن ينتحل مذهب أَحْمَد أجمع منه لذلك

"Dia seorang yang mencurahkan khidmat kepada pengumpulan ilmu-ilmu Aḥmad bin Ḥanbal, menuntutnya, merantau kerananya, menulisnya sanad yang tinggi dan sanad yang rendah, dia mengarang beberapa kitab dan tidak ada seseorang meniru mazhab Aḥmad yang lebih inklusif berbandingnya". [Tārīẖ Baġdād, jilid 6, m/s 300, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Baššār *Awwād Ma*rūf].

Oleh itu, pandangannya tentang Aḥmad bin Ḥanbal dan yang berkaitan dengannya memiliki merit yang tinggi dan nilai pemberat yang diberi perhatian yang berat. Malah, dia juga terlibat dalam penilaian perawi dan memperkenalkan kedudukannya. Dengan kata lain, dia juga berkemahiran dalam penilaian perawi. 

Contohnya, katanya tentang Abū Ja*far Muḥammad bin Dāwud bin Ṣobīḥ :

 كان من خواص أحمد ورؤسائهم وكان يكرمه ويحدثه بأشياء لا يحدث بها غيره

"Dia salah seorang insan terkhusus kepada Aḥmad dan para pemukanya. Dia memuliakannya dan menceritakannya tentang sesuatu yang tidak diceritakan selainnya tentangnya". [Tahḏīb at-Tahḏīb, jilid 9, m/s 154, keluaran Maṭba*ah Dā^iroh al-Ma*ārif an-Niẓōmiyyah].

Dia juga berkata tentang Abū *Abdullah Muḥammad bin Ḥabīb al-Bazzāz :

عنده عن أبي عبد الله جزء مسائل حسان، ولم أكن عرفته قديما

"Di sisinya ada juzuk permasalahan yang baik daripada Abū *Abdullah dan aku tidak mengenalinya pada masa dahulu". [Tārīẖ Baġdād, jilid 3, m/s 89, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Baššār *Awwād Ma*rūf].

Dengan itu, pengambilannya melalui al-H̱oḍir bin al-Muṯannā tidak menjadi apa-apa isu kerana ia adalah perawi yang dipercayai menurutnya.

Sebagai tambahan, sangat menghairankan sebahagian mereka yang berakronim ASWAJA sangat suka membesar-besarkan kalam aḏ-Ḏahabiyy ini dalam meragui penisbahan kitab ini kepada Aḥmad bin Ḥanbal. Apabila kita membawakan penghujahan daripada Ibn Qoyyim al-Jawziyyah, mereka bermain falasi Ad-Hominem dengan berkata bahawa dia adalah murid Ibn Taymiyyah yang mana dia dan gurunya adalah sama-sama mujassim dan musyabbih.

Sangat menghairankan sekali kata-kata seperti ini. Tidakkah mereka tahu bahawa aḏ-Ḏahabiyy adalah murid kepada Ibn Taymiyyah? Tidakkah mereka tahu bahawa Tājuddīn as-Subkiyy menyebutkan bahawa dia sangat keras memusuhi al-Aš*ariyy dan menuduhnya sebagai tajsim? Dia juga berkata :

وَأما تَارِيخ شَيخنَا الذَّهَبِيّ غفر اللَّه لَهُ فَإِنَّهُ عَلَى حسنه وَجمعه مشحون بالتعصب المفرط لَا واخذه اللَّه فَلَقَد أَكثر الوقيعة فِي أهل الدّين أَعنِي الْفُقَرَاء الَّذين هم صفوة الْخلق واستطال بِلِسَانِهِ عَلَى كثير من أَئِمَّة الشافعيين والحنفيين وَمَال فأفرط عَلَى الأشاعرة ومدح فَزَاد فِي المجسمة هَذَا وَهُوَ الْحَافِظ المدره وَالْإِمَام المبجل فَمَا ظَنك بعوام المؤرخين فَالرَّأْي عندنَا أَلا يقبل مدح وَلَا ذمّ من المؤرخين إِلَّا بِمَا اشْتَرَطَهُ إِمَام الْأَئِمَّة وَحبر الْأمة وَهُوَ الشَّيْخ الإِمَام الْوَالِد

Adapun kitab at-Tārīẖ karya syeikh kami, aḏ-Ḏahabiyy -semoga Allah mengampunkannya- sesungguhnya meski ia adalah karya yang baik dan menyeluruh, ia dipenuhi dengan ketaksuban yang melampau. Semoga Allah memaafkannya. Benar-benar dia memperbanyakkan celaan terhadap ahli agama, yakni para faqir yang merupakan ciptaan yang terpilih (sufi) dan memanjangkan ungkapannya terhadap kebanyakan para imam aliran aš-Šāfi*iyy dan Ḥanafiyy. Dia cenderung dan melampaui batas terhadap aliran al-Aš*ariyy, namun memuji dan menambah pujian ini pada golongan mujassimah. Dia seorang hafiz yang terulung dan imam yang terhormat. Lalu, apa yang engkau ingin duga terhadap ahli sejarawan yang awam? Pendapat menurut kami adalah tidak menerima pujian dan celaan daripada sejarawan kecuali melalui apa yang imam para imam dan pemuka umat, iaitu ašh-Šayẖ al-Imām, ayahku mensyaratkannya. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 22, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Katanya :

فَسَوف تقف مَعَه بَين يدى الله تَعَالَى يَوْم يأتى وَبَين يَدَيْهِ طوائف الْعلمَاء من الْمذَاهب الْأَرْبَعَة وَالصَّالِحِينَ من الصُّوفِيَّة والجهابذة الْحفاظ من الْمُحدثين وتأتى أَنْت تتكسع فى ظلم التجسيم الذى تدعى أَنَّك برِئ مِنْهُ وَأَنت من أعظم الدعاة إِلَيْهِ وتزعم أَنَّك تعرف هَذَا الْفَنّ وَأَنت لَا تفهم فِيهِ نقيرا وَلَا قطميرا

"Kelak engkau berdiri bersamanya di hadapan Allah Ta*ālā pada hari yang akan mendatang dan di hadapan sekalian golongan para ulama mazhab empat, orang soleh dari kalangan sufi dan para sarjana yang hafiz dari kalangan ahli hadis, lalu engkau datang dalam keadaan engkau bergelumang dalam kegelapan tajsim yang engkau dakwa bahawa engkau berlepas diri daripadanya, padahal engkau antara pendakwah yang paling terkemuka terhadapnya dan engkau mendakwa bahawa engkau mengenali bidang ini, sedangkan engkau tidak memahami selekuk padanya mahupun sekelumitnya". [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 3, m/s 353, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Mengapa tidak menolak pendapat aḏ-Ḏahabiyy ini dengan alasan yang sama mereka lakukan terhadap Ibn Qoyyim? Mengapa sengaja melakukan kontradik? Atau sememangnya hipokrit?

Mereka kemudian berkata bahawa mereka memerhatikan hujah aḏ-Ḏahabiyy, bukan peribadi aḏ-Ḏahabiyy itu sendiri. Lantas, mengapa tidak boleh melakukan yang sama terhadap penghujahan Ibn Qoyyim?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656954544764436480/wacana-ringkas-116-kesahihan-penisbahan-kitab

Seguir leyendo

También te gustarán

20.5K 620 39
Nathan Louis Gabenor, seorang mangsa buli di sekolah, tidak mempunyai teman dan keluarga, seorang anak yatim piatu dan duduk bersama penjagannya. Nat...
21.5K 693 47
Sebab penulia rasa bersalah pada Faiz. So, dia tulis short story in Faiz part.
76.2K 216 5
KOLEKSI CERITA PENDEK BERBAGAI JENIS NAFSU 21SX BACAAN DEWASA SAHAJA. KALAU AKU TERIMA REPORT LAGI. AKU TAK AKAN TULIS LAGI APA-APA CERITA TQ
Hisap Por Yaf

No Ficción

35.6K 215 2
Hisap menceritakan diari hidup aku (penulis) dalam dunia gay ini. Kisah ini merupakan kisah benar yang ditambah baik lagi untuk pembaca. Cerita ini h...