Al-H̱iṭōb al-Wajīz

By amirkazuma

1.4K 6 0

Koleksi wacana ringkas yang menyentuh pelbagai aspek dan isu; agama, idea, falsafah, isu kemasyarakatan, pemi... More

Wacana Ringkas 1 : Teguran Kepada Sang Pipit Yang Mahu Melagak Helang
Wacana Ringkas 2 : Penerimaan Nasihat Daripada Fasik
Wacana Ringkas 3 : Mukjizat Yang Bagaimana Yang Dianggap Sebagai Pembuktiannya?
Wacana Ringkas 4 : Interaksi Yahudi Dan Nasrani Antara Kaca Mata Nas Dan Realiti
Wacana Ringkas 5 : Sikap Ekstrim Daripada Kelompok Pro-Pengajian Bertalaqqi
Wacana Ringkas 6 : Tidak Bolehkah Mencintai Yang Bukan Muslim?
Wacana Ringkas 7 : Muamalah Dengan Yang Bukan Islam Hanya Boleh Semasa Darurat?
Wacana Ringkas 8 : Lemah Hafalan Bukan Bermakna Tidak Ada Nilai Hujah Seseorang
Wacana Ringkas 9 : Syarat-Syarat Seseorang Itu Digelar Ahli Ilmu
Wacana Ringkas 10 : Penyebutan Kebaikan Tiga Kurun Awal Bukan Untuk Memaksumkan
Wacana Ringkas 11 : Maksud "Jangan Beribadah Kerana Pahala Dan Takutkan Neraka".
Wacana Ringkas 12 : Al-Qur^ān Dan As-Sunnah Tidak Akan Menzalimi Sesiapa
Wacana Ringkas 13: Semangat Pada Perlumbaan Kejayaan Dunia Dan Kejayaan Akhirat
Wacana Ringkas 14 : Hak Peribadi Dalam Memilih Budaya Hidup
Wacana Ringkas 15 : Pelbagaikan Waqaf Untuk Karya Ilmiah
Wacana Ringkas 16
Wacana Ringkas 17 : Bias "Dia Sangat Pandai, Maka Orang Lain Adalah Bodoh"
Wacana Ringkas 18 : Menyerlah Melalui Celaan Lawan
Wacana Ringkas 19 : Hakikat Ilmu
Wacana Ringkas 20 : Bukti Peranan Akal Dalam Berinteraksi Dengan Wahyu
Wacana Ringkas 21 : Pendidikan Adab Untuk Minda Bagi Penuntut Ilmu
Wacana Ringkas 22
Wacana Ringkas 23
Wacana Ringkas 24
Wacana Ringkas 25
Wacana Ringkas 26 : Berterusan Dengan Dosa Kecil Tidak Akan Menjadi Dosa Besar
Wacana Ringkas 27 : Manhaj Ahli Sunnah Ialah Tegas Dalam Akidah Dan Fiqh
Wacana Ringkas 28 : Apa Yang Allah Jamin Adalah Yang Paling Terbaik
Wacana Ringkas 29 : Isu Hukum Mengucapkan Selamat Sempena Perayaan Agama Lain
Wacana Ringkas 30
Wacana Ringkas 31 : Hakikat Aib
Wacana Ringkas 32 : Kritis Dengan Bukan Muslim, Tetapi Mendungukan Yang Muslim
Wacana Ringkas 33 : Ahli Ilmu Diterima Pendapatnya Atas Dasar Apa?
Wacana Ringkas 34
Wacana Ringkas 35 : Makna Sebenar Ulil Amri
Wacana Ringkas 36 : Antara Bentuk Pentakfiran Dalam Kupasan Hakikat Iman
Wacana Ringkas 37 : Maksud Tegas Dalam Akidah
Wacana Ringkas 38 : "Kamu Cari Memang Tidak Jumpa, Kalau Ulama Cari Boleh Jumpa"
Wacana Ringkas 39 : "Kata Ikut Sunnah Sangat, Mengapa Tidak Buat Itu Ini?"
Wacana Ringkas 40
Wacana Ringkas 41 : Fahami Realiti Melalui Kaca Mata Realitinya
Wacana Ringkas 42 : Sahabat -roḍiyallahu *anhum- Juga Berslogan Yang Sama
Wacana Ringkas 43 : Kalau Hal Itu Dibolehkan, Mengapa Tidak Melakukannya?
Wacana Ringkas 44
Wacana Ringkas 45 : Ketundukan Yang Total Adalah Ibadah
Wacana Ringkas 46 : Jurang Nyata Antara Al-Aš*ariyy Dengan Manhaj Salaf Sebenar
Wacana Ringkas 47
Wacana Ringkas 48
Wacana Ringkas 49
Wacana Ringkas 50 : Mengapa Ahli Sunnah Dituduh Musyabbihah?
Wacana Ringkas 51 : Pangkasan Pemusnah Terhadap Penganut Batiniah
Wacana Ringkas 52 : Penilaian Pendapat Tanpa Guru Dan Sanad Pengajian
Wacana Ringkas 53 : Yang Dimaksudkan Dengan Mengikut Ulama
Wacana Ringkas 54
Wacana Ringkas 55
Wacana Ringkas 56 : Realiti Pengklasifikasian Syariat Dan Hakikat
Wacana Ringkas 57
Wacana Ringkas 58
Wacana Ringkas 59 : Antara Hormat Ulama Dan Hormat Ilmu
Wacana Ringkas 60
Wacana Ringkas 61 : Rahmat Sekalian Alam Adalah Islam
Wacana Ringkas 62 : Di Mana Kepentingan Bahasa Arab Bagi Seorang Faqih?
Wacana Ringkas 63
Wacana Ringkas 64
Wacana Ringkas 65 : Isbat Suara Dan Huruf Bagi Kalam Allah
Wacana Ringkas 66 : Makna Kaifiyyat Dalam Perbahasan Sifat Allah
Wacana Ringkas 67
Wacana Ringkas 68 : Keadilan Hukuman Bunuh Terhadap Murtad
Wacana Ringkas 69 : Maksud "Ilmu Itu Di Dada, Bukan Di Tulisan"
Wacana Ringkas 70
Wacana Ringkas 71
Wacana Ringkas 72 : Tidak Terkenal, Tetapi Hebat
Wacana Ringkas 73 : Berpadalah Dalam Amalan Tawqīfiyy Sepertimana Yang Diajarkan
Wacana Ringkas 74
Wacana Ringkas 75 : Karya-Karya Sufi Untuk Mereformasikan Manhaj Sufi
Wacana Ringkas 76
Wacana Ringkas 77 : Air Zamzam Adalah Berkat Terkabulnya Hajat Bagi Peminumnya
Wacana Ringkas 78 : Polemik Sama Al-Qur^ān Kalam Allah Atau Makhluk
Wacana Ringkas 79 : Helah Sufi Dalam Mempertahankan Ketaksuban Terhadap Tokohnya
Wacana Ringkas 81 : Maksud Sifat Allah Itu Tidak Berhajat Kepada Sesuatu
Wacana Ringkas 82 : Hakikat Makna Zahir Dan Takwil
Wacana Ringkas 83 : Yang Memperlekehkan Ilmu Zahir, Ilmu Syariat Atau Ilmu Kulit
Wacana Ringkas 84 : Sekilas Tentang Tajdid
Wacana Ringkas 85
Wacana Ringkas 86
Wacana Ringkas 87 : Sesukar Mana Ilmu Agama?
Wacana Ringkas 88 : Daripada Mana Pemaksaan Taklid Ini Mendatang?
Wacana Ringkas 89
Wacana Ringkas 90 : Kebenaran Tidak Mengira Masa Ia Datang
Wacana Ringkas 91 : Jangan Heret Orang Lain Agar Sama Kedudukan Dengannya
Wacana Ringkas 92 : Berdedikasi Untuk Dunia, Namun Menjadi Lengah Untuk Akhirat?
Wacana Ringkas 93 : Beza Suasana Minda Kritis Dan Pentaklid
Wacana Ringkas 94 : Berhenti Melempar Nista Pada Gerak Kerja Intelektual Agama
Wacana Ringkas 95 : Hasad Adalah Fasad
Wacana Ringkas 96 : Dengki Yang Tidak Berbaloi
Wacana Ringkas 97 : Semua Boleh Mula, Tetapi Tidak Semua Akan Sampai
Wacana Ringkas 98 : Betapa Indahnya Kebenaran
Wacana Ringkas 99 : Hanya Kebenaran Semata-Mata
Wacana Ringkas 100 : Apa Ikutan Agama Mereka Ketika Memusuhi Pertanyaan Dalil?
Wacana Ringkas 101 : Berbeza Haluan, Tetapi Jangan Sampai Dikalahi Hawa Nafsu
Wacana Ringkas 102 : Bukan Mudah Menjadi Ahli Ilmu
Wacana Ringkas 103 : Jangan Berputus Asa Dalam Mendalami Ilmu
Wacana Ringkas 104 : Jangan Ego Untuk Belajar
Wacana Ringkas 105 : Tidak Semua Selamanya Di Peringkat Rendahan
Wacana Ringkas 106 : Pupuk Diri Untuk Akui Kesilapan
Wacana Ringkas 107 : Jangan Mempelekehkan Kemampuan Orang Awam
Wacana Ringkas 108 : Fahami Variasi Murid
Wacana Ringkas 109 : Bertegas Dalam Memilih Guru
Wacana Ringkas 110 : Persepsi Kita Dalam Seni
Wacana Ringkas 111
Wacana Ringkas 112 : Sikap Suka Mencurigai Kebaikan Orang Lain
Wacana Ringkas 113 : Mengapa Kita Merasa Superioriti Terhadap Agama Islam?
Wacana Ringkas 114 : Pengajaran Daripada Kisah Robiah Ibrahim
Wacana Ringkas 115 : Penerimaan Ilmu Dan Pengambilan Teladan
Wacana Ringkas 116
ًWacana Ringkas 117
Wacana Ringkas 118 : Kepentingan Mengetahui Kedudukan Perselisihan Pandangan
Wacana Ringkas 119 : Persamaan Dan Perbezaan Antara Liberal Dengan Bāṭiniyyah
Wacana Ringkas 120 : Hidup Tidak Dihargai, Tetapi Mati Dijulang Tinggi
Wacana Ringkas 121 : Bukan Semua Ilmu Itu Bermanfaat
Wacana Ringkas 122 : Hanya Pengajian Bersanad Menjamin Kefahaman Lurus?
Wacana Ringkas 123 : Jasa Besar Dan Kebenaran
Wacana Ringkas 124
Wacana Ringkas 125 : Kritis Dalam Akidah, Tetapi Kurang Bekalan Atsar
Wacana Ringkas 126 : Keabsahan Dalam Penisbahan Kepada Sesuatu Kelompok
Wacana Ringkas 127
Wacana Ringkas 128 : Motif Jahat Di Sebalik Pertanyaan Tahap Keilmuan Kita
Wacana Ringkas 129 : Pembelajaran Berkitab Untuk Sesama Ustaz
Wacana Ringkas 130
Wacana Ringkas 131 : Isbat Sifat Allah Dengan Makna Zahir Di Sisi Salaf
Wacana Ringkas 132 : Sifat Al-*Uluww Menurut Aṭ-Ṭobariyy
Wacana Ringkas 133
Wacana Ringkas 134 : Punca Kepada Ajaran Sesat Dan Ramai Pengikutnya
Wacana Ringkas 135 : Persepsi Negatif Orang Terhadap Pilihan Manhaj Agama Kita
Wacana Ringkas 136 : Mengapa Perlu Imbau Manhaj Salaf?
Wacana Ringkas 137 : Tipu Daya Kemahsyuran
Wacana Ringkas 138 : Jangan Meragukan Ketulusan Para Ulama
Wacana Ringkas 139 : Di Sebalik Dakwaan Karamah Daripada Sufi
Wacana Ringkas 140 : Hakikat Tasybih Bagi Allah
Wacana Ringkas 141 : Perbezaan Akidah Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy Dan Ibn Taymiyyah
Wacana Ringkas 142
Wacana Ringkas 143
Wacana Ringkas 144
Wacana Ringkas 145
Wacana Ringkas 146 : Dominasi Naratif Tentang Ulama
Wacana Ringkas 147 : Hakikat Kesatuan Dan Perpecahan Dalam Islam
Wacana Ringkas 148 : Dampak Parah Pada Ketaksuban
Wacana Ringkas 149 : Adakah Islam Tidak Boleh Difahami Dengan Akal?
Wacana Ringkas 150 : Ibn Al-Jawziyy Dan Ašᶜarian
Wacana Ringkas 151 : Mengenali Pendirian Seseorang Melalui Tanda-Tandanya
Wacana Ringkas 152 : Para Ketinggian Pun Tersilap Pada Bahagian Rendah
Wacana Ringkas 153 : Ketajaman Minda Mereka Yang Terkemudian
Wacana Ringkas 154 : Aḥmad Al-Ġumāriyy Dan Tafwid
Wacana Ringkas 155
Wacana Ringkas 156
Wacana Ringkas 157 : Dakwaan Tanpa Dalil, Maka Anaknya Diragukan Nasabnya
Wacana Ringkas 158 : Niat Yang Baik Dan Penyebaran Ilmu
Wacana Ringkas 159
Wacana Ringkas 160 : Had Pelepasan Taklidnya Seseorang
Wacana Ringkas 161 : Ketidakmaksuman Para Wali
Wacana Ringkas 162 : Adakah Abū Al-Ḥasan Al-Aš*ariyy Adalah Musyabbih?
Wacana Ringkas 163 : Analisis Teguran Agar Tidak Mengutip Hanya Sekerat Sahaja
Wacana Ringkas 164 : Penguasaan Ilmu Tanpa Perguruan Secara Serius
Wacana Ringkas 165 : Ada Yang Mendapat Manfaat Melalui Perdebatan Dalam Agama
Wacana Ringkas 166 : Mengapa Hanya Dua Puluh Sifat Sahaja?
Wacana Ringkas 167 : Larangan Duduk Bersama Dengan Ahli Bidaah?
Wacana Ringkas 168 : Pengagum Ibn Taymiyyah, Tetapi Mencela Ilmu Kalam?
Wacana Ringkas 169 : Tauhid Tertegak Dengan Konfrontasi Ilmiah
Wacana Ringkas 170
Wacana Ringkas 171 : Mengapa Mujtahid Tidak Disenangi Pentaklid?
Wacana Ringkas 172
Wacana Ringkas 173 : Lumrah Silih Ganti Kebenaran Dan Kebatilan
Wacana Ringkas 174 : Jawapan Bagi Mereka Yang Skeptikal Terhadap Aksiom
Wacana Ringkas 175 : Simplistik Agamawan Dan Kejemuan Orang Terhadap Agama
Wacana Ringkas 176 : Liberal Dan Sumber Rujukan Agama Mereka
Wacana Ringkas 177 : Tidak Mahu Kepada Label Dan Penisbahan Aliran?
Wacana Ringkas 178 : Mengkritik Akronim ASWAJA Bermakna Mengkritik Ahli Sunnah?
Wacana Ringkas 179
Wacana Ringkas 180 : Kita Tidak Memerlukan Istilah Tasawwuf Dan Sufi?
Wacana Ringkas 181
Wacana Ringkas 182 : Tuduhan Pemalsuan Kitab Dari Pihak Tertentu
Wacana Ringkas 183 : Penilaian Kebenaran : Antara Intinya Dan Lapikannya
Wacana Ringkas 184
Wacana Ringkas 185
Wacana Ringkas 186 : Tokoh Sufi Juga Aktif Dalam Membasi Bidaah
Wacana Ringkas 187 : Tokoh Sufi Juga Aktif Menentang Hadis Palsu
Wacana Ringkas 188 : "Panjangnya. Boleh Tolong Lukis?"
Wacana Ringkas 189 : Islam Disalahfahami Disebabkan Agamawan Sendiri?
Wacana Ringkas 190
Wacana Ringkas 191 : Orang Terdekat Juga Adalah Sumber Autentik
Wacana Ringkas 192
Wacana Ringkas 193

Wacana Ringkas 80 : Tanda Besar Ketaksuban

10 0 0
By amirkazuma

Sejarah ketaksuban sememangnya disaksikan sepanjang sejarah Muslim. Ia tidak hanya berlaku pada ketaksuban mazhab, malah sehingga kepada aliran akidah dan juga sufi. Malah, ia bukanlah suatu peristiwa yang tinggal kenangan yang telah lepas dan hanya tinggal relik yang terabadi dalam catatan penulisan, ia masih juga kekal terbawa sama ada secara sedar atau tidak setiap zaman. Cuma, kita perlu kenal tanda-tanda yang besar lagi jelas supaya kita tahu yang seseorang itu sedang dalam amukan ketaksuban.

Untuk mengenali tanda-tanda ketaksuban ini, seeloknya kita melihat kata-kata *Izuddīn *Abdul *Azīz bin *Abdul Salām seperti berikut :

وَمِنْ الْعَجَبِ الْعَجِيبِ أَنَّ الْفُقَهَاءَ الْمُقَلِّدِينَ يَقِفُ أَحَدُهُمْ عَلَى ضَعْفِ مَأْخَذِ إمَامِهِ بِحَيْثُ لَا يَجِدُ لِضَعْفِهِ مَدْفَعًا وَمَعَ هَذَا يُقَلِّدُهُ فِيهِ، وَيَتْرُكُ مِنْ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْأَقْيِسَةِ الصَّحِيحَةِ لِمَذْهَبِهِ جُمُودًا عَلَى تَقْلِيدِ إمَامِهِ، بَلْ يَتَحَلَّلُ لِدَفْعِ ظَوَاهِرِ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَيَتَأَوَّلُهُمَا بِالتَّأْوِيلَاتِ الْبَعِيدَةِ الْبَاطِلَةِ نِضَالًا عَنْ مُقَلِّدِهِ، وَقَدْ رَأَيْنَاهُمْ يَجْتَمِعُونَ فِي الْمَجَالِسِ فَإِذَا ذُكِرَ لِأَحَدِهِمْ فِي خِلَافٍ مَا وَظَنَّ نَفْسَهُ عَلَيْهِ تَعَجَّبَ غَايَةَ التَّعَجُّبِ مِنْ اسْتِرْوَاحٍ إلَى دَلِيلٍ بَلْ لِمَا أَلِفَه مِنْ تَقْلِيدِ إمَامِهِ حَتَّى ظَنَّ أَنَّ الْحَقَّ مُنْحَصِرٌ فِي مَذْهَبِ إمَامِهِ أَوْلَى مِنْ تَعَجُّبِهِ مِنْ مَذْهَبِ غَيْرِهِ، فَالْبَحْثُ مَعَ هَؤُلَاءِ ضَائِعٌ مُفْضٍ إلَى التَّقَاطُعِ وَالتَّدَابُرِ مِنْ غَيْرِ فَائِدَةٍ يُجْدِيهَا، وَمَا رَأَيْت أَحَدًا رَجَعَ عَنْ مَذْهَبِ إمَامِهِ إذَا ظَهَرَ لَهُ الْحَقُّ فِي غَيْرِهِ بَلْ يَصِيرُ عَلَيْهِ مَعَ عِلْمِهِ بِضَعْفِهِ وَبُعْدِهِ، فَالْأَوْلَى تَرْكُ الْبَحْثِ مَعَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ إذَا عَجَزَ أَحَدُهُمْ عَنْ تَمْشِيَةِ مَذْهَبِ إمَامِهِ قَالَ لَعَلَّ إمَامِي وَقَفَ عَلَى دَلِيلٍ لَمْ أَقِفْ عَلَيْهِ وَلَمْ أَهْتَدِ إلَيْهِ، وَلَمْ يَعْلَمْ الْمِسْكِينُ أَنَّ هَذَا مُقَابَلٌ بِمِثْلِهِ وَيَفْضُلُ لِخَصْمِهِ مَا ذَكَرَهُ مِنْ الدَّلِيلِ الْوَاضِحِ وَالْبُرْهَانِ اللَّائِحِ، فَسُبْحَانَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ مَنْ أَعْمَى التَّقْلِيدُ بَصَرَهُ حَتَّى حَمَلَهُ عَلَى مِثْلِ مَا ذُكِرَ، وَفَّقَنَا اللَّهُ لِاتِّبَاعِ الْحَقِّ أَيْنَ مَا كَانَ وَعَلَى لِسَانِ مَنْ ظَهَرَ، وَأَيْنَ هَذَا مِنْ مُنَاظَرَةِ السَّلَفِ وَمُشَاوَرَتِهِمْ فِي الْأَحْكَامِ وَمُسَارَعَتِهِمْ إلَى اتِّبَاعِ الْحَقِّ إذَا ظَهَرَ عَلَى لِسَانِ الْخَصْمِ، وَقَدْ نُقِلَ عَنْ الشَّافِعِيِّ - رَحِمَهُ اللَّهُ - أَنَّهُ قَالَ: مَا نَاظَرْت أَحَدًا إلَّا قُلْت اللَّهُمَّ أَجْرِ الْحَقَّ عَلَى قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ، فَإِنْ كَانَ الْحَقُّ مَعِي اتَّبَعَنِي وَإِنْ كَانَ الْحَقُّ مَعَهُ اتَّبَعْته.

"Antara keanehan yang amat adalah para fuqaha yang bertaklid, salah seorang daripada mereka mengetahui kelemahan tempat ambilan imamnya yang mana dia tidak menemukan tempat penolakan terhadap kelemahannya. Sungguhpun demikian, mereka bertaklid dengannya dan meninggalkan sebahagian al-Kitāb, as-Sunnah dan qiyas yang sahih kerana tempat ikutannya dalam keadaan kaku pada taklid kepada imamnya. Bahkan, berlepas diri ekoran penolakan terhadap nyatanya al-Kitāb dan menakwil kedua-duanya dengan takwilan yang jauh lagi batil dalam keadaan demi mempertahankan taklidnya. Kami pernah melihat mereka berkumpul dalam beberapa majlis. Apabila disebutkan mana-mana perselisihan kepada salah seorang daripada mereka, mereka menyangka diri mereka berbangga dengan sehabis-habis bangga terhadapnya yang berupa menghirup dalil. Sebenarnya mereka berjinak dengannya yang berupa taklid imamnya sehingga mereka bahawasanya kebenaran terpuruk dalam mazhab imamnya adalah lebih utama daripada kebanggaannya berupa mazhab yang lain. Diskusi bersama mereka ini adalah sia-sia dan menatijahkan saling berpecah dan saling memusuhi pada perkara yang tiada faedah yang berguna. Aku tidak pernah melihat mereka berundur daripada mazhab imamnya apabila zahirnya kebenaran kepadanya dalam selain imamnya. Bahkan dia kembali ke sana bersama sedarnya rasa kelemahannya dan kejauhannya. Lebih baik meninggalkan diskusi bersama mereka semua ini yang apabila salah seorang daripada mereka tidak tidak berdaya terhadap memperjalankan mazhab imamnya, dia berkata: #Mungkin sahaja imamku mengetahui dalil yang aku belum mengetahuinya dan belum aku peroleh petunjuk terhadapnya#. Sang mengecewakan ini tidak mengetahui bahawa orang ini dibandingkan dengan semisal imamnya dan menyerlah dalam pertelingkahannya melalui penyebutan dalil yang jelas dan bukti yang nyata kepadanya. Maka, Maha Suci Allah! Betapa sangat ramai orang yang taklid itu telah membutakan penglihatannya sehingga dia membawanya atas apa yang telah disebutkan. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk mengikuti kebenaran dari mana sahaja lisan yang berseteru. Dinukilkan daripada aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- bahawa dia berkata: #Tidaklah kami bertelingkah dengan seseorang melainkan aku berkata: Ya Allah! Alirkanlah kebenaran pada jantungnya dan lidahnya. Jika kebenaran bersamaku, maka dia mengikutiku dan jika kebenaran bersamanya, aku mengikutinya#". [Qowā*id al-Aḥkām Fī Maṣōliḥ al-Anām, jilid 2, m/s 159-160, keluaran Maktabah al-Kuliyyāt al-Azhariyyah].

Melalui kalam ini, kita boleh mengenali tanda ketaksuban itu pada dua tanda yang besar.

Yang pertama adalah bersikap penafian. Orang yang menafikan realiti yang menyalahi apa yang dia percaya, pendirian yang dia perjuangkan dan pendapat yang dia pertahankan sememangnya petunjuk jelas bahawa seseorang itu taksub. Mereka sukar untuk menerima kenyataan pahit yang telah sabit perkhabarannya atau nyata penzahirannya yang sememangnya meruntuhkan segala apa yang dia bersungguh-sungguh berpaut padanya.

Cara penafian mereka bukan hanya sekadar dengan menyatakan penolakan mereka terhadap kesabitan khabar tersebut sekalipun ia adalah autentik, malah mereka sehingga melakukan celaan yang tidak selayaknya demi merobek kredibiliti seseorang penulis atau penyampai. Ini adalah taktik kotor yang sememangnya bertujuan bahawa penafian mereka itu berasas, perkhabaran itu tidak jelas di mata mereka dan sekaligus mengunggul dimensi pandangan merkea.

Jika kita melihat perspektif ketaksuban pada bahagian akidah, kita lihat contoh sebahagian ekstrimis aliran al-Aš*ariyy. Sebahagian mereka menafikan kesahihan penisbahan kitab as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal hanya kerana menganggap wujudnya mengandungi fahaman tajsim dan musyabbihah di dalamnya serta serangan pedas terhadap Abū Ḥanīfah. Malah, sebahagian mereka sanggup mencela as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl hanya kerana ia langsung tidak menggambarkan pembawaan akidah salaf yang dia dianggap mengotorinya dengan fahaman musyabbihah. Itu belum lagi tokoh-tokoh yang dituduh sebagai mujassim seperti  Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, al-Lālikā^iyy atau memiliki kecenderungan mujassim seperti Ibn *Abdul Barr dan Ibn Qudāmah.

Malah, sebahagian al-Aš*ariyy seperti Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam Mafātiḥ al-Ġoyb, al-Qurṭubiyy dalam  at-Taḏkiroh Bi Aḥwāl al-Mawtā Wa Umūr al-Āẖiroh dan al-Mullā al-Qōriyy dalam Manḥ ar-Rowḍ al-Azhar Fī Šarḥ al-Fiqh al-Akbar menuduh pengikut Ḥanābilah dengan tuduhan yang buruk kerana mengisbatkan suara bagi kalam Allah. Padahal, ia adalah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal sepertimana yang dinukilkan oleh anaknya, *Abdullah dalam as-Sunnah dan juga pendapat al-Buẖōriyy dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād. Ini adalah tuduhan yang bertunjangkan ketidakpercayaan pendapat ini adalah daripada salaf.

Celaan seumpama ini juga adalah dengan melakukan assassinasi karakter atau melontarkan label kepada seseorang supaya dengan cara tersebut, ia dapat memperdaya orang ramai bahawa orang tersebut telah tiada kredibiliti, berada di pihak yang tiada autoriti dan dia dapat mengelakkan diri daripada bertanggungjawab untuk akui dan menerima kesalahn diri. Hal ini pernah berlaku pada *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang menyatakan pada muqaddimah kitabnya Awliyā^ Wa Karomāt bahawa dia pernah dituduh cenderung kepada wahabi ketikamana kitab tersebut dibentangkan pada sebahagian orang, khususnya sufi. Walaupun *Abdullah al-Ġumāriyy begitu aktif menentang wahabi dan tokoh yang diangkat golongan sufi, disebabkan dia kritis dalam menapis cerita karamah para wali yang dusta, maka dia tetap dituduh cenderung kepada wahabi. Inilah cara sufi menyatakan sikap penafiannya menerima realiti.

Pada fuqaha juga sedemikian. Dalam menyatakan sifat penafian mereka, ia beralasan bahawa kemungkinan imam memiliki dalil yang tidak dia ketahui, malah generasi sesudahnya. Pengemukaan alasan sebegini adalah cara untuk mereka tidak dipersalahkan apabila mereka tidak menemukan dalil menyokongnya dan menutup fakta bahawa ikutan mereka bukan di atas dalil. 

Pada sufi juga sedemikian. Apabila nyatanya kalam-kalam yang bercanggah dengan sunnah, malah kufur pada zahirnya yang tidak dapat ditakwil, mereka juga beralasan sepertimana fuqaha lakukan. Iaitu, mereka beranggapan bahawa kemungkinan ada istilah atau makna yang hanya ahlinya sahaja yang mengetahuinya. Malah, mereka membuat spekulasi bahawa kalam itu adalah khabar dusta atau terdapat sisipan palsu sepertimana ekstrimis al-Aš*ariyy dalam menolak sebahagian kitab salaf seperti as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal. Mereka juga mendakwa bahawa berkemungkinan kalam itu adalah daripada pengungkapannya ketika mabuk, latah atau situasi yang di luar kawalannya. Saya sudah pun mengkritik tatacara penyelesaian ini dalam penulisan saya yang lalu.

Yang kedua adalah enggan mengakui kesilapan tokoh panutannya. Ini adalah susulan setelah kesukaran mereka untuk menerima realiti yang menyalahi pegangan mereka. Selalunya mereka tidak secara zahir menyatakan bahawa tokoh mereka ini tidak bersalah dan bukti yang ditegakkan kepada mereka itu adalah diragui menurut mereka. Cara mereka melakukan takwil, khususnya takwil yang menyimpang dan membawa kepada penyelewengan daripada kaedah ilmu yang lurus lagi tulen atau mengemukakan alasan, khususnya alasan yang tidak munasabah juga petunjuk yang jelas kepada ketaksubannya.

Kita lihat ekstrimis al-Aš*ariyy ini enggan mengakui kesalahan mereka apabila nyata pemahaman mereka tentang salaf sama sekali bertentangan dengan apa ynag ditempuhi oleh sarjananya. Oleh sebab itulah mereka menghamburkan celaan dengan tuduhan tajsim dan tasybih kepada tokoh-tokoh salaf supaya mereka dapat menyembunyikan delusi mereka dan meneguhkan kedegilan untuk mengakui keabsahan bukti. Inilah pengemukaan alasan yang tidak munasabah kerana tidak pernah ada ulama sepanjang sejarah melakukan tuduhan tersebut. Ekstrimis ini seolah-olah lebih peka dalam isu tajsim pada tokoh yang dituduh berbanding para pendahulunya yang lebih agung daripada mereka.

Pada sudut fuqaha pula, *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy berkata tentang ketaksuban ahli hadis fuqaha :

 ويرتكب هذا من أهل الحديث الحافظ الطحاوي الحنفي. فإنه يتعسف في تأويل الأحاديث ويسرف في التعسف لتوافق مذهب أبي حنيفة وقد يرتكب البيهقي مثل هذا بالنسبة لمذهب الشافعية لكن على قلة. ورأيت الباجي في شرح الموطأ حين يتكلم على حديث: "كل ذي ناب من السباع ومخلب من الطير حرام"، قال: "يحتمل أن يريد بقوله حرام أنه مكروه". قلت: هذا تعسف في شرح الحديث لتوافق مذهب المالكية في كراهة السباع. ولم أقف له على غير هذا الموضع.

Yang melakukan kesalahan ini dari kalangan ahli hadis ialah al-Ḥāfiẓ aṭ-Ṭoḥāwiyy al-Ḥanafiyy. Ini kerana dia berwenang-wenang dalam penakwilan hadis dan berlebih-lebihan dalam ketidaksaksamaan demi menjadikan selari dengan mazhab Abū Ḥanīfah. Kadangkala al-Bayhaqiyy melakukan kesalahan seperti ini dengan menisbahkan diri dengan mazhab aš-Šāfi*iyy, tetapi secara sedikit. Aku pernah melihat al-Bājiyy dalam syarah al-Muwaṭṭo^ ketikamana berbicara tentang hadis: "Setiap yang bertaring yang terdiri daripada binatang buas dan yang berkuku yang terdiri daripada burung adalah haram", dia berkata: "Berkemungkinan baginda memaksudkan katanya ia adalah haram merujuk kepada makruh". Aku katakan ini adalah ketidaksaksamaan dalam syarahan hadis demi menyelarikannya dengan mazhab Mālik dalam kemakruhan daging binatang buas. Aku belum lagi mengetahui tempat selain ini untuknya. [Bida at-Tafāsīr, m/s 11-12, keluaran Dār ar-Rošād al-Ḥadīṯah].

Pada sufi juga sedemikian. Apabila tertegaknya bukti yang autentik bagi kalam yang menyalahi sunnah, mereka beranggapan bahawa kalam itu miliki sisipan palsu atau ia dalam kemabukan atau berlakunya penarikan kerohanian di luar kawalannya. Ini adalah andaian yang mereka bawakan agar tokoh mereka tidak dipersalahkan. Namun, mereka lupa andaian yang patut kita cakna adalah berkemungkinan sememangnya silap. Mereka tidak sedar bahawa tiada yang maksum melainkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sahaja. Mereka alpa bahawa para wali juga melakukan kesilapan, bahkan ada sebahagiannya sememangnya wali syaitan.

Malah, sebahagian mereka juga yang Bāṭiniyyah demi mempertahankan pandangan mereka yang kononnya berdasarkan kasyaf, mimpi benar dan pembukaan langsung daripada Allah, mereka mengemukakan takwil yang sememangnya terkeluar daripada syariat dan metodologi ilmu yang murni. Lihat sahaja mereka ini cuba membuktikan ketidakwajipan melakukan solat secara fizikal, fahaman Nūr Muḥammad dan pelbagai lagi yang lain. Mereka ini tidak ubah seperti liberal yang melakukan takwil menyimpang. Bezanya adalah mereka menuju kepada ke arah kerohanian, manakala liberal pula menuju kepada apa yang mereka mahu, khususnya dalam kehidupan harian peribadi dan sosial.

Sekarang kita faham mengapa mengenali tanda ketaksuban dan cara mereka mempertahankan ketasuban ini sangat penting. Ini kerana supaya kita tidak terpedaya dengan kritik ilmiah yang hakikatnya tersembunyi celaan untuk merobek kredibiliti seseorang tokoh yang menyalahi pegangannya dan takwil atau alasan yang mengelabui orang ramai agar mereka ini tampak di pihak yang tidak bersalah. Sebab itu mengenali tanda-tanda ketaksuban adalah salah satu aspek mengenali kebenaran dan kebatilan.

Tanda-tanda ini bukan ada pada golongan cilik, tetapi ia juga wujud pada tokoh-tokoh kebesaran. Apabila kita tahu tentang hal ini, maka kita dapat menyingkapi apa yang di sebalik seseorang ketika mempertahankan pandangan tersebut. Walau apapun, pembelaan seseorang tokoh terhadap tokoh panutannya secara taksub sama sekali tidak diambil kira setelah jelas tanda-tandanya dan cara mereka mempertahankannya adalah tidak berlandaskan manhaj ilmu yang sejati. Sesungguhnya ketaksuban, khususnya yang telah jelas salah, batil, menyalahi sunnah, bahkan kufur adalah dilarang dalam agama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/652640586684301312/wacana-ringkas-80-tanda-besar-ketaksuban

Continue Reading

You'll Also Like

20.4K 620 39
Nathan Louis Gabenor, seorang mangsa buli di sekolah, tidak mempunyai teman dan keluarga, seorang anak yatim piatu dan duduk bersama penjagannya. Nat...
43.6K 1.9K 167
🍃Hanya sebuah buku yang memaparkan kata-kata motivasi yang ditulis sendiri dan dipetik dari pelbagai sumber.🍃 Start:24/3/2019
104K 1.9K 24
21SX BACAAN DEWASA KISAH SEORANG BANDUAN YANG CUBA MEMBINA KEHIDUPAN DAN KEPERCAYAAN BARU DARI KELUARGANYA TERUTAMA DARI ADIK KANDUNGNYA SENDIRI.
21.5K 693 47
Sebab penulia rasa bersalah pada Faiz. So, dia tulis short story in Faiz part.